JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, May 31, 2018

Pertikai Kelayakan Akademik Saya?

Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

Saya tengok ada admin sebuah page di FB mempertikaikan keilmuwan dan kelayakan akademik saya dengan katanya thesis PhD saya hanya mengkaji seorang tokoh dan saya tidak dilatih untuk mentakhrij (menilai status) hadis. Sebenarnya saya tidak mahu keluarkan sijil-sijil saya tapi bila ada orang pertikai pengajian saya maka saya terpaksa membela diri. Saya nyatakan seperti berikut:

1. Subjek Hadis Yang Saya Ambil

Sahabat-sahabat boleh lihat transkrip PhD dan Masters saya. Lihat berapa banyak subjek hadis yang saya ambil sepanjang pengajian PhD saya di Jordan dan master saya di UIA . Sebanyak 14 subjek hadis saya wajib ambil di University of Jordan yang mana subjek ini tidak hanya menjurus kepada seorang tokoh. Alhamdulillah kesemuanya saya lulus dengan cemerlang. (CGPA saya 3.98)

2. Thesis Saya Mengkaji Seorang Tokoh