JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Friday, April 06, 2018

SEMOGA DAMAILAH RUU 355 DI ALAM SANA

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. 5 April 2018, Parlimen Ketiga Belas ditangguhkan. 

 2. RUU Antiberita Tidak Benar 2018 diluluskan. 112 MP BN dan bebas termasuk 11 MP Pas menyokong. 64 MP pembangkang menolak. 

 3. Dengan kemahuan kerajaan, begitu mudah RUU ABTB 2018 diluluskan. Tanpa perlu pakai t-shirt, berhimpun di padang dan jiratkan sesiapa di masjid. 

 4. Sementara usul persendirian Marang (RUU 355) utk meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 tidak mendapat ruang utk dibahas. 

 5. Setelah begitu ramai warga Malaysia dijiratkan dan dikafirkan, akhirnya RUU itu disembelih atas kemahuan kerajaan BN. 

 6. MP Marang sendiri yg bertanggungjawab terhadap usul itu tidak hadir pada hari berkenaan. MP Pas yg lain juga diam (edit: akur) dgn penuh sopan. 

 7. Semasa RUU itu dikritik umum, hampir semua perkataan buruk dlm kamus diratib. Binatang dlm kandang zoo juga dilepas berkeliaran. Ramai yg termangsa.

 8. Tetapi, semasa BN membunuh usul itu, semua kalimah buruk tadi tidak teratib lagi. Arwah RUU menghembus nafas dgn tenang, tanpa rontaan.

 9. Eloklah RUU itu menghembus nafasnya. Kekeliarannya di tengah-tengah khalayak mengganggu ketenteraman ramai. 

 10. Semoga RUU 355 tidak bangun kembali sebagai hantu raya, pelesit atau hantu gigi selepas PRU akan datang. Damailah RUU itu di alam sana.
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

pas akan telah ludahnya sendiri..
akan makan sumpahnya sendiri...

Anonymous said...


Takziah.

Sungguh sedih benar dengan Arwah RUU yang lahir dalam keadaan yang sangat sukar kerana keluar nya menyongsang dan tak cukup bulan terus di masukkan ke tabung oksigen dengan nadi nya yang sangat lemah walhal rupa dan bentuk nya dah sempurna.

Bacaan nadi nya luar biasa iaitu 100 dan kalau di jangkakan hayat nya mungkin 10 tahun atau lebih dan 100,000 untuk kos jagaan rapi nya sehingga di serahkan kepada penjaga yang sah supaya maruah dan kedudukan penjaga nya lebih di pandang tinggi.

Namun arwah (RUU) di biar pergi tanpa sebarang perhatian langsung malah pakar yang mengendung nya membuang nya di pintu pagar masjid dengan sekeping nota.

Jangan lupa Dedak dalam bahasa Arab..

Boley Jalan said...

Tapi deris mat masih dok meroyan....elok la tu, dok jauh2 meroyan sorang diri.

Anonymous said...

Sbb tu lah PAS tak layak memimpin Malaysia. Tak pandai baca penipuan dan asyik kena kencing aje. PAS perlu belajar dan bukan kurang ajar.

pok amid littor said...

Marah nanti macai mr presideng cap bulan selepas baca artikal kat atas tu!
Mr presideng pulok, buat muka lembu kenyang laa, nak komen dh terkena batang hidung

Anonymous said...

Memang rammai kata begitu.

Sebenarnya memang PAS tahu tentang penipuan itu. Dan apa jua penipuan selain dari yang itu.

PAS bukan di tipu tetapi ada lah sebahagian dari Penipuan tersebut.

PAS kaki menipu seperti mana UMNO menipu. UMNO tak tipu PAS sebab itu semasa sidang terakhir Parlimen PAS sokong akta anti berita palsu. PAS sebenarnya tahu RUU apalagi Hudud akan mati begitu sahaja.

Yang kena tipu ialah Walaun yang malu selama ini telah di perbodohkan oleh ketua-ketua mereka. Malu nak mengaku...



Anonymous said...

Elok dah mati. Habis umat Islam dah dikafirkan arwahnya. Sampai diugut nak tanam jirat. Kalau hidup arwah pun menyusahkan Islam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...