JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Tuesday, April 03, 2018

Suara dan lenggok bahasanya sebijik Nik Abduh!

Muhamad Fadzil 

 Saya antara orang yang tak percaya suara dalam audio #AnaTahu tu adalah suara Ust Nik Abduh bila pertama kali rakaman audio tu tersebar. 

 Tapi bila seorang sahabat lama dari parti sejarah yang masih 'istiqamah' sampai hari ini sendiri yang perdengarkan rakaman tu sepenuhnya (masa tu belum didedahkan lagi rakaman penuh, tak silap baru siri kedua atau ketiga), dan dia sendiri yang beritahu secara detail kat mana kejadian tu berlaku, siapa yang terlibat dalam perjumpaan tu, dan apa isunya, terus saya jadi percaya tanpa ragu-ragu lagi. 

 Tambahan bila dengar sekali lagi pendedahan sepenuhnya dalam FB page Ana Tahu tu beberapa hari lepas, rakaman tu sangat konsisten dan sama seperti rakaman yang diperdengarkan oleh sahabat saya tadi tu. Tiada suntingan dan tiada mana-mana part dalam audio tu dipotong. Suara dan lenggok bahasanya sebijik! 

 So, memang sahihlah rakaman tu dibuat sendiri secara sembunyi oleh kumpulan yang didakwa tak berpuashati dengan sebahagian pimpinan PAS Pusat termasuklah Ust Nik Abduh sendiri. Isu dana RM2 juta daripada UMNO tu adalah kemuncak pertikaian dan pertengkaran dua kumpulan ni yang membawa kepada 'serangan' kumpulan Ust Din (Zaharuddin Muhammad) terhadap team Ust Nik Abduh dalam pertemuan sulit tu! 

 Secara peribadi, rakaman suara #AnaTahu ni bagi saya tidaklah terlalu mengujakan sebab beberapa bulan lepas, saya sendiri dah saksikan perbalahan secara terbuka tentang isu 2 juta ini di kalangan kawan-kawan saya daripada kedua-dua kumpulan (kumpulan Ust Din dan kumpulan penyokong Ust Nik Abduh) dalam FB dan saya sendiri dah printscreen status-status mereka untuk tujuan rujukan masa depan. hehe. 

 Cuma bila suara dalam audio tu mendedahkan tentang kewujudan banyak kumpulan dalam PAS dahulu termasuklah grup RTI, usrah Tg Mas, dan tentera-tentera atau jentera-jentera lain serta nama-nama yang saya tak pernah dengar sebelum ni seperti Maulana Shaari, saya terkejut dan amat tidak menyangka. Hebat sungguh gerakan mereka nak menyingkirkan jebon! 

 Selain tu, apa yang menambah keyakinan saya tentang keaslian audio tu adalah betapa 'fluent'nya suara orang yang bercakap dalam audio tu sendiri menceritakan satu persatu apa yang berlaku dan tidak mudah untuk sesiapapun bercerita sebegitu walau mengikut skrip. 

Ternyata cereka duit daripada UMNO, kerjasama atau rundingan sulit antara UMNO-PAS, RUU355 untuk tujuan pecahkan Pakatan adalah benar dan tidak dapat disangkal lagi. Pertama, menerusi rakaman audio ni serta qarinah-qarinah yang berlaku sepanjang tempoh yang didakwa usaha UG antara UMNO-PAS sejak 2008 dan kedua, melalui cerita sahabat saya tadi! 

 Sahabat saya sendiri yang menceritakan segala-galanya yang telah dan sedang berlaku dalam PAS hari ini. Cuma beliau masih belum berani ke hadapan untuk betulkan keadaan yang sedang dirosakkan oleh sebahagian pimpinan PAS Pusat hari ini. Bahkan beliau juga antara yang disingkirkan dalam pemilihan PAS peringkat negeri tahun lepas. 

 Saya hanya mampu doakan agar ALlah berikan kekuatan kepada sahabat saya tadi dan kawan-kawan yang masih istiqamah dalam parti sejarah dan tahu apa yang berlaku di sebalik pendedahan audio ini, agar mereka sendiri tampil dan ambil tanggungjawab untuk nyatakan kebenaran. Sekurangnya atas nama kebenaran. 

 Kami di AMANAH telah mengambil risiko yang amat besar sebelum ini untuk keluar daripada parti lama dan korbankan emosi demi ketegasan atas kebenaran yang diperjuangkan. Justeru harapan yang sama dititipkan buat sahabat-sahabat yang memilih untuk kekal. 

 Jangan ingat apabila berlaku pertembungan sekali lagi dalam PAS hari ini antara dua kumpulan tersebut, kami bekas-bekas ahli ni berasa gembira dan bertepuk tangan, bahkan sebaliknya kami amat sedih atas apa yang berlaku. 

Parti yang berdiri atas nama Agama malah diperjuangkan sepenuh yakin suatu ketika dahulu sedang diperhatikan secara serong oleh masyarakat luar hari ini. 

Kami juga perit merasa tempiasnya! Namun atas nama kebenaran, kita perlu zahir dan nyatakan sungguhpun ia terlalu pahit untuk ditelan. Bukankah itu juga ajaran Agama kita? 

 Saya sempat berpesan kepada sahabat tersebut, andai kata langkah terbaik untuk memperbaiki parti adalah dengan melihat kekalahan parti dalam pilihanraya akan datang, maka usahakanlah ke arah itu. Moga ego sebahagian pimpinan yang asyik dan dibuai keseronokan menerima 'dedak' UMNO hari ini akan jatuh dan hanyut bersama kekalahan. 

 Saya juga cuba yakinkan bahawa apa yang berlaku kepada PAS hari ini adalah ujian selepas kemenangan. Oleh itu, kekalahan adalah sebaik-baik pengajaran. 

Atau setidaknya, fikirlah ahli-ahli di bawah sana yang langsung tak tahu menahu tentang percaturan dan kecurangan pimpinan-pimpinan di atas. Mereka di bawah begitu ikhlas membantu parti yang berjuang atas nama Agama justeru usahlah dikhianati. 

Saya? bertanggungjawab atas tulisan ini. 

WaLlahualam bissowab. 

March 30 at 9:56am 
· Kajang ~ sumber
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Bayangkan apa lebai pas nak kata jk pakar forensik london mengesahkan yg suara itu sahih suara nik beduh. Apa walaun nak putar lg? Lebai antara yg top dlm pas TIPU bulat2 bila dia menafikan itu percakapan dia. Pas pun dah pandai tipu mcm rakan dia najib. Islam kemana?

Anonymous said...

Cukup dengung dan makhraj ikut suara Nik Abduh. Kalau segi tarannum pun memang suara Nik Abduh. Ana sumpah enta jadi abu. Ana tahulah.

Unknown said...

penafian nik abduh langsung tak diyakini gamaknya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...