JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Tuesday, April 03, 2018

PAS BERSEKONGKOL DENGAN UMNO LULUSKAN UNDANG-UNDANG ZALIM

1. Amat malang bagi rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan kesucian demokrasi apabila satu lagi undang-undang zalim Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar 2018 diluluskan di Parlimen semalam. Undang-undang terbaru kerajaan kleptokrasi UMNO dan Barisan Nasional ini dilihat bersifat drakonian kerana menyekat kebebasan rakyat terutama pemimpin pembangkang dan media dalam menerbitkan berita-berita benar tentang kepincangan pentadbiran kerajaan tetapi dianggap palsu oleh kerajaan. Kebebasan bersuara yang dijamin Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan semakin hari semakin terhakis. 

2. Undang-undang ini juga dilihat digubal bagi melindungi skandal-skandal korupsi dan salahlaku pemimpin kerajaan di mana seksyen 7 memberikan kuasa kepada mahkamah untuk membuang berita yang disahkan palsu. Kebenaran skandal kemasukan RM2.6 bilion wang 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak boleh dianggap palsu oleh kerajaan kerana skandal tersebut telahpun dibersihkan oleh autoriti yang dikuasai Perdana Menteri seperti pihak Polis dan SPRM. Dengan itu, undang-undang ini jelas sekali akan disalahgunakan kerajaan Barisan Nasional pimpinan kleptokrat Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak untuk memadamkan berita berkaitan skandal tersebut daripada terus diterbitkan untuk pengetahuan umum. 

 3. Undang-undang zalim sebegini seharusnya ditentang habis-habisan oleh rakyat. Kenaikan kos sara hidup akibat pelbagai skandal korupsi berbilion ringgit hari ini akan berterusan jika rakyat dinafikan hak bersuara dan hak untuk mengetahui maklumat sebenar kerana amalan rasuah dan penyelewengan pentadbiran kerajaan akan dibisukan tanpa dapat ditentang. Namun, sikap PAS yang menyokong undang-undang ini menunjukkan bahawa mereka juga sudah bersekongkol dengan UMNO, bukan sahaja mempertahankan salahlaku pemimpin UMNO, tetapi juga bagi menutup segala kepincangan pemimpin mereka dan pentadbiran kerajaan negeri yang dikuasai hari ini. 

 4. Kenyataan Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Khairuddin Aman Razali yang memberi jaminan PAS akan berlaku adil dalam melaksanakan undang-undang ini menunjukkan sikap sebenar PAS sebagai ‘king maker’ untuk bersama UMNO dan Barisan Nasional semasa dan selepas PRU Ke-14 ini. Di samping itu, kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bahawa undang-undang ini menepati ciri-ciri Islam jauh meleset kerana Islam melarang umatnya untuk cenderung kepada kezaliman sepertimana firman Allah di surah Hud:113. Sebaiknya, nas agama tidak disalahgunakan untuk kepentingan politik. 

FAIZ FADZIL 
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional 
 (3 APRIL 2018)
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...


Adik Najib sendiri tak setuju... macamana PAS boleh sokong lulus ?

Dajjal..

Anonymous said...


Kenapa yang lain-lain PAS berkecuali tapi yang ini PAS boleh sokong ?

Pemimpin lah yang menyuarakan suara rakyat .. dan mereka ada lah wakil pada rakyat... menutup mulut mereka bererti menutup suara rakyat ..

Anonymous said...

Saya marah betul dgn kerajaan BN ni. Mana boleh dorang nak kongkong kita dari menyebarkan berita palsu. Berita kalau benar, tak sensasi dan tak tular tau. Berita palsu kan sedap. Betul tak kawan2? Berita benar sungguh membosankan. Lu pikir la sendiri....

Anonymous said...

Berita salahlaku Najib akan jadi berita palsu dulu kini dan selamanya angkara Pas.

Unknown said...

PAS tak berkecuali ke? memangnya ada keuntungan utk PAS kot.

rizal yusof said...

Nnti pas tlg ckp jho low xde kena ngena dgn itu kapal

Ramli Ibrahim said...

Pas tak mengkaji hanya sokong membabi buta je...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...