JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Tuesday, May 29, 2018

MOHON PEMBELAAN DARI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN ATAS NASIB YANG MENIMPA SAYA YANG MENJADI MANGSA KEZALIMAN UMNO BARISAN NASIONAL

MEJAR ZAIDI SERAH SURAT TERBUKA KEPADA YB MD SABU MOHON KESNYA DIKAJI SEMULA
(Salinan Kepada PM dan Lim Guan Eng)

Surat telah diserahkan secara serahan tangan kepada Md Sabu di kampungnya sempena Majlis Buka Puasa yang dianjurkan oleh YB Menteri Pertahanan tersebut- lihat gambar)

Kandungan surat:

MOHON PEMBELAAN DARI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN ATAS NASIB YANG MENIMPA SAYA YANG MENJADI MANGSA KEZALIMAN UMNO BARISAN NASIONAL

1. Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan tahniah diatas perlantikan YB sebagai Menteri Pertahanan yang baru. Sesungguhnya perlantikan ini adalah amat tepat berdasarkan pengalaman YB sendiri keluar masuk penjara dan dikenakan berbagai tindakan lagi demi perjuangan membela rakyat.

2. Berhubung dengan perkara tajuk di atas, buat makluman YB saya telah dihukum "buang kerja dari perkhidmatan" oleh Mahkamah Tentera sekitar 12 Januari 2015 atas kesalahan "bercakap dengan media tanpa kebenaran." Kisah saya boleh dibaca di https://www.malaysiakini.com/news/286076 .

3. Seluruh negara maklum akan kes saya dimana saya pada hakikatnya telah melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang warganegara yang bertanggungjawab apatah lagi seorang Pegawai Tentera yang dilatih untuk sentiasa mempunyai disiplin yang tinggi dan sentiasa bercakap benar walau dalam keadaan apa sekalipun. Namun sikap sedemikian dibenci oleh kerajaan terdahulu apatah lagi apabila kebenaran yang saya nyatakan telah membongkar cubaan mereka menipu rakyat kononnya dakwat yang digunakan pada PRU13 adalah kekal sedangkan sebenarnya tidak.

4. Berkenaan dengan tuduhan kononnya saya telah melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera (MAT) dengan bercakap dengan media tanpa kebenaran, perkara itu telahpun dijelaskan oleh Peguambela saya iaitu YB Hanipa Maidin dalam Mahkamah bahawa larangan tersebut adalah berhubung dengan soal-soal rasmi tentera dan rahsia negara, sedangkan isu dakwat kekal adalah isu peribadi antara saya sebagai seorang pengundi dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

5. Oleh itu saya mohon pembelaan dari kerajaan Pakatan Harapan, dimana saya turut terlibat berkempen secara aktif untuk kemenangan PH ke seluruh negara, untuk memperbetulkan kezaliman yang telah dikenakan terhadap saya dan keluarga oleh kerajaan terdahulu dengan melakukan salah satu dari 2 perkara dibawah:

a. MAT mengisytiharkan pendakwaan dan hukuman yang dikenakan keatas saya adalah TIDAK SAH DAN BERMOTIF POLITIK dan seterusnya menerima saya semula berkhidmat dalam TUDM dengan diberikan jawatan yang setaraf seperti dahulu (perjawatan Lt Kolonel).

b. MAT meluluskan pembayaran pencen dan segala imbuhan tamat perkhidmatan yang layak bagi saya setelah berkhidmat selama 26 tahun di dalam TUDM.

6. Sekian semoga mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya dari pihak kerajaan Pakatan Harapan khususnya YB selaku Menteri Pertahanan. Segala pertolongan dari YB dan kerajaan Pakatan Harapan saya dan keluarga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga semoga Allah SWT akan membalasnya dengan sebaik-baik balasan. Aamiin.

PAKATAN HARAPAN PEMBELA RAKYAT TERTINDAS

t. t 
HJ ZAIDI BIN AHMAD

Salinan kepada:

1. YAB Perdana Menteri 

2. YB Menteri Kewangan merangkap Setiausaha Agung DAP

3. Seluruh rakyat Malaysia (viralkan tksh)
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Lebih elok lagi jika ditambah juga, supaya anggota mahkamah tentera yang membuat keputusan zalim itu disoal siasat serta diambil tindakan undang-undang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...