JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Friday, May 04, 2018

Pecah rekod: 62,000 ikuti siaran langsung Jelajah PH Putrajaya

Padang letak kereta Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya penuh sesak dengan 
manusia malam ini.
Lima hari sebelum pembuangan undi PRU 14, Jelajah Pakatan Harapan Putrajaya malam ini memecah rekod penonton siaran langsung melalui facebook apabila 62,000 menontonnya. 

 Angka itu dicapai ketika calon Perdana Menteri PH, yang juga arkitek Putrajaya Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan ucapan bersebelahan dengan Masjid Tuanku Mizan. 

 Ketika Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz berucap, ia sudah memecah rekod 36,000 yang dibuat ketika Jelajah PH di Stadium Kuala Selangor apabila penonton mencapai 45,800. 

 Di samping penonton secara langsung, puluhan ribu penyokong juga memenuhi kawasan tapak letak kereta Masjid Tuanku Mizan itu. 

 Pecah rekod penonton siaran langsung. 

 “Terima kasih orang Putrajaya kerana datang malam ini. Adakah anda semua dibayar?” tanya Tun Dr Mahathir dalam ucapannya. 

 Anak Tuan Guru Nik Aziz, Nik Omar yang menjadi calon DUN Cempaka, Kelantan turut memberikan ucapan beliau malam ini selepas berucap di Shah Alam pada sebelah petangnya. 

 Hari ini adalah penampilan sulung beliau di luar Kelantan selepas menjadi calon PH. ~ Malaysiadateline
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Ayoh org melayu yg masih di atas pagar. Keluarlah undi PH. Jika tidak Pas akan bergabung dgn BN untuk bentuk kerajaan dan najib kekal PM. PH mesti dapat bilangan kerusi majoriti minima iaitu 112

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...