JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, May 31, 2018

Jangan Ulangi kesilapan dan keangkuhan PAS

Oleh Ahmad Muslim Badawi Badawi

Bila aku kritik padangan Rafizi tentang faktor Tun Mahathir.. ada sahabat komen, jika Tun Mahathir berpengaruh.. kenapa Bersatu cuma dapat 12 Kerusi Parlimen, dan Kenapa tak boleh menang besar di Kedah andai Tun punya Pengaruh..

Inilah kesilapan ramai dari Ahli Politik, selalu mengukur sesuatu dengan jumlah kerusi, dan kekuatan parti, jentera Parti.. inilah sikap yang telah merosakkan PAS.. Mungkin ramai dari pemimpin PKR mereka tidak belajar bagaimana mereka diperkecilkan PAS..

bagi aku, parti paling kuat dari sudut pengaruh dan organisasi politiknya adalah DAP..tetapi mereka cermat dari memperkecilkan parti lain.. inilah Kebijaksanaan..

Jumlah kerusi bukan lah ukuran, kenapa aku kata PRU 14 ini faktor kemengan adalah faktor tun Mahathir.. kenapa aku tidak mengukur dari jumlah kerusi yang dimenangi.. mari belajar dari Sejarah..

1- Tahun 1990, Ketika Barisan Pembangkang ketika itu dengan nama Angkatan Perpaduan Ummah, menang besar di Kelantan, merampas Kelantan, masa tu walaupun PAS menang banyak kerusi, 25 kerusi berbanding semangat 46 12 kerusi, tetapi kita tidak dapat menolak faktor kemenangan masa itu adalah disebabkan faktor KULI..

2- Tahun 1999, Berlaku gelombang Reformasi, Ds Anwar dipecat.. tertubuhnya, Barisan Alternatif.. ketika itu Ds Anwar terpenjara.. PAS parti terkuat dipimpin Almarhum Ustaz Fadzil Noor, dalam PRU 1999.. PAS menang 27 kerusi Parlimen, menang 2 Negeri Kelantan dan Terengganu..PKR cuma dapat 5 kerusi parlimen.. masa tu zaman kemelesetan ekonomi 1997.. tapi masa tu kita mengakui.. walaupun PKR menang hanya 5 kerusi..faktor kemenangan pembangkang..adalah faktor Ds Anwar.. kita tak kata faktor Ekonomi..

Jadi begitu juga hari ini, Menang jumlah kerusi bukan ukurannya.. tahun 1999, PKR bila berlaku tsunami Melayu.. PAS bertanding kawasan Melayu.. PKR bertanding waktu itu kubu kuat MCA dan MIC.. jadi tidak hairan lah menang kerusi yang rendah, begitu juga PPBM hari ini, mereka bertanding di kerusi kuat UMNO..

sehari sebelum hari pengundian, aku dah kata, Terengganu, Kedah dan Pahang, PAS punyai sokongan teras dan tradisi yang kuat.. dan duduk di kedudukan ke 2, dan andaian aku betul..

Tak dinafikan Faktor Kos Sara Hidup.. GST yang menjadi faktor kemenangan, tapi jangan nafikan Kebijaksanaan, keberanian Tun Mahathir.. pertama dia berani mengambil Ijtihad meninggalkan PAS, bertanding 3 Penjuru ketika ada pemimpin PH yang masih berharap dengan PAS.. kedua Penggunaan satu Logo. yang bagi aku faktor Kemenangan PH..

Faktor Tun Mahathir adalah satu lonjakan dari momentum PRU 13 yang tidak kesampaian..Jadi berhentilah mengukur kekuatan dengan jumlah kerusi di menangi, ini hasil kemenangan bersama, semua ada jasa, Hatta orang seperti Mat Sabu mahupun Rafizi..

Jangan Ulangi kesilapan dan keangkuhan PAS.. :)
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Sepatutnya faktor Rakyat ialah yang utama. Bukan pemimpin. Pemimpin datang dan pergi. Rakyat yang aa kuasa undi mengubah mereka. Pas dan Umno angkuh, sombong dan bongkak. Rakyat dah tunjuk jalan mereka. Ahli politik patut sedar dan insaf dalam membuat keputusan dan penilaian. Keutamaan kepada Rakyat. Jangan sampai tak tahu beza Kerajaan dan Parti. Rakyat dan kroni. Rakyat akan tetap bangkit tak kira apa nama parti kamu jika menyeleweng!

Fairuz said...

Sedara, orang bincang faktor rakyat memilih. Itu sebab disenaraikan beberapa faktor. Tiba-tiba sedara kata faktor rakyat memilih ada rakyat. Adoi. Out of topic betul

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...