JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Tuesday, May 15, 2018

Mana telor kamu Peja??


 Nampaknya Faizal Azumu yang jadi MB Perak terasa sangat bahangnya duduk atas kerusi panas MB Perak.

 Baru rasa terkantoi-kantoi sebab hanya dia seorang sahaja yang mewakili partinya ketika menang PRU lepas di Perak.Tapi nak juga jadi MB!!

Sepatutnya Peja boleh menolak perlantikan jadi MB dengan baik bila dia tahu yang DS Nizar ada terima surat dari Tun M menyatakan sokongan terhadapnya menjadi MB Perak. Malanglah bagi Peja...

 Orang baru dan muda pula ... umpama pucuk betik baru nak mencanak naik... bila dah tengok kiri ..DAP... tengok kanan...Amanah... tengok tang depan PKR... tengok belakang tak mandang apa pun Yup!! Habih dia main kaut sampah-sampah umno masuk BERSATU. 

Mujurlah ipornya, Adun Tualang Sekah Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin beri sokongan kepadanya tanpa melompat parti (dari BN lompat ke PPBM). Bukan main seronok lagi si Peja ni!

Tetapi tidakkah rakyat tertanya-tanya tentang betapa janggalnya yang amat ketara .... bila dua wakil rakyat BN itu memberikan sokongan kepada Peja tanpa beralih parti??

Betapa janggalnya bila menang 1 kerusi boleh override 18 kerusi DAP... boleh override 4 kerusi  PKR dan override 6 kerusi AMANAH??

Yang bagusnya dan baik untuk PAKATAN HARAPAN, sah bahawa mereka berdua tidak akan menggugat kedudukan Exco Perak... Namun apa pun, sokongan mereka itu adalah senantisa menggugat kedudukan kerajaan PAKATAN HARAPAN kerana mereka boleh menarik semula sokongan mereka kepada Peja pada bila-bila masa jika timbul sebarang pertelingkahan.

Tidakkah ini memberi gambaran kepada kita semua bahawa 'Telor' Peja sentiasa dalam genggaman mereka berdua?

 Satu biji dipegang kakak ipornya si Nolee, dan satu biji lagi dalam genggaman Zainol Fadzi!!

Mana telor kamu Peja??

Apakah jaminannya bahawa perkara tersebut tidak mungkin berlaku?

Silap Peja ni bila dia rasakan dirinya yang terbaik... sedangkan ada lagi orang yang dikira lebih layak dan lebih bepengalaman.

Sedangkan budak Peja ni umpama baru nak mula merangkak.. tapi disuruhnya juka berdiri dan berlari... Yup! Buat apa kau sanggup terima jadi MB ?

Peja ni ingat mudah gitu main kaut orang dan lantik jadikan EXCO?

Bukan main bersemangat lagi budak Peja ni bila dua sampah BN masuk PPBM.

“Dua orang wakil rakyat BN telah menyertai kami dan dijangkakan akan lebih ramai lagi menyertai Pakatan Harapan,” katanya di luar perkarangan Istana Kinta selepas menghadap Sultan Perak kelmarin.

Mujurlah ada yang mengingatkan Peja, "Kita perlu mengingatkan diri kita Pakatan Harapan (HARAPAN) bukan tong sampah untuk menerima dan menjaga mereka yang terbukti tanpa prinsip, maruah dan telah menjual kepercayaan rakyat untuk keuntungan peribadi.

Begitulah ingatan Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh yang meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan Peja.sumber

Demi untuk kelangsungan kemenangan dan kemajuan Negeri Perak, adalah  terbaik bagi Peja menyerahkan semula kerusi MB tersebut kepada Majlis Presiden PAKATAN HARAPAN.

Kalau dua sokongan itu menarik diri, PH masih ada masa untuk beli belah barangan antiq di Lam Lor Kin tu...

Kerajaan HARAPAN Perak sekarang dibentuk selepas dua ADUN BN mengisytiharkan sokongan kepada Faizal. 
Comments
1 Comments

1 comment :

5zal said...

Apa sudah jadi ni cikgu.....Masa PR belum ada PH kalah pada pru13 dak sapa pu lompat masuk dalam PR...Tapi bila PH menang senang2 depa pakat lompat masuk dlam PH terutama Parti Bersatu....Masa PR memerintah Perak ada 3 orag adun yang lompat sebab dapat inbuhan dari ubn hingga roboh kerajaan PR berMB kan Dato' Seri Nizar masa tu salah sorang bekas adun Behrang Jamalludin Mohd Razdi...Senang Parti Bersatu terima tanpa usul perisak dulu...Jangan sampai Parti Bersatu jelmaan UNMO pula...Sepatutnya kena sekat dulu kemasukkan mereka2 itu...Harap Parti Amanah jangan sampai Parti Tong Sampah...bekas adun yang melompat tu belum tentu dapat membawa pengikut dia yang ramai...ada lebih baik PH tumpukan perhatian untuk menarik anak2 muda pada PH...Jangan2 depa masuk ada aganda2 tertentu...da udang disebalik batu...Jangan sampai jadi duri dalam daging..jangan sampai ada musuh dalam selimut...jangan sampai jadi gunting dalam lipatan...dan yang paling takut jangan sampai jadi barah...!Harap Amanah dapat berbuat sesuatu dalam suasana macam ni...DAP dah bersuara...Amanah dan Keadilan bila lagi...?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...