JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Tuesday, May 15, 2018

Habislah .... Peja semakin pijau jadinya!!

Tindakan Peza menerima perlantikan jawatan MB dengan latar belakang dirinya yang serba-serbi kekurangan adalah menimbulkan kesulitan kepada dirinya sendiri. Tak dak kerja cari kerja... inilah balanya!

 Episode Peza ini mengingatkan saya kepada suatu cerita kelakar Mantan Menteri JKR, Dato Seri Samy Vellu di mana dalam satu ceramah beliau berkata, “Kita akan bina satu jambatan wuntuk orang-orang kampung di sini.”

 Tiba-tiba ada seorang pakcik menyampuk, “Tapi kita takde sungai, buat apa bina jambatan??” 

 Dato Seri dengan bangga membalas, “Kalau takda sungai, kita bina sungai.”

Begitulah juga dengan Peja. Dia mahu jadi MB walaupun dia tidak ada ‘orangnya’ untuk dijadikan Exco…

 Bila jadi MB, maka berserabutlah dia nak cekau sana… cekau sini segala macam sampah yang ada dan sempat digapainya!

 Maka dapatlah dia cekau kakak iparnya sendiri, si Nolii dan sorang dari Sungai Manik, Zainol Fadzi.

 Seperti yang saya tulis sebelum ini, Peja sepatutnya menolak dengan baik perlantikan MB itu dan dengan sekali gus, secara tidak langsung, beliau dapat mengelakan DS Nizar, Hj Asmuni dan lain-lain yang sudah bertahun-tahun berjuang dari rasa dihina dan dikeji apabila diketepikan begitu saja.

 Kalau sekalipun sultan tidak setuju, Rakyat masih boleh bangkit dan mempertahankannya.

 Rata-rata rakyat telah mulai bersuara dan tertanya-tanya… Siapa Peza?? Kenapa tidak DS Nizar?

 Mereka bertanya kepada aktivis parti… para aktivis pun payah nak jawab atau nak kelentong bila ditanya, “Macamana BERSATU dengan hanya SATU Kerusi boleh melangkau mereka semua?”

 Ada sorang sahabat tu cukup menyinga bila Nizar di ketepikan. Kawan-kawannya di pejabat masing-masing bertanyakan, “Apa sudah jadi dengan Nizar?”

 Pening kawan tu nak jawab sebab dia yang kempen supaya mereka semua undi PAKATAN HARAPAN dan menjajikan Nizar akan jadi MB mereka bersandarkan kepada pengalaman beliau yang lalu dan sebagai mengembalikan semula Hak Nizar yang telah dirampas secara haram oleh Umno BN pada akhir 2008 dulu… 

Tapi tiba-tiba ini pula jadinya…

 Betapa rakyat tidak bangkit bersuara, bila kini tersebar beritanya bahawa DS Nizar telah menerima surat dari Tun M sendiri selaku Ketua Majlis Presiden Pakatan Harapan menyatakan sokongannya ke atas perlantikan Nizar sebagai MB Perak!

 Takkanlah surat dari seorang Perdana Menteri pun tak laku??

 Surat daripada PM kepada tuanku Sultan Nazrin bertarikh 12 Mei yang lalu menyokong perlantikan DS Nizar sebagai MB Perak tetapi telah di hijacked di saat terakhir proses di Istana.

 Tidak dinafikan, senario ini akan lebih bergelora dan akan lebih bergolak besar dari episode pelantikan exco kerana rasa tidak puas hati rakyat dengan perlantikan Peja semakim membara.

 Jika semua Adun yang menang mengambil kata putus menolak tawaran perlantikan dari Peja… tentu pijau jadinya Peja!! 

 Dengan ini saya ingin mencadangkan dan mengajak para sahabat komponen PH di Perak, AMANAH, PKR dan DAP agar tidak menerima sebarang perlantikan jawatan yang ditawarkan Peja.

 Maka apa akan jadi dengan sebuah kerajaan Peja?
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

payah situasi yg sbnr di perak ini. diluah mati emak ditelan mati bapa. tp sy percaya ini lah langkah demi kemakmuran rakyat perak amnya.

Anonymous said...

Dah tahu tak dapat sokongan mula dari bawah dulu. Siapa yang malu sekarang? Rasanya Sultan sendiri yang tanggung malu kerana perkenan perlantikan hanya berdasarkan sokongan semata-mata. Kena ambil tindakan segera dan drastik kalau tak mahu menanggung malu.

Anonymous said...

Sultan xapa sbb Sultan akan ikut siapa yg ph lantik..mmg serabut.rata2 ramai suka nizar jd mb tp kini peja pulak jd mb. Nt kalau semua xterima lantikan nt peja malu pulak mau letak mana muka..bergelora lg ph perak..

Anonymous said...

kerajaan ujud atas sbb rakyatnya
maka rakyat yg lebih berhak siapa mereka mahu utk tadbir urus negeri/negara
rakyat boleh hidup tanpa sultan
tapi boleh ke sultan hidup tanpa rakyatnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...