JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Monday, May 14, 2018

Laporan terhadap DSN dan rakan-rakan sejenayah/pesubahat

Sebelum ini Mamat ini banyak kali membantu Najib dengan
menolak usul berkaitan 1MBD dari dibincangkan dalam parlimen...
 Laporan terhadap DSN dan rakan-rakan sejenayah/pesubahat ( accomplices/abetors ): 

1. Kerana (disyaki) menggunakan jawatan atau kedudukan untuk " suapan". 
2. Disyaki memiliki harta yang tidak dapat diperjelaskan (explained) dengan memuaskan. 

Saya selaku rakyat Malaysia (serta berpengalaman sebagai mantan Pengarah Perisikan, Pengarah Siasatan SPRM & ahli Jawatankuasa Disiplin UMNO) akan membuat aduan kepada SPRM KL pada esok 9.30 pagi 1 Mei 2018 berpandukan maklumat yang saya tahu selepas bersara dari SPRM. 

  ADUAN PERTAMA.

  Di bawah seksyen 23, dihukom di bawah sek 24, Akta SPRM 2009, " Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan." 

 DSN disyaki dengan sendiri dan/atau dengan bantuan beberapa penjawat awam telah melakukan berbagai tindakan halangan berkaitan siasatan kes KWAP dan 1MDB (seperti menyekat/menggugatkan Pasukan Khas dan pegawai-pegawai SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya) supaya siasatan itu dihentikan atau tidak dapat diteruskan atau sebarang tindakan undang-undang tidak dapat diambil ke atas DSN dan rakan-rakan sejenayah/pesubahat.

 Di bawah sek 3, tafsiran " suapan" adalah luas, khususnya... " 

(f) apa_apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain termasuk perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak dimulakan...." 

  ADUAN KEDUA.

Di bawah sek 36, dihukom dibawah sek 36 (3), Akta SPRM 2009.

 Di bawah sek 36 ini sesaorang Pesuruhjaya SPRM boleh dengan notis bertulis wajib meminta (ekoran dari siasatan ke atas ADUAN PERTAMA saya itu atau sebarang kesalahan di bawah Akta ini) DSN termasuk isteri, anak, anak tiri, sekutu, proksi atau sesiapa orang (yang berkaitan) supaya mengisytiharkan pemilikan setiap harta alih atau tak alih, dalam atau luar negara, dan menjelaskan bagaimana harta itu diperolehi atau dipindahmilik dan sebagainya. Tindakan itu termasuk mendapat maklumat berkaitan daripada mana-mana institusi kewangan. 

 Sekiranya nilai harta-harta itu apabila dibanding dengan emolumen sah yang diterima tidak setara dan atau tidak dapat diperjelaskan dengan memuaskan (yang lazim disebut sebagai "unexplained property"), maka DSN telah melakukan kesalahan. 

 Hukuman ke atas kedua-dua kesalahan itu ialah:

 (a) penjara selama tempuh tidak melebihi 20 tahun, DAN9 (b) denda tidak kurang daripada 5 kali ganda nilai suapan dan, bagi sek 36, nilai " unexplained property" itu. 

 Tujuan saya memberanikan diri untuk membuat aduan-aduan ini ialah supaya :

 1. Siasatan ke atas kes-kes rasuah, CBT, money laundering dan sebagainya yang melibatkan wang KWAP dan 1MDB disiasat semula atau disambung siasatan. 

2. Wang rakyat berbilion ringgit yang seleweng atau di " laundered " dapat dirampas daripada individu dan dipulangkan oleh negara-negara berkenaan. 

3. Pihak berkuasa Malaysia sekarang akan benar-benar memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa di Switzerland, Amerika Syarikat, Singapura dan lain-lain berkaitan isu wang dan harta 1MDB di luar negara. 

4. Mengesan, mengekstridasikan dan mendakwa Jho Lo dan lain-lain yang terlibat dengan penerimaan secara haram wang 1MDB secepat mungkin. 

 Saya mohon rakan-rakan dan yang menyokong saya supaya beri sokongan moral kapada saya dengan hadir bersama saya di pejabat SPRM esok 14 Mei 2018 jam 9.30 pagi.

 Terima kasih. 

Dato Haji Abdul Idris Razak, 
13 Mei 2018.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...