JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Friday, May 25, 2018

Nasrudin Hassan yang kong-kali-kong

Oleh Manan Razali 


Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan, seperti dilaporkan FMT semalam, menjelaskan pendirian partinya yang berpuas hati dengan penerangan yang diterima dari Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengenai rancangan rasionalisasi syarikat itu pada 7 Ogos tahun lalu. 

 Saya baca komen ini sambil ketawa terbahak bahak. Terima kasih saudara Nasrudin, kerana membuat lawak jenaka yang sedikit sebanyak telah menambahkan keceriaan di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. 

 Macam mana Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengetuai perjumpaan dengan kamu semua boleh termakan dengan ucapan Arul tentang rancangan rasionalisasi syarikat 1MDB dan berpuas hati dengan penerangannya? 

 Isu sebenar 1MDB ialah ia sebuah syarikat “hantu” yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Najib Razak dengan tujuan utama untuk mencuri duit rakyat. Hakikat ini yang kamu semua tersasar dan menjadi buta terhadapnya kerana angau sangat dengan Najib. 

Kemudian kamu kata dalam penjelasan semalam bahawa PAS berharap kerajaan Najib akan tubuh suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk siasat kes 1MDB sebelum kamu boleh percaya mengenai salah laku dalam syarikat ini pada waktu itu. 

 Bingung saya fikir tentang hal ini. Di mana logiknya kamu harapkan Najib menubuhkan RCI untuk menyiasat tentang salah laku dirinya sendiri? 

 Macam mana bercita-cita hendak memerintah negara mengikut cara Islam kalau kemungkaran besar terhadap rakyat yang sangat ketara dan terpampang di depan mata sendiri seperti ini pun kamu tidak nampak? 

 Takkanlah kamu sikit pun tidak mengesyaki bahawa salah laku yang berlaku di 1MDB didalangi oleh Najib sendiri sebagai tok dalangnya dengan bantuan Jho Low dan beberapa menterinya yang lain? 

 Satu dunia heboh mengenainya, tetapi kamu kononnya hendak amalkan politik matang yang bertopengkan Islam hingga buta kepada salah laku berskala mega yang terbesar di dunia ini. Sejak bila Islam ajar umatnya mengamalkan politik matang yang bersikap lunak dengan pencuri? 

 Semalam, menteri kewangan baru kita mengeluarkan sebuah “fact-sheet” rasmi menunjukkan kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan telah membayar sebahagian daripada hutang dan faedah pinjaman bagi pihak 1MDB kepada beberapa kreditornya sepanjang tahun 2017 sehingga kini. Jumlahnya ialah sebanyak RM7 billion!! 

 Jika benar keududukan kewangan 1MDB kukuh dan rancangan rasionalisasinya mantap seperti yang Arul kata, kenapa rakyat pula dan bukannya 1MDB sendiri yang perlu membayar dan melunaskan obligasi ini? 

 Ini baru “tip of the iceberg”. Saya yakin kita akan dapat lebih banyak maklumat yang tidak masuk akal mengenai permainan silap mata 1MDB selepas ini apabila lebih banyak maklumat didedahkan oleh Kementerian Kewangan. 

 Masalah saya ialah mengapa PAS tidak boleh hidu langsung penipuan 1MDB selama ini? 

 Bayangkan apa akan berlaku kepada negara jika rakyat masih beri kemenangan kepada kerajaan BN yang dipimpin oleh idola kamu yang bernama Najib itu? 

 Saya tidak boleh maafkan pendirian PAS kerana berkerjasama dengan Umno hingga tergamak menutup mata kepada kemungkaran besar Najib dan kuncu-kuncunya semata-mata kerana ingin memenuhi tujuan politik sempit kamu yang bertopengkan Islam. 

 Jika rakyat tidak bangkit dan Allah tidak izin untuk beri kemenangan kepada Pakatan Harapan di PRU14 baru-baru ini, pasti negara akan hancur dan hidup rakyat serta generasi masa hadapan kita akan merana. 

 Sekarang baru kita semua tahu bahawa jumlah hutang negara rupa-rupa sudah pun mencecah RM1 trillion dan bukannya RM600 billion seperti yang disandiwarakan Najib sebelum ini dengan dendangan lagu yang membuai orang-orang yang mabuk seperti kamu sekalian di PAS. 

 Nasihat saya ialah janganlah kamu cuba hendak tegakkan benang yang basah lagi. Buruk rupanya. Semakin terserlah ketidak-cerdikan kamu dan barisan pemimpin-pemimpin kamu dalam PAS. 

