JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Friday, May 25, 2018

Aksi ‘londeh’ Ketua Pesuruhjaya SPRM dapat perhatian dunia

Oleh MOHAMED HADI AH



  Ramai juga yang tidak bersetuju dengan tindakan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, Datuk Seri Shukri Abdull melondehkan semuanya di dalam sidang media semalam.

Aku mungkin tidaklah idealis sangat meski aku pun belajar undang-undang juga. Dan aku tahu Datuk Sri Shukri juga tahu undang-undang. Dia tahu apa yang dia buat dan dia tetap mahu londeh juga. Dan londehnya bukan sedikit. Sampai Raja-Raja Melayu pun terkena getahnya juga.

Apa yang dia mahukan?

Apa yang dia mahukan telah pun dia dapat semalam. Dia berjaya dapatkan perhatian seluruh Malaysia (malah satu dunia juga). Cukup.

Dia nak bagitau satu dunia yang dia telah buat segala-galanya yang dia mampu, hatta mengadap Raja-Raja Melayu, namun hampa. Bayangkan semua organ ‘gagal’. Menteri-menteri semua pengecut.

Dia nak bagitau semua rakyat Malaysia, kerana kuasa kamu yang mengundilah, aku boleh duduk di depan cerita semua ni. Kuasa yang tak dimiliki oleh siapa-siapa pun, hatta Raja-Raja Melayu (ini bukan salah Raja-Raja Melayu ya, sila baca kenyataan akhbar Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam).

Ya, memang dramatik.

Lepas ni apa jadi? Apa nak jadi, jadilah lepas ni. Tak beretika? Prejudis? Kita boleh dakwa itu dan ini dari sudut undang-undang. Itu semua biar mahkamah yang tentukan. Tapi dalam masa yang sama, mesej telah disebarkan ke seluruh dunia.

Nama Najib Razak telah dirosakkan serosak-rosaknya. Itu sudah cukup.

Sebab itulah sebelum ni awal-awal lagi Rosmah Mansor minta supaya tiada perbicaraan pramatang dilakukan melalui media.

Tapi Shukri Abdull tak peduli semua tu. Boleh blah.

Noordin Ahmad bilang dalam filem Sultan Mahmood Mangkat Dijulang – “Bagaimana Tuanku menanam, begitu jugak patik menuai!” ~ Malaysiadateline
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Elok di londehkan. Kalau tak, macam itu lah cerita nya tak kira siapa yang berkuasa termasuk lah hal-hal dalam syarikat..

Dulu benda macam ini kalau nak di dedahkan kena buat senyap-senyap. Sama jugak hujung nya.. baik di londehkan.

Selepas di londehkan itu pun masih ada yang penakut. Tapi bukan menteri sebab yang takut ialah 8 ADUN lantikan Shahidan.

Smart Pomen said...

Emmm... ......... That all.

Anonymous said...

jangan setakat londeh .bogelkan semua biar rakyat semua tahu sapa dia haramjadah dan balaci2

MFOAHIARMUASD said...

Sekarang br nk londeh,kenapa tak dr dulu lagi melodeh dan sekarang mst dh terbogel. Dulu kenapa menikus bagai di bawah tempurung dan sekarang baru nk tunjuk taring membaham rakus. Dulu pengecut bacul dan munafik kenapa skng sdh berubah?

Unknown said...

londeh bg jelas pada rakyat how things worked during najib's era. siasatan ancaman pd shukri boleh dimulakan.

HBM said...

Memang patut Datuk Syukri londehkan semuanya. Terima kasih Datuk.
Biar semua rakyat tahu semua nya.
Sekarang kita semua sudah tahu. Simpan baik baik dalam hati dan jangan percaya lagi konon nya dewa dewa dari kayangan boleh tolong jika rakyat susah.
.....sensetif....harap semua faham. Ia tidak berlaku saperti mana yg kita jangkakan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...