JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Tuesday, May 08, 2018

KENAPA ORANG ISLAM TIDAK WAJIB MEMANGKAH PAS.


MENOLAK PAS BUKAN MENOLAK ISLAM.

PAS hanya satu parti politik. Ia tidak mewakili Islam. Banyak badan mengakui mewakili Islam. Ada yang betul berlandaskan Islam dan ada yang sesat. Al-Arqam suatu masa dahulu berwajahkan Islam dan mempunyai pengikut yang ramai dari pelbagai peringkat. Tetapi terbukti ia pergerakan yang sesat. Pemimpinnya mengakui berjumpa Rasulullah dsb. Pergerakan Taliban yang pernah memerintah Afghanistan juga menggunakan nama Islam. Ternyata ia sebuah pergerakan yang ekstrim dan gagal memerintah Afghanistan.

MEMANGKAH PAS TIDAK BOLEH MEMBENTUK KERAJAAN BARU. 

Memangkah PAS tidak membawa sebarang faedah. Adalah mustahil untuk PAS membentuk kerajaan baru. Objektif proses pengundian ialah untuk memilih kerajaan baru. Jika kita berpuas hati dengan kerajaan BN sebelum ini, teruskan undi BN. Jika tidak kita perlu mengundi Pakatan Harapan (PH). PH sebagai satu gabungan besar boleh membentuk kerajaan baru. PAS sebagai parti bersendirian mustahil membentuk kerajaan baru. 

PAS SEKARANG BUKAN PAS DAHULU.

PAS sekarang tidak lagi berlandaskan Islam yang sebenar. Islam yang berpandukan Al Quran dan As Sunnah yang adil dan sesuai untuk semua bangsa dan agama. Islam yang dapat melembutkan hati orang bukan Islam kepada Islam, khususnya di Malaysia. Amalan amalan dan ucapan ucapan pemimpinnya sekarang sudah menyimpang dari ajaran Islam sebenar. 

Mengkafirkan dan menilai orang Islam lain bukan ajaran Islam. PAS di bawah Allahyarham Tn Guru Nik Aziz tidak akan bersekongkol dengan pemimpin dari parti UMNO yang zalim dan mencuri harta rakyat. PAS sekarang sudah menyerupai sebagai satu pergerakan ekstrim yang di dokongi oleh pengikut pengikut yang taksub, angkuh dan sombong. 

PH JUGA HENDAKKAN ISLAM DAN DI SOKONGI OLEH RAMAI USTAZ USTAZ DAN ILMUAN ISLAM.

Majoriti ahli ahli dan calon PH adalah orang Islam. Ramai di antara mereka juga ialah dari kalangan  para para Ustaz, termasuk bekas ahli ahli PAS. Mereka meninggalkan PAS kerana PAS SEKARANG BUKAN PAS DAHULU. Anak kebanyakan bekas pemimpin dan tokoh PAS sebelum ini adalah calon calon PH. Dr. Mujahid Yusuf Rawa. Faiz Fadzil Noor dan yang terbaru Ustaz Nik Omar Nik Aziz. Apakah mereka semua ini menolak Islam dan tidak mewakili Islam?    

MENGUNDI BUKAN JALAN KE SYURGA.       

Tiada ustaz atau Ulama boleh mengatakan mengundi adalah proses jalan ke syurga. Mengundi hanyalah salah satu cara yang di benarkan oleh agama untuk memilih pemimpin Islam yang adil dan cekap dalam urus tadbir negara. Jalan ke syurga hanya boleh di capai oleh Ilmu, Iman dan Amal yang sahih dan soleh. Bukan melalui undi. 

PAS PARTI YANG GAGAL DALAM URUS TADBIR NEGERI. 

PAS telah diberi peluang untuk mentadbir Terengganu dan Kedah. Ia hanya kekal sepenggal kerena lemahnya PAS dalam pentadbiran. Kita juga tidak melihat apa apa penerapan nilai nilai Islam baru yang di lakukan semasa pentadbiran PAS. Kelantan terus di terajui PAS hanya atas kewibaan Allahyarham Tn Guru Nik Aziz. Dan ini pun mungkin tidak kekal. 

 UNDILAH UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN BARU. KERAJAAN PAKATAN HARAPAN.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...