JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, May 24, 2018

Di Washington, saya menangis seperti budak kecil depan Mat Salih - Mohd Shukri

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendedahkan beliau hampir mati sepanjang menjalankan siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohd Shukri berkongsi pengalaman ngerinya itu selepas dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.

"Saya sudah janji nak cerita pengalaman siasatan SRC dan 1MDB. Sebelum itu saya sebenarnya tidak mahu kembali ke SPRM ini, sebab saya dah bersara. Saya bahagia jadi pesara.

"Tetapi apabila dipanggil berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad saya tidak dapat menolak.

"Bukan sebab apa kerana apabila saya melihat beliau yang berusia 93 tahun masih lagi sanggup bekerja untuk negara, akhirnya saya terima dengan satu syarat. Saya kembali untuk selesaikan tugas yang belum selesai," jelasnya pada sidang media, Selasa.

Mohd Shukri memberitahu, selepas bersara beliau pergi ke Washington (Amerika Syarikat).

"Dalam perjalan ke sana, saya sengaja timbulkan cerita bahawa saya akan pergi ke Jeddah. Dan ketika itulah pihak berkuasa Malaysia menghantar 'red alarm' ke Jeddah suruh tangkap saya.

"Tiba di Washington, saya berasa tidak selamat kerana ada orang mengekori saya. Kemudian saya lari ke New York menaiki keretapi dan bertemu dengan kawan di NYPD. Mereka memberi perlindungan selama seminggu bersama tiga orang 'bodyguard'.

"Selepas rasa selamat saya balik ke Washington dan melihat berita pegawai-pegawai saya ditangkap dan ditukar.

"Pada masa itu saya menangis seperti budak kecil di depan 'Mat Salih'. Saya sayangkan SPRM dan rasa bersalah sebab anak buah kena tangkap tetapi saya lari ke AS.

"Saya diam seketika. Kemudian saya 'WhatsApp' dua orang menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Paul Low.

"Saya sampai tahap mengugut mereka jika tidak lepaskan anak buah dan beri jawatan lama kepada mereka, saya akan balik dan dedahkan semuanya.

"Saya nak gunakan kuasa saya untuk tangkap mereka kerana menghalang siasatan. Saya akan buat. Dan Alhamdullilah selepas itu Shahidan dan Paul Low bagi balik tugas kepada pegawai saya.

"Saya dan Tan Sri Abu Kassim berjuang untuk selamatkan negara. Tetapi kami dituduh pembelot," jelasnya yang sedikit beremosi.

Tambah Mohd Shukri, beliau dan Abu Kassim berterusan berjumpa dengan menteri-menteri untuk memberitahu kes RM2.6 bilion adalah kisah benar.

"Dalam ramai-ramai menteri, hanya tiga orang sahaja yang berani bersuara iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Kes 2.6 bilion bukan cerita rekaan. Ia sangat besar. Memandangkan usaha kami tidak berjaya kami pergi jumpa Majlis Raja-Raja, namun hampa.

"Dan saya mengambil keputusan bersara lebih awal memandangkan Tan Sri Dzulkifli Ahmad akan masuk lebih awal sebagai KP SPRM.

"Saya tidak boleh bekerja dengan pembelot seperti dia," jelas Mohd Shukri.

Mohd Shukri telah berkhidmat selama 32 tahun bersama SPRM sebelum beliau bersara awal pada 31 Julai 2016 dengan jawatan terakhir yang dipegang beliau ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.

Perdana menteri melantik Mohd Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi menggantikan Dzulkifli yang memohon menamatkan kontrak perkhidmatannya dengan SPRM dan sudah melaporkan diri di Pejabat Peguam Negara pada Selasa lepas.
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Sepatutnya dia menangis depan Hadi.

Orang Politik kalau kena dugaan macam ini ada sokongan. Najib yang ambil berjuta tu pun ada sokongan.. Tapi penjawat awam dalam hal siasatan khususnya kalau kena aniaya macam itu, terkonteng-konteng se orang diri.

Kerajaan Najib memang dera Pegawai SPRM suapaya Tuan Shukri tutup mulut.

Kalau buat filem mesti box office.

Hadigol said...

begini punya besar penyelewengan, lobai pas boleh kata puashati dgn penjelasan 1mdb.

bagaimna kalau lobai memerintah Malaysia... hancur semua.

yg lobai tk puashati hanyalah dgn Amanah dan DAP. kehilangan wang Negara hanyalah dunia yg sementara semata2. yg akhirat ialah menghapuskan Amanah (munafik) dan DAP (kafir harbi).

itu je 2 perjuangan islam pas era hj hadi. yg lain skandal ke apa ke semua puashati.

sukurlah pas tk kuasai Malaysia.

Smart Pomen said...

Insyaalah, tuhan bersama org Yg benar, Dia test kita saja, tak Lebih Dari kemampuan Yg sanggup kita hadapi. Tgk sekarang dia bagi peluang utk Sebar Kebenaran.. Jadi Jln kan kewajiban anda. Jgn khianat Yg rakyat beri.. Bawalah Siapa Yg betul2 bersalah, adili dgn seadilnya. Kita cuma Taknak Sape Yg Jadi master mind lepas, Yg bilis2 je. Ape pun jho low tu kunci. Bawak balik. Kalau takde kunci, ape pintu pun tak bleh bukak... Bleh panggil tukang kunci . Tapi Takut Ada Yg tertinggal Kat dlm. Jadi Dari Dia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...