JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Wednesday, April 11, 2018

PENGUMUMAN TARIKH PRU 14


SPR telah mengumum tarikh PRU14. 

Penamaan Calon : 28 April
Undi Awal : 5 Mei 
Hari Undi : 9 Mei (Rabu) 

BN tidak mahu kita balik kampung mengundi. Jom balik undi! Pastikan peratusan mengundi tinggi untuk merealisasikan perubahan di Putrajaya!

 Shazni Munir Mohd Isnin : Pengumuman Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bahawa tarikh buang undi ditetapkan pada 9 Mei 2018, Rabu, iaitu pada hari bekerja merupakan tindakan paling tidak bertanggungjawab

  SPR sepatutnya menetapkan tarikh yang lebih sesuai agar peratusan keluar mengundi meningkat berbanding Pilihanraya Umum Ke-13. 

 Sebagai agensi yang sepatutnya bebas, SPR sewajarnya bertindak lebih adil kepada semua pengundi. Bukan semua pengundi membuang undi di lokasi yang berdekatan. Bersediakah Pengerusi SPR meletakkan jawatan sekiranya peratusan keluar mengundi turun mendadak disebabkan keputusan ini? 

 SPR juga perlu dilihat adil untuk semua parti politik yang bertanding. Persepsi awam bahawa SPR sentiasa menyebelahi parti pemerintah perlu dihapuskan. Lantas dengan menetapkan tarikh yang tidak munasabah untuk pembuangan undi ini, SPR sememangnya mahu mengiyakan persepsi itu atau bagaimana? 

Azharuddun : Dengan pengistiharan tarikh mengundi itu sekarang rakyat sudah dapat mengagak dengan tepat agensi kerajaan mana yg wajar dicuci-bersih dlm tempuh 100 hari kelak diPutrajaya...dan sekiranya sabit boleh diheret kemahkamah aras tuduhan salah guna kuasa dan pengkhianat kpd sistem demokrasi negara. 

 AAA : Ada dua benda yang PH kena ambil kesempatan sekarang memandangkan rakyat sedang marah: 

1. Umumkan bahawa jika PH menang, maka akan ada cuti umum pada 10 & 11 May 2018- jadi silalah balik mengundi 

2. Sebaik sahaja PH sworn in, terus umumkan yang PH komited untuk memastikan next PRU15 diumumkan setahun atau 6 bulan awal, jadi rakyat boleh buat planning balik mengundi. 

#JomKeluarUndi #KEADILANUntukSemua #PakatanHarapan
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...


Berbicara mengenai Hak, ada bermacam-macam Hak seperti hak bersuara, Hak mendapat kehidupan yang lebih baik, Hak pendidikan yang bertaraf tinggi... Hak tolak GST..

Tapi apabila Hak untuk mengundi di sekat .. habis. Kerana itu lah satu-satunya Hak kita rakyat Malaysia yang cukup berharga. Kita bukan 'Rakyat' jika tidak di beri Hak untuk Mengundi.

Adakah kita mengalah begitu sahaja apabila Hak itu di rampas ?

Mereka yang baru sahaja mendaftar sebagai pengundi telah mempunyai keinginan untuk melihat sebuah kerajaan yang telus dan lebih bertanggungjawab tetapi hasrat murni ini tidak boleh di hentikan apabila berkira untuk mengorbankan cuti. Daya usaha ini datang dari kita sendiri kerana kita lah yang akhir nya mempertahan Hak kita untuk menentukan siapa yang layak memimpin negara.

Bukan sahaja pengundi HARAPAN yang berkerja pada hari mengundi tetapi pengundi BN juga berkerja pada hari mengundi.

Kemungkinan BN juga menghadapi masalah yang sama tetapi selalu nya taktik mengguna pengundi yang tidak hadir mengundi akan di guna oleh BN. Jadi ada juga betul nya cakap pemimpin PAS yang datang mengundi pada hari itu nanti ialah malaikat dan tidak mustahil mungkin yang di sangka malaikat itu rupa-rupanya hanturaya.

Tanya diri sendiri adakah kita rela Hak kita di gunakan oleh orang lain ?

Yang membimbangkan ialah pengundi BN sudah tentu tidak bermasalah untuk mendapatkan cuti kerana BN telah menyediakan petugas untuk menghubungi terus majikan dan juga ketua jabatan.

Jika BN dan Najib yakin menang, tidak ada perlunya hari mengundi di adakan pada hari kerja. Jelas momentum rakyat ialah memberi peluang kepada HARAPAN. Membiarkan Najib BN terus berkuasa lagi 5 tahun sedangkan keadaan sebenarnya ialah HARAPAN yang berkuasa membuat jiwa kita tersiksa.

Selama ini sepatutnya Anwar Ibrahim lah yang jadi PM selepas Tun Mahathir tetapi ia nya tidak terjadi begitu, dengan izin Allah jua, berbagai masalah dan musibah telah terjadi. Dan percaya lah ianya akan berterusan lagi 5 tahun jika kali ini kita biarkan Hak kita di sekat dan di rampas. Kita perlu dan wajib mengubahkan nya.

Setiap minggu ada RABU. Hari ini hari RABU. Hari untuk Rakyat Akan Buang UMNO.

Anonymous said...

Apabila SPR memutuskan hari mengundi pada hari kerja iaitu 9 May, ia nya memberi peluang kepada Najib dan BN untuk menang.

Najib dan BN akan kalah jika hari mengundi jatuh pada hari sabtu atau ahad.

Ini nasihat kepada pengundi BN dan penyokong Najib UMNO terutama pengundi atas pagar..

Mengundi pada hari kerja ada lah petunjuk rakyat majoriti nya menolak Najib dan BN. Sebagai pengundi dan seseorang yang menyanjung sistem demokrasi, anda sepatutnya memilih bersama majoriti yang menolak Najib dan BN yang tidak dapat mengundi.

Jangan sesekali melibatkan atau membiarkan diri anda terlibat dengan apa jua penipuan.

Anonymous said...

Najib kata rancang masa untuk mengundi.

KJ kata jangan bagi alasan tidak mengundi. SPR bagi sebulan.

Ini bermakna SPR tidak merancang dengan baik atau memang betul lah SPR merancang tapi untuk menang kan Najib dan BN. SPR lah sepatutnya merancang supaya pengundi tak perlu merancang jika hari mengundi pada hujung minggu.

SPR ada masa berbulan-bulan tetapi memilih hari berkerja. Cukup ke untuk syarikat atau Jabatan merancang jadual operasi dan pentadbiran dengan jumlah yang keluar mengundi di berbagai-bagai lokasi dan dalam masa itu juga ada yang cuti sakit dan bersalin ..

Adakah rakyat rela pemimpin begini yang terus menjaga negara dan rakyat ?



noting said...

Horey najib menang, nko cakap kalau hari ngundi sabtu atau ahad najib kalah. Worey2

Anonymous said...

Undi hari rabu... ciss lanun bugis bangsat. berbagai bagai sekatan si bangsat halang bangsa malaysia dari merdeka. sah pegawai melayu islam spr jentera bantu lanun tipu undi pos tipu undi awal...

Unknown said...

najib and kj are so cunning. you deserve the anger of the Malaysian voters.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...