JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Wednesday, May 30, 2018

Khairuddin: PAS hipokrit, cuba tunggang atas ‘kebolehan’ PH

Mohd Amar Nik Abdullah secara tidak langsung mengakui PAS tiada kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan hutang negara - Khairuddin
PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa pemimpin PAS hanya pandai beretorik dan cuba mengambil kesempatan daripada usaha kerajaan baru melangsaikan hutang negara.

Beliau merujuk ceramah Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Medan Ilmu, Kota Bharu, 18 Mei lalu yang parti Islam itu boleh memerintah negara 5 tahun akan datang selepas masalah hutang negara diselesaikan kerajaan sekarang.

“Secara tidak langsung, kenyataan Mohd Amar Nik Abdullah turut mengakui PAS tiada wawasan dan mereka tidak mempunyai kebolehan untuk selesaikan permasalahan negara hari ini.

“PAS mahukan kerajaan PH selesaikan semua hutang negara yang terlalu besar yang tidak mampu untuk diurus oleh parti mereka terlebih dahulu, selepas itu baru sanggup rampas Putrajaya.

“Kenyataan Mohd Amar Nik Abdullah ini bernada cukup ‘bacul’ yang melambangkan jati diri hipokrasi pemimpin-pemimpin PAS,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan menerusi ceramah di Kelantan pada 18 Mei lalu berkata, PAS tidak kisah kalah pada pilihan raya umum ke-14 memandangkan negara sekarang dibebani hutang besar.

“Jadi, apa yang pelik? Tak ada apa yang pelik, Tuhan tarik yang ini, Tuhan bagi yang lain. Nasib baik Tuhan tak bagi perintah Malaysia (sekarang), kalau tidak hutang banyak, nak bayar macam mana? Jadi Tuhan bagi mereka (PH) ambil dulu, selesai dulu hutang Malaysa, 5 tahun lagi kita ambil Malaysia,” kata Amar.

Sementara itu, Khairuddin berkata, berbanding perjuangan hipokrit PAS, PH jujur dan ikhlas menyelamatkan negara yang berada di ambang kehancuran.

“Saya amat yakin Tuhan pun tidak akan memberkati ‘angan-angan mat jenin’ PAS yang senantiasa cuba menunggang di atas kebolehan orang lain.”

Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu turut menyindir PAS terlalu berangan-angan dan pemimpinnya tidak berwawasan sehingga tersilap pilih sasaran kerjasama.

“Dulu puji Datuk Seri Najib Razak, tetapi kini PAS mengakui pula hutang negara terlalu besar, khususnya hutang syarikat 1MDB yang mana mereka pun tak mampu untuk selesaikannya.

“Inilah sebabnya kita tidak boleh percaya pada PAS yang senantiasa berdolak-dalik. Mereka ini semua orang politik yang senantiasa bersandiwara.

“Perjuangan PAS kini sudah tersimpang jauh dari wadah perjuangannya yang asal.” ~ Freemalaysiatoday
Comments
2 Comments

2 comments :

Amar Mungkar said...

nik amar ni patut lama dah ditendang. tidak ada satu pun kenyataan beliau yg memperlihatkan kewibawaan sebagai pemimpin.

semua perkara dibuat lawak dan suka bermain dgn kata2 budak lembam.

yg ni memperlihatkan beliau bkn pemimpin bertanggungjawab. tidak ada sifat membela dan menyelamatkan Negara. nk kuasa ketika tiada masalah hutang.

ini bukan ckp gurau2 bodoh seperti biasa beliau buat. ini betul2. buktinya... setelah najib tersingkir, beliau dan pas lain tiada pun hati nk ucap takziah ke apatah lagi nk melawat rakan sedondon utk tunjuk simpati.

bermakna pas hanya nk tumpeng senang dgn org berkuasa. jika dh tiada kuasa, baju pink sedondon pun hj hadi dan bakar agaknya.

sekarang nk kerjasama dgn dap pula. tiba2 dap dh tk harbi. dap dh jadi mualaf pula. tambah pula dap jd menteri kewangan, ini tamparan besar pd pas yg islam suci murni tp tktau urus negeri sampai diperli najib tk mampu bayar gaji.

sekarang sedang bersihkan baju LGE yg bersembur kata2 buruk pas pd beliau dan dap. sbb ada dunia dlm hati mereka. nk tuntut royalti dgn muka tk malunya.

sebaiknya kekalkan keadaan sediada atau royalti diberi tp mesti ada ketelusan belanja dan laporan audit mesti diserah kpd kerajaan pusat utk pastikan jgn royalti tu nnti terkumpul dalam rumah pemimpin pas dalam bentuk cash jongkong dan beg2 tgn atau keta2 mewah. kita khuatir pas ikut resmi gurunya. bukan boleh caya puak ni.

title ust ulamak imej agama langsung tk boleh mempengaruhi rakyat masakini yg sudah celik dan berpengetahuan serta matang dlm menilai. lupakan lah tektik lama menunggang agama tu.


Smart Pomen said...

Kerana Itu Saya sarankan pas Tukar moto parti mereka. Bukan pas for all, Bukan negara berkebajikan, Bukan gagallis sejahtera, Op silap, gagasan sejahtera, Tapi guna ( Susu Lembu, Tapi sapi Yg punya). Memang sesuai, patut la Allah tak menangkan mereka. Kata nak ikut nabi, nabi ape pun masaalah, tak lari. Ni baru masaalah dunia otak Dah stuck.. Ingat mane Tau Malaysia diserang oleh pengganas ke ( Contoh) . Lebai2 ni lA Yg cabut dulu. Disuruh nya walaun berjuang dgn dijanjikan syurga. Aku tak paham la dgn walaun ni. Org mcm ni pun Dia puja. Jgn kata sebelah mata. Kaki Aku pun rasa ringan je bila baca statement dia org. Tapi nak buat camne. Dah tu je perangai mereka. Manusia Yg gagal selamanya. L utk pas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...