JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Tuesday, May 15, 2018

JANGAN BAWA BUDAYA UMNO DALAM PH

Oleh Tamrin Tun Ghafar 

1. Selepas Tun Dr. Mahathir melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003, rakyat telah memberi mandat baru kepada Abdullah Badawi (Tun). 

 2. Pilihanraya dalam tahun 2004 telah menyaksikan UMNO dan BN mendapat majoriti yang amat cemerlang sekali dalam sejarah politik tanahair. 

 3. Oleh kerana terlalu menyakini keupayaan diri dan di cemarkan pula oleh 'budak - budak tingkat 4' yang di ketuai oleh menantu nya sendiri, sokongan rakyat mula merudum. 

 4. Pada Pilihanraya 2008 , UMNO dan BN buat pertama kali hilang 2/3 majoriti Parlimen dan 5 negeri pula terlepas ke tangan pihak lawan. 

 5. Kuasa rakyat tidak terhenti di situ sahaja apabila dalam pilihanraya 2013, UMNO dan BN dibawah pimpinan Najib Tun Razak sekali lagi merosot prestasinya. 

 6. Amalan rasuah dan penyelewangan kuasa, rompakan demi rompakan, hartanah2 strategik diserah begitu murah kepada syarikat - syarikat dari negara komunis China semuanya dilakukan secara terang - terangan. 

 7. Najib dan Menteri - Menterinya terlalu bongkak, angkuh dan biadap seolah - olah negara ini milik mak bapak mereka. 

 8. Mereka hanya melepaskan batuk di tangga sahaja tentang kesusahan rakyat, sedangkan dalam masa yang sama isteri dan anak masing-masing berlumba-lumba menayang kekayaan hasil pencurian wang rakyat. 

 9. Sesiapa yang mengambil tindakan undang - undang seperti Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang akan dipenjarakan dengan sewenang-wenangnya dengan tujuan menakut - nakut kan orang lain. 

 10. Kebencian rakyat begitu tidak tertahan lagi sehingga mereka telah membenamkan UMNO dan BN pada Pilihanraya Umum yang berlangsung pada hari Rabu lepas bersamaan 9hb Mei 2018. 11. Jika rakyat boleh menumbangkan UMNO dan BN, rakyat juga boleh menumbangkan Pakatan Harapan, justeru berhati-hatilah. 

 12. Kini nyawa UMNO dan BN berada di hujung pedang, bak kata pepatah 'Retak Menunggu Belah’. 

 13. Tindakan beberapa pemimpin PH memperlekeh tindakan Tun semalam tak ubah seperti ' Musang Berbulu Ayam ' atau 'Gunting Dalam Lipatan’. 

 14. Umum tahu siapakah dalang sebenar yang cuba mengenepikan Tun secepat mungkin sebagai Pemimpin PH dan Perdana Menteri yang begitu besar jasa dan pengorbanan beliau bagi menyakinkan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap PH. 

 15. Percayalah rakyat sedang memerhati tindakan gelojoh orang - orang tertentu ini. 

 16. Tanpa disedari, mungkin Zahid Hamidi sedang menggunakan seorang dua Ahli Parlimen PH dengan motif tertentu. 

17. Jika kementerian penting seperti Kewangaan, Dalam Negeri dan Pertahanan dapat dikuasai oleh 'orang-orang' Zahid Hamidi yang berada dalam PH, maka amalan rasuah dan rompakan akan berterusan. 

 18. Nasihat saya kepada mereka ini, janganlah mengulangi kelemahan dan kesilapan pemimpin - pemimpin UMNO dan BN selama ini. 

 19. Percayalah 'Sepandai- pandai Tupai Melompat, Akan Jatuh Ke Tanah Jua Akhirnya.’ Pepatah lain menyebut, ‘Sebab santan pulut binasa, sebab mulut badan binasa.’ 

 20. Hentikan kepura-puraan seperti ‘pepat di luar, rencong di dalam’ atau ‘baik di luar, busuk di dalam.’ 

 21. Berilah peluang Tun menyusun Kabinetnya tanpa gangguan dan dengan harapan kabinet ini dapat melaksanakan segala janji PH yang terkandung dalam manifestonya, jika tidak bersetuju berbincanglah secara anak-beranak, bukan cuba menangguk di air keruh. 

 22. Hormatlah Tun sebagai Perdana Menteri dan sebagai ‘ayah’ kita. 

 23. ORANG YANG TAMAK DAN TIDAK IKHLAS AKHIRNYA AKAN RUGI. 

24. Ingatlah rakyat sedang memerhati setiap tindakan dan kelakuan kita. Terima Kasih.
Comments
1 Comments

1 comment :

Unknown said...

Saya rasa sbab tak mak jadi umno 2.0 sebab rafizi bercakap. Tengok isi kandungan jgn hentam je. Dia tidak persoal siapa di lantik tapi persoal keputusan dibuat tanpa persetujuan majlis presiden. Budaya umno je yg tabsub dgn presiden. Zaman tu dah tamat. Ingat le juga kemenangan bukan hanya sbab tun m. Org lain dah berjuang n merancang bertahun tahun. So hilangkanlah sikap tabsub n yes sir pd pm....yg boleh jadi punca pm lupa diri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...