 Mengaku sajalah yang kamu sudah tersilap sebelum ini. Ini lebih mulia dari terus-menerus bersikap degil tidak mahu mengaku bersalah kerana hendak pertahankan ego. Berhentilah dari memalukan Islam. 

 Manan Razali seorang pembaca FMT.~ Freemalaysiatoday
Comments
14 Comments

14 comments :

Anonymous said...

pas pis pus... full of drama
popcorn please!!!

Anonymous said...

Amat jelas PAS parti spesis & sukakan najis..mana tidak dulu amat fobia dgn UMNO kerana parti tu dicap sbg parti najis maka dijatuhkan hukum kafir.
Tapi kini najis tu dikutip oleh PAS maka busuknya najis tidak terhu lagi oleh mereka.
PAS berjaya menjual agama & kini bangga dgn kejayaan yg dikecapi melalaui putar belit lidah bercabang pemimpin2 nya.
Sikap talam dua muka..gunting dlm lipatan...musuh dlm selimut..kawan tikam belakang semua ini amalan mulia PAS...ini kah teladan islam?

MFOAHIARMUASD said...

Info yg bermakna. Sdh jelas dakwah PAS dan kiblat mereka.

Anonymous said...

Sudah kena tipu, tipu pula Rakyat marhaen, sekarang masih lagi nak menipu? Patutlah Nik Abodoh kata lebih baik UMNO yangt tipu Pas sokmo-sokmo!!!!! Pemimpin yang bodoh macam Pas sepatutnya hukumnya haram dipilih umat Islam. Rosak negara, agama dan bangsa dan jahanam Rakyat sebab taasub dan assobiyyah.

Anonymous said...

Antara Islam dan negara hancur, yang Allah selamatkan ialah Islam.


Maka di beri kemenangan kepada PH supaya terbongkar lah, ternyata lah yang PAS hanya mempergunakan agama.

Dari pemimpin sehingga lah penyokong PAS, sila lah simpan ilmu agama kamu untuk kamu sendiri dan hanya untuk parti. Hentikan lah bercakap tentang Islam.

Ramai lagi yang masih bersih untuk menyampaikan agama.

Paling tidak kamu tidak menyakitkan hati kami.

Anonymous said...

UMNO sedang memperbaiki kesalahan yang telah di lakukan. PAS?

Dengan kenyataan Nasrudin PAS masih begitu lagi. Yang boleh di harap ialah bacaan doa nya dan cara alim Arab nya.

Penjelasan 1MDB oleh Arul Kanda hanya untuk PAS sahaja sudah nyata ia nya satu cara untuk membersih nama Najib dan juga UMNO.

Ini cara PAS membuktikan kesanggupan mereka untuk menjalinkan hubungan dengan UMNO untuk kepentingan agama. Itu pun tak pasti sebab dengan duit yang di jumpai di rumah anak Najib, sahlah Najib. telah menguna 'cash is king'

Macamana orang seperti kamu PAS hendak berlindung dari syaitan sedangkan kamu PAS tidak mampu berlindung dari Najib dan 'Cash is King'?

Anonymous said...



Hadis ada menceritakan akan turunnya nabi Isa as utk mmbunuh Dajjal..

Kpd sesiapa yg bnar2 ingin mncari smutlak7KBNARAN yg hakiki akan diilham serta diMAKRIFATkan bhw hadis itu adalah merupakan metafora..kiasan..bukan difaham secara harfiah semata2!

Nabi Isa itu TAK akan turun secara 'jasad' ttpi spirit=ROH=semangat=etika ATAU akhlak Isa as yg kudud-telus-LURUS-berCAHAYA-TERANG-nyata-luhur-tembus yg mnjunjung sjujur7 stiggi7 smulia7AMANAH Integrity n Transparency itu dah mula menjelma ddepan mata ha ha..

Nabi Isa as itu tidak n TIDAK pernah mndidik n mmbenihkan fahaman "feudal" utk membesar/menDEWAkan/syirik seorg manusia keatas manusia yg lain! Fahaman "feudal" sebegini menurut Isa as adalah sbesar7 Dajjal=pemBOHONGAN yg wajib wajib wajib n WAJIB dihapuskan pd wktu/era beliau hidup dahulu...dan itulah yg mnjd penyebab mengapa pembesar2/DEWA2 pd wktu itu, ingin menghapus/mmbunuh atau menyalibnya!

