JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Friday, April 27, 2018

Oleh : Wan Ji bin Wan Hussin


 SEBERANG JAYA - Semenjak gagal menjemput Tun Dr Mahathir masuk PAS, kelihatan serangan Hadi terhadap Tun M Itu semakin menjadi-jadi. 

 Walaupun secara terang-terangan Bekas Perdana Menteri itu berusaha mahu mengalahkan BN dalam PRU pada kali ini, tetapi beliau kelihatan seperti tidak berpuas hati. 

 "Tun M kini, cukup ditakuti BN, sepertimana ketakutan BN dahulu terhadap Tok Guru Nik Aziz" 

 Jika dahulu, disamping Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Abdul Aziz, Hadi Awang juga sasaran serangan utama BN dalam TV. Ini kerana, kewujudan mereka ketika itu adalah bahaya bagi BN. 

 Namun kini, sasaran serangan utama BN itu, bukan lagi kepada Hadi Awang, sebaliknya kepada Tun Dr Mahathir, disamping dikekalkan serangan kepada Anwar Ibrahim. 

Lebih menarik, serangan Hadi kini semakin berani, apabila mula menyerang individu Anwar Ibrahim yang dahulunya dianggap sebagai kawan rapatnya. 

Menurut cerita Salahuddin Ayub semasa Husam dipecat dari keahlian PAS, bahawa Hadi tidak boleh dengar tiga nama; yang kalau dengar, wajahnya boleh berubah. 

 Pertama, Husam Musa. Kedua, Ustaz Fadzil Noor. Dan ketiga, Anwar Ibrahim. 

"Bukan kerana dia benci, tetapi dia cemburu dengan kebijaksanaan ketiga-tiga tokoh ini, sehingga sekarang dia gagal menyaingi ketokohan mereka", lebih kurang begitu penjelasan bekas pemimpin PAS itu. 

 Shaari Sungip yang juga bekas Presiden JIM pernah bercerita bahawa saingan Hadi dan Anwar Ibrahim bukan saingan biasa. Mereka bersaing sejak dari muda sehingga di umur senja. Mereka bersaing untuk menampilkan siapa yang lebih gerakan Islam. 

 Menurut Pak Abu lagi, kelebihan Anwar Ibrahim, dia berjaya membina imaginasi gerakan Islam dunia, sehingga dia yang tidak mampu bercakap arab pun, terlebih dahulu berkawan rapat dengan tokoh-tokoh hebat gerakan Islam seluruh dunia berbanding Hadi. 


 Malahan, semasa Hadi dilantik menjadi salah seorang yang berjawatan dalam kesatuan ulama antarabangsa pun, Al-Qaradawi meminta pandangan dari Anwar Ibrahim terlebih dahulu. 

 Hadi sememangnya hebat. Tetapi, kehebatannya melahirkan kecemburuannya dengan ketokohan Anwar Ibrahim. 

 "Bayangkan, jika Hadi tidak cemburu? Kemungkinan ketokohan Hadi mampu atasi ketokohan Tok Guru Nik Abdul Aziz" ~ Siyasah
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Lenggok cakap Hadi pun tahu memang dia cukup cemburu dengan Anwar Ibrahim. Sesiapa yang bermesyuarat dengan Anwar Ibrahim dan Hadi hadir sama tentu lebih tahu ..

Adakah dia telah di hasut oleh syaitan atau Iblis ? Tidak. Cemburu ini sifat semulajadi manusia. Tapi telah di gunakan oleh Iblis yang menjadikan badan diri yang punya cemburu itu hilang pedoman.

Ketokohan Mahathir terserlah. Ketokohan Anwar Ibrahim terserlah. Kerana hubungan dan gandingan mereka berdua saling memerlukan ..

Jika Hadi berganding dengan Mahathir atau Anwar Ibrahim, malah lebih baik dengan kedua-dua nya sekali, ketokohan Hadi mengatasi Tok Guru Nik Aziz, menjadi tidak mustahil.

Mengadu lah pada Allah swt supaya cemburu kita di pelihara oleh Allah ..

Wallahualam.

Shafiek Abdat said...

Sifat cemburu adalah sifat Yang tercela...!!

Anonymous said...

Bila kureng normal manusia jelous. Tapi dah kureng takada akhlak pula. Langsung tak boleh pakai.

hanky panky said...

tak dinafikan cemburu adelah sifat semulejadi manusie .. utk mengekang sifat cemburu ini dari menguasai n merosakan diri seseorg itu make islam terlebih dulu menggariskan batas'2 cemburu agar ia menjanekan sifat yg positif dlm diri n bknye sifat negatif!.

Noorul Izuddin Syahmi Nordin said...

Buat apa nak cemmburu. Learn well and move on lah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...