JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, May 17, 2018

Nota Sepang-malulah sikit !

1. Presiden parti suci dilaporkan berkata berdasarkan konsep federalisme, Kerajaan Pusat kena beri royalti kepada Kerajaan Trengganu yang kini dikuasai oleh parti suci. 

 2. Alasan beliau adalah rakyat Trengganu sudah memilih untuk mengundi parti suci , maka pilihan rakyat wajar dihormati. 

 3. Secara umumnya , saya rasa konsep federalisme dan pilihan rakyat memang wajar dihormati. Rasanya tidak ada masalah sangat untuk terima perkara itu. 

 4. Cuma yang saya nak bangkitkan adalah : Adakah parti suci sedar bahawa tindakan mereka meletakkan begitu ramai calon di seluruh negara sama ada di kerusi Parlimen dan negeri hingga menyaksikan banyak kerusi berhadapan 3 penjuru- BN, PH (logo PKR) dan parti suci jelas membantu BN ? Ia juga sekaligus menyakskan PH hilang peluang untuk menang mudah di banyak kerusi -parlimen dan dun -khususnya di pantai barat. 

 5. Saya nak bagi contoh. Kita ambil kerusi Parlimen Jasin di Melaka misalnya. Calon BN menang hanya dengan majoriti 219 undi sahaja mengalahkan calon PH (logo PKR). Pecahan undinya adalah BN -26560, PKR-26431 dan parti suci - 8860. Jelas parti suci jadi "pengacau" yang memenangkan BN. Di Dun Merlimau pula , BN menang dengan majoriti hanya 130 undi sahaja. BN dapat 5290, PKR dapat 5160 dan parti suci dapat 1208 undi. Jelas , jika hanya 150 undi parti suci sahaja pergi ke PKR, calon PKR menang mudah insyaAllah. 

 6. So, my point pak aji adalah tindakan parti suci jelas membantu BN , sekaligus menafikan PH untuk menang lebih banyak kerusi. Tiba-tiba , anda semua , dengan muka tak malu , masih merayu nak minta royalti minyak dari Kerajaan PH. Tak malu ke? Di mana maruah ? 

 Allah lebih tahu. 

 Yb Sepang. 16-05-2018
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

mereka ada rasa malu ka????
kalau ada tak mintak dah....
bukan ka tgn yg diatas lebih baik dari yg dibawah....
kenapa dok asyik tadah gak lagi....
apa mereka takdak ka cara len nak bagi terengganu maju
berapa byk pulau depa dok ada... pelancongan tu majukan.. jeti tu bersihkan

Anonymous said...

Royalty hak rakyat. Mesti kena beri tapi melalui JK yg di anggotai oleh org PH bn dan pas supaya duit sampai kpd rakyat. Kalau bg direct ke kejaan pas alamat losaplah buat mesy di siam.

Anonymous said...

Tengok mcm mana mrk nak bersihkan kota baru dan kelantan. Isle, isle tapi pengotor.

Anonymous said...

Cukuplah cikgu baca. Tak perlu aporove

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...