JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, May 03, 2018

Jangan Lupa Janji Kita : Kita undi HARAPAN!!

Calon HARAPAN yang berwibawa dan punya luas pengalaman
 Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) N44 Dun Sungai Rapat, DS Nizar Jamaluddin dari Parti Amanah Negara mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR)  bukanlah calang-calang orangnya.

Selain memiliki aura dan pesona tersendiri berbanding calon Umno Barisan Nasional (BN) Hamzah Kasim dan calon PAS, Radzi Zainon, beliau mempunyai latar belakang yang menarik dan membanggakan.

DS Mohammad Nizar Jamaluddin, (lahir 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Negeri Perak), lulusan seorang jurutera dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-10 apabila membentuk kerajaan negeri selepas menang Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.

 Beliau merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science & Technology di Birmingham, England.

 Nizar mempunyai kebolehan bertutur dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, dan Bahasa Tamil.

Keluarga

 Isterinya Fatimah Taat dan mempunyai lapan orang anak, lima lelaki dan tiga perempuan.

 Anak sulung dan kedua beliau merupakan penuntut lulusan BA Syariah Universiti Mu'tah di Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universiti Damsyik, Syria dan Universiti Lubnan. Manakala anak yang keempat hingga kelapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Kerjaya.

Di hari Penamaan Calon dibawah Parlimen Gopeng
 Ir. Nizar pernah bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum berkhidmat sebagai jurutera di Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang PDC).

 Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis.

 Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Itali, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Teheran, Iran.

Kenangan bersama DS Nizar dan Datin Fatimat Taat di hari Penamaan Calon PRU14
 Selain itu semua, imejnya yang ramah mesra, dan rendah diri amat di senangi rakyat. Beliau sangat prihatin dan sangat fokus terhadap apa sahaja aduan rakyat terhadapnya.

 “Kalau DS Nizar, makcik memang sokonglah. Kita dah kenal kebaikan dan jasa-jasa dia masa jadi Menteri Besar Perak kejap dulu” Demikian antara reaksi positif para peniaga dan pengunjung Pasar Tani Sungai Rapat, Ipoh ketika saya temui baru-baru ini.

“Saya memang rasa senang bila DS Nizar diumum jadi calon sini.” Sampuk seorang lagi peniaga barangan runcit, Hj Mat Bawang. 

 Pasar Tani yang menjadi tumpuan khususnya penduduk kawasan majoriti Melayu seperti di Kg Melayu Sungai Rapat, Sungai Rokam dan Rapat Jaya, DS Nizar bukanlah asing kepada mereka dan pencalonan DS Nizar di kawasan tersebut amat dialu-alukan. Tambahan pula DS Nizar tinggal berdekatan dengan kawasan mereka sendiri.

Menyampaikan kuliah Subuh di Masjid Rapat Jaya Tambahan
Ipoh
Ini menjadikan DS Nizar amat disenangi oleh mereka kerana sering bersama berjemaah di masjid-masjid atau surau di sekitar taman dan kediaman di pinggir Bandar Ipoh ini.

 Menurut seorang penduduk tempatan Sungai Rokam, Dato Mohd Nor Khalid, pelukis katun negara yang terkenal yang lebih dikenali sebagai LAT, beliau sering berbual-bual dengan DS Nizar bila ada kesempatan menemuinya di Masjid Sungai Rokam.

Bermesra bersama Dato Lat ruang masjid
Sungai Rokam, Ipoh.
"Kami sembang-sembang kosong saja... sikit-sikit pasal politik tu memanglah ada juga.." kata LAT sambil tersengih seperti biasa.

"Dia ramah dan suka bercerita berhubung dengan masalah rakyar kita yang masih tidak mahu untuk berubah..." tuturnya lagi.

" Beliau merupakan seorang yang baik, kuat bekerja dan lantang menyuarakan isu rakyat terutamanya semasa rampasan kuasa di Perak  dulu." terangnya lagi.

 Beliau dikenali bukan sahaja sebagai bekas MB yang komited tetapi juga sebagai wakil rakyat yang ‘kuat bekerja’ dan lantang menyuarakan masalah dan isu-isu peringkat negeri dan kebangsaan.

 Menjelang bulan Ramadhan yang tidak berapa lama lagi, penduduk persekitaran Ipoh ini tentu masih teringat dan merindui suasana riang menyambut bulan puasa di Taman Bandaraya Ipoh dimana setiap malam penduduk persekitaran akan dapat sama-sama berjemaah dan berbuka bersama DS Nizar.

 DS Nizar sendiri turut mengimami solat Terawih dan menyampaikan tazqirah selain imam-imam jemputan dari luar dan berdekatan.

 Antara yang sering bersama untuk mengimami Solat Terawh ialah bekas Johan Tilawah Antara Bangsa , Ust Radhi Kamarul Hailan.

 “Memang dah jadi tugas saya selaku wakil rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat, menguruskan masalah dan suarakan kepentingan mereka. Bila dapat mandat, itu jadi amanah. Kena buat kerja.

 “Saya yakin, jika orang Sungai Rapat beri kepercayaan, kita akan lakukan yang terbaik, insyaAllah. Bukan saja nak laksanakan manifesto (jika menang Persekutuan) tetapi takkan kecewakan pengundi yang beri kepercayaan, saya akan bekerja untuk rakyat sebaiknya,” kata DS Nizar.

 Pada PRU13 lalu, DS Nizar bertanding dan menang di Dun Cangkat Jering.

Pada PRU14 ini, beliau beralih udara dan bertanding di Dun 44 Sungai Rapat, Ipoh yang dimenangi oleh Radzi Zainon pada PRU lalu. DS Nizar banyak membantu kemenangan Radzi Zainon kerana beliau yang ketika itu masih bersama Pas adalah merupakan tumpuan dan jagoan yang boleh menarik ramai orang untuk mendengar ceramahnya.

 Berpusu-pusu orang ramai datang untuk mendengarnya… itulah aura dan persona yang masih tetap ada ada diri manusia hebat yang bernama DS Nizar Jamaludin. 

 Beliau berpotensi untuk dilantik sebagai MB semula jika HARAPAN Berjaya di Perak memandangkan rekodnya yang cemerlang dahulu. Beliau mempunyai perancangan untuk menambahkan hasil mahsul pendapatan negeri dan menambahkan peluang pekerjaan kepada rakyat Perak.

 Beliau berhasrat besar mahu mengembalikan semula status kegemilangan negeri Perak yang kini mundur dan menjadi negeri ke-2 termiskin di Semenanjung.

 “ Kita kaya dengan hasil mahsul khazanah negeri, kita ada bijih timah yang boleh kita usahakan semula… tanah-tanah yang luas dan tempat-tempat yang berpotensi untuk dimajukan sebagai tempat tumpuan pelancungan…” kata DS Nizar.

 Berilah sokongan anda kepada DS Nizar, pastinya kita tidak akan menyesal… Kita undi HARAPAN!!
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...