JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, May 17, 2018

Ingatan kepasa Kerajaan Peja di Perak


Begitu juga dengan kerajaan Peja di Perak jika dia melantik 2 ekor Umno jadi Exco ...??? ~ Malaysiakini

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat silap besar dalam pelantikan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian, kata tokoh wartawan Tan Sri Zainudin Maidin‏. 

 Bekas menteri penerangan itu berkata demikian ketika mengulas peringatan Muhyiddin supaya Osman berhati-hati susulan tindakannya melantik setiausaha sulit dikatakan anggota Umno. 

 “Tan Sri Muhyiddin telah membuat kesilapan besar dalam pelantikan MB Johor yang akan terus timbulkan masalah kerana bertentangan hasrat rakyat,” katanya. 

 Muhyiddin hari ini mengingatkan Osman Sapian berhati-hati susulan tindakannya melantik bekas yang dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi Fizwan Rashidi sebagai setiausaha sulitnya. 

 Muhyiddin berkata beliau telah menasihatkan Osman untuk mengutamakan anggota Pakatan Harapan dalam pelantikan barisan pegawai. 

 Dalam siri tweet beliau, Muhyiddin berkata Pakatan Harapan akan runtuh segera jika Muhyiddin tidak membetulkan kesilapannya. 

 “MB baru ini tidak dinamik dan takkan berani betulkan kesilapan-kesilapan besar yang menyebabkan Umno diruntuhkan di Johor,” kata bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan itu. 

 Zainudin yang lebih dikenali sebagai Zam juga berkata “Muhyiddin terpaksa tegur tetapi ini kerana Muhyiddin tak boleh buat keputusan sendiri.” 

 Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Fizwan mengesahkan bahawa beliau merupakan setiausaha sulit menteri besar Johor.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Majlis presiden PH mesti campur tangan dlm kes mb johor dan perak. Jgn biarkan kemenangan ph dihijack oleh pihak tertentu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...