JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Tuesday, May 29, 2018

Committed Government Guarantees - Makhluk Apa Ni?

Oleh Syukur Muhamad

Semalam YB Menteri Kewangan keluarkan butiran tentang hutang negara yang sebenarnya dah melebihi RM 1 trillion (RM1  juta juta, atau RM 1,000,000,000,000).

Termasuk dalam penemuan baru ni ialah makhluk yang bernama 'Committed Government Guarantees' (CGG) sebanyak RM 199.1 billions. CGG ni apa sebenarnya? 

Dalam bahasa mudah, ada beberapa syarikat yang pinjam duit. Pinjaman ni dijamin oleh kerajaan, 'Kalau hangpa tak bayar, tak apa, aku boleh settlekan'. Sepatutnya hasil syarikat tu cukup lah untuk bayar pinjaman, tapi syarikat-syarikat ni atas sebab masing-masing tak boleh bayar. 

Jadi kerajaan dah masuk fasa, 'Aku kena settlekan' untuk pinjaman-pinjaman ni. Sebab tu nama dia 'committed', kerajaan dah komit dah pun untuk bayar. Ada banyak lagi pinjaman yang dijamin kerajaan, tapi kerajaan tak perlu komit sebab syarikat ni cukup hasil. Bila kerajaan kena bayar, duit tu duit cukai kita lah! 

Syarikat apa yang tak cukup hasil ni? Ada 5 yang disebut: 

1) Danainfra (RM 42.2 billions)

- PInjam duit untuk buat MRT & Pan Borneo highway.

2) Prasarana (RM 26.6 billions) 

- Pinjam duit untuk naiktaraf RapidBus, monorail & LRT.

3) Malaysia Rail-Link (RM 14.5 billions)
- Pinjam duit untuk buat ECRL.

4) Govco holdings (RM 8.8 billions)
- Ini makhluk istimewa, pinjam duit untuk bantu orang yang pinjam duit. Antaranya bantu Proton yang masa tu tengah sesak.

5) 1MDB (RM 38 billions)
- Ini makhluk paling istimewa. Pinjam duit untuk apa pun kita belum tahu sepenuhnya.

Kalau siapa kira betul-betul, 5 syarikat ni tak sampai RM 199.1 billions. Baru RM 130.1 billions. Ada lagi RM 69 billions hutang oleh beberapa syarikat lain yang kita akan tahu nanti. 

Maksudnya: 

Buat macam-macam pengangkutan awam yang besar, nak bagi ada legasi, nak bagi rakyat sokong, tapi tak bagi tahu rakyat yang  hutang-hutang ni tak boleh servis. Tak telus. 

Kalau macam pengangkutan awam tu boleh diampunkan lagi sebab keretapi susah nak buat duit, tapi macamana dengan makhluk-makhluk istimewa yang duitnya dimasukkan dalam 'black hole' yang tidak diketahui?

Inilah sebab kenapa kita tak boleh tutup sebelah mata terhadap isu-isu pentadbiran baik (good governance) dan ketelusan ini, membiarkan pemerintah buat sesuka hati dengan alasan 'asalkan saya masih aman' atau pun 'tak apa, yang penting orang kita memerintah'. Tutup sebelah mata terhadap 'orang kita' itulah yang akan memakan diri...
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Committed Government Guarantees' (CGG) inilah barisan nasional menjaga cronyism dlm bahasa mudah lu tolang gua gua tolong lhu

Anonymous said...

lobai pas senyum urut janggut sambil mnjeling batang2 balak. lobai tknk perintah msia. biar ph selesaikn semua najis2 pemimpin sedondon lobai dulu.

kemudian baru lobai akn perintah msia. rakyat akn pastikn lobai akn kekal jd pembngkang atau dikuburkn masa pru15 nanti.

lobai jenis pemimpin tk bertnggjwb. islam apa mcm ni. ada tak nabi saw kata bila islam dh kuat dn dpt kuasai madinah baru baginda saw dtg utk tadbir madinah yg dh setel dan kuat segala2nya.

lobai..kamu sekali lg mnjual agama. sgt jauh dr perjuangan dn akhlak nabi saw. nauzubillahi minzalik

Anonymous said...

Lagi haru kalau dapat untung tapi kata rugi.

Cari balik Syarikat dan orang yang terlibat ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...