JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Friday, May 11, 2018

Agong sedia beri pengampunan kepada Anwar, kata Dr M

Oleh Adam Abu Bakar

Perdana menteri berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan pemimpin 4 parti komponen PH dengan Sultan Muhammad V, semalam. 

Dr Mahathir (tengah) berkata, PH akan melakukan proses sewajarnya
supaya Anwar diberi pengampunan dan dibebaskan serta-merta. 
   PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Yang di-Pertuan Agong bersedia memberi pengampunan dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara. 

 Perdana menteri berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan pemimpin 4 parti komponen Pakatan Harapan (PH) dengan Sultan Muhammad V, semalam. 

 “Dalam perbincangan 4 parti dengan Agong, Agong menyatakan beliau bersedia untuk memberi pengampunan kepada Anwar dalam kadar segera.

 “Kami akan lakukan proses sewajarnya untuk dapatkan pengampunan Anwar, bukan sahaja dia mendapat pengampunan, tetapi dia juga akan dibebaskan serta-merta,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini. 

 Jabatan Penjara Malaysia sebelum ini mengesahkan ketua umum PKR dan PH itu akan dibebaskan 8 Jun depan. 

 Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, pengiraan tempoh hukuman perlu dijalani Anwar dan tarikh pembebasannya dibuat mengikut ketetapan Seksyen 44 Akta Penjara 1995 serta Peraturan 43(1)(a) Peraturan-peraturan Penjara 2000. ~ Freemalaysiatoday
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...