JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, May 03, 2018

APA ERTI PRU 14 BAGI KITA RAKYAT MALAYSIA?

Oleh TS Rafidah Aziz


 Pada 9 Mei, Pengundi2 Malaysia akan keluar mengundi. 

  MENGUNDI UNTUK APA ? 

 1) Untuk PILIH KERAJAAN. IAITU bukan setakat memilih YB2, untuk kerusi Parlimen atau ADUN, TETAPI untuk MEMILIH KERAJAAN yang BARU, di Negeri2 dan di Peringkat Pusat. 

 2) Mengapa “BARU”? KERANA TIDAK ADA MANA2 PARTI dalam dunia demokrasi, yang berhak untuk "kekal" sebagai Kerajaan. SETIAP pihak PERLU DAPATKAN SEMULA , mandat dan KEPERCAYAAN RAKYAT untuk tubuh Kerajaan. 

 3) RAKYAT adalah PEMILIK sebenar negara ini. 

- PARTI yang dipilih secara majoriti dalam mana2 PRU, HANYA menjalankan kuasa YANG DI SERAHKAN olih RAKYAT. Mereka BUKAN pemilik negara. 

- SETIAP lebih kurang 5 tahun, RAKYAT lah yang MEMPUNYAI KUASA untuk pilih KERAJAAN BARU di peringkat Pusat dan Negeri


 MALAYSIA sebenarnya SAPERTI sebuah RUMAH BESAR, tempat berlindung RAKYAT BERBILANG KAUM. Rakyat yang berbilang kaum ini lah yang sebenarnya TUAN RUMAH negara MALAYSIA. KITA PILIH KERAJAAN saperti kita beri "KONTRAK MENJAGA dan MENGURUS" RUMAH kita, MALAYSIA. 

 SEKIAN LAMA, KONTRAK ini, telah kita beri kapada BN, yang DAHULUNYA telah memberi Perkhidmatan yang memuaskan. MAKA setiap kali PRU, BN telah "di SAMBUNG" kontraknya. Perkhidmatan ini tidak mungkin 100% sempurna, tetapi, lebih banyak yang BAIK DAN BERFAEDAH untuk RAKYAT. JELAS pelbagai FAEDAH, di terima Rakyat SELAMA KONTRAK dengan PARTI PERIKATAN dahulu, dan selepas itu, PARTI BARISAN NASIONAL- BN, yang di ketuai oleh Tun Razak, Tun Hussein dan Tun Mahathir. 

 Kontrak ini terus di "SAMBUNG" LAGI KAPADA BN, tetapi di bawah KETUA2 BARU -Tun Abdullah dan selepas itu Najib Razak. 

 SEKARANG, SAMPAI MASANYA Najib & Co, MEMINTA rakyat "SAMBUNG" lagi KONTRAK BN ini. 

 KITA mesti MENILAI PRESTASI BN dalam 10 tahun yang lalu, untuk putuskan sama ada: - Hendak SAMBUNG LAGI,

 - ATAU diberi KONTRAK BARU untuk 5 TAHUN lagi kapada PENGURUS lain.

 SEKARANG ADA PIHAK LAIN yang menawarkan untuk berkhidmat sebagai KONTRAKTOR untuk MENGURUS RUMAH KITA MALAYSIA. Ianya adalah PARTI yang di pimpin olih TUN MAHATHIR, seorang pemimpin yang telah TERBUKTI kemampuannya, MENJAGA dan MENGURUS RUMAH KITA dengan SEBAIK MUNGKIN untuk sekian lama. 

 SEKARANG JELAS , bahawa, KONTRAK kapada BN, dibawah NAJIB & CO, TIDAK WAJAR di SAMBUNG LAGI, ATAS ALASAN2, antara lain: 

 1) Pembangunan Ekonomi TIDAK saperti yang di harapkan. HANYA terdapat "catitan2 statistik" ,untuk memberi "gambaran" Pertumbuhan Ekonomi. Hakikat sebenarnya, rakyat terus mengahadapi masaalah2 sara hidup , menanggong beban harga2 barangan yang semakin meningkat 

 2) BEBAN Mengurus Negara di LETAKKAN BALIK, kapada bahu RAKYAT. Contoh nya, melalui GST, sebenarnya RAKYAT SENDIRI yang bertanggong jawab MENAMPUNG EKONOMI.(Ini di sahkan sendiri olih Najib & Co ) 

3) HUTANG NEGARA MERUNCING. BEBAN ini akan TERUS ditanggong olih GENERASI MUDA , dan yang AKAN DATANG. 

4) KEYAKINAN pelabur2 asing semakin terhakis, KECUALI Syarikat2 DARI CHINA yang mempunyai pelbagai agenda, termasuk hubung kait dengan soal jual beli tanah, berhubung 1MDB yang banyak dipersoalkan.

 5) HAKISAN INTEGRITI dikalangan INSTITUSI2 penting (saperti Polis, Peguam Negara, MACC, Kehakiman etc). Institusi2 ini adalah diAMANAHKAN rakyat UNTUK bertindak ADIL, SAKSAMA, TELUS dalam usaha menguatkuasakan Undang2 dan Peraturan2. Institusi2 ini adalah asas dan tulang belakang Negara DAN saluran untuk Rakyat mendapat keadilan. TETAPI, kita mula melihat keputusan2 yang dibuat semakin tidak rasional, tidak objektif dan tidak profesional . Keputusan2 mereka acap kali meragukan.

 6) TETAPI yang AMAT KETARA ialah SEMUA ANGKARA2 yang berkaitan dengan Skandal 1MDB.

 Yang JELAS mengenai 1MDB ini ialah:

 - TELAH DIKETAHUI seluruh DUNIA tentang BUTIR2 dan selok belok operasi 1MDB,

 SERTA HUBUNGKAIT antara PIHAK2 TERTENTU

 - TINDAKAN UNDANG2 TELAH DI AMBIL olih NEGARA2 LUAR , keatas pihak2 yang telah terbukti BERSALAH, berkaitan dengan aspek2 tertentu 1MDB

 - TETAPI di MALAYSIA, kedudukannya MASIH "TIADA KES", "TIADA KAITAN " dsb

 - TIADA JAWAPAN yang jelas dan MUNASABAH yang telah DIBERIKAN olih mana2 pihak.

 - DOKUMEN2 DIRAHSIAKAN, mencerminkan TIDAK ADA KETELUSAN

- ADA CAMPUR TANGAN dalam MENUKAR Pegawai2 Penyiasat dan Ahli2 PAC

- SPEAKER PARLIMEN telah SENTIASA menghalang sebarang cubaan DALAM PARLIMEN MEMBANGKITKAN soal 1MDB .

Padahal RAKYAT mempunyai HAK untuk MENDAPAT JAWAPAN2 dari PENGURUS NEGARA (Kerajaan semasa), melalui WAKIL2 RAKYAT MEREKA, yang BERINTEGRITI dan BERTANGGONGJAWAB, dalam PARLIMEN. (Bukan yang HANYA menganggok kapala, bersetuju atas apa yang TIDAK BETUL )

 SEKARANG , Pengurusan RUMAH KITA , MALAYSIA , olih Najib & Co, telah menjadi BAHAN KETAWA dan SINDIRAN DUNIA. 9 RAKYAT MALAYSIA TERUS MENANGGUNG MALU .


 MAKA...

 JELAS bahawa KONTRAK yang kita telah berikan pada mereka dalam tahun 2013 itu, TIDAK WAJAR DI SAMBUNG LAGI. RUMAH KITA telah TIDAK DIJAGA DENGAN BAIK. 

 1) Jelas ADA HARTA2 dan ASET NEGARA yang benar2 strategik dan berharga telah HILANG.

 2) HUTANG Negara terus BERTIMBUN.

 3) GELARAN yang DI BERI DUNIA kapada PENGURUSAN Malaysia , ialah "KLEPTOCRACY/ "KLEPTOKRASI" iaitu "RULE BY THIEVES" iaitu ertinya "PEMERINTAHAN oleh PENCURI"

  Alangkah MALUNYA RAKYAT, iaitu Tuan Rumah, Negara tercinta ini, MALAYSIA.

 DENGAN ITU.....

 1 ) RAKYAT TIDAK WAJAR SAMBUNG KONTRAK, kapada NAJIB & CO . IANYA PERLU diGANTIKAN dengan KONTRAKTOR yang BARU yang DI KETUAI OLIH PENGURUS yang mempunyai rekod dan prestasi cemerlang yang ternyata.

 2) Rakyat TIDAK PERLU “SENTIMENTAL” membuat keputusan memberhentikan Kontrak lama .

 3 ) Keadaan RUMAH kita semakin ROSAK , dan di LANDA pelbagai makhlok perosak. KITA perlu usaha dari KONTRAKTOR PENGURUSAN BARU untuk mereka memperbaikinya SEKARANG.

4 ) JANGAN TUNGGU sehingga sampai RUNTUH RUMAH kita, yang telah BERDIRI kukuh TERSERGAM Megah untuk sekian lama, TETAPI SEKARANG , telah mula mengalami kerosakkan KETARA.

RAKYAT MALAYSIA WAJAR KALI INI MENUKAR KONTRAK PENGURUSAN NEGARA TERCINTA KITA, MALAYSIA.

 KITA BERIKAN AMANAH ITU KAPADA PAKATAN HARAPAN.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Insya Allah. Semoga mulai 10 Mei 2018 nanti rakyat akan mendapat pengurusan baru iaitu Pakatan Harapan. Aamiin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...