Apa yg slalu meniti dibibir Isa as.."aku hanyalah manusia biasa hamba-NYA yg sama sama sama sama sama sama n 'SAMA' sprt kamu semua!" tiada bezanya walau sklumit habok skali pon diantara kita SEMUA!!

DAN...Dajjal,

Dajjal yg dimaksudkan oleh hadis itu juga, bukan sprt yg digambarkan oleh penceramah2 cari MAKAN kutip sampul yg bersepah2 diTV2 maupon yg diyoutube2 itu, krn Dajjal yg dimaksudkan itu bukan bermata-SATU terjojol tersombol yg konon2nya sgt menakutkan hu hu...TETAPI sbnr2 erti/MAKNA/definasi hakiki tersirat Dajjal itu=pemBOHONG=peNIPU=peNGELIRU yg sgt2 lg amat2 "memukau" yg berMATA(niat)-SATU ddlm hati nya, yg seolah2 LICIK sekali dgn hadis Quran jubah n sorban yg berBELIT2 berceramah berkhutbah bertahajjud mnjd IMAM semata2 dgn niat(MATA)-SATU demi tembolok NAFSU yg rakus klahap harta-KUASA n glamor..

Semoga ilham dan MAKRIFAT sdr Hussyen dpt melintasi pemmikiran-ROH nabi Isa as ini...yg selama ini tertutup rapat n GELAP, ditutup oleh IQ-ciput kebanyakan ostad2 yg hanya mampu melintasi KULIT luaran bukannya "isi".. yg hanya berkokok dgn TAJWID2 Ruu n Hudud tanpa makna yg mndlm yg semata2 mampu mmbaca harfiah2 yg terSURAT n bukannya yg "tersirat" jauh tembus kdlm umbi hi hi..

Salam CAHAYA Cinta-NYA drp saya buat sdr...semoga tulisan sdr akan sntiasa diberikan ilham2 baru yg indah 'menyentuh' kalbu serta sntisa dianugrahi keajaiban2 MAKRIFATnya yg lebih jitu halus tembus dan mndalam..

Ikutlah budi bicara sdr, jk sekiranya TAK perlu, tulisan saya ini TAK perlu pon sdr disiarkan..

Salam CAHAYA.. Sahabat Budiman
CAHAYA Cinta-NYA.. Percuma n FREE
CAHAYA Cinta-NYA ..Indah MENAWAN
smutlak7KBNARAN.. mnjelma KINI

CAHAYA Cinta-NYA ..mnjelma KINI
Kaseh mem-BERI.. Percuma n FREE
Kaseh memBERI ..TAK minta diHargai
TAK Heran HARTA..TAK Heran di Puji

Kaseh mrmBERI.. Percuma n FREE
Bak Kaseh IBU ..Harum Segar WANGI
Bak Kaseh IBU.. Kaseh yg AZALI
CAHAYA Cinta-NYA ..Kekal ABADI

Nota:
erti/MAKNA/definasi hakiki Dajjal itu=pemBOHONG=peNIPU=peNGELIRU!

Smart Pomen said...

Salam , Takpe, lepas ni Ada la Yg cakap, Itu pandangan peribadi Dia, Bukan parti, Ingat Yg akan buat pengumuman tu pun. Tepuk kepala Sebelum buata kenyataan... Nasib2. Ape pun Syukur la Dia org ni tak menang, ( Demi Allah serious)... Dia tak baca statement musuh politik dia kot.. Cakap main sedap Mulut je.

Anonymous said...

nasrudin ni bukan hilang deposit ke? saja dia brsuara tu kasi naik skit dia punya nama.. walopun bkn yb tp jawatan dlm pas penting beb.. cari mkn beb, serban jgn tanggal beb

Anonymous said...

Kesian org kelantan dan ganu. Tapi sendiri pilih sendiri tanggung la

Anonymous said...

Pas pis pus dah biasa kena kencing. Siap tadah lagi.

tanya sama itu hud hud said...

Pas peliwat agama..bangkai.noktah

Anonymous said...

PAS memang dah berubah. Selepas benci dan memusuhi UMNO, PAS sudi bersongkol dengan UMNO sehingga bau busuk 1MDB mencucuk hidung tu pun PAS masih bela UMNO wangi.

Apabila berlaku krisis di Trengganu, PAS sanggup lepaskan peluang.

Hari ini, awal-awal PAS kata telah bersiap sedia untuk pilihanraya di Perlis. Penasihat apa macam ini ?

hanky panky said...

xdpt di-nafikan lg pas kini dipenuhi mrke'2 yg bebal serte yg mementingkan diri n habuan duniawi ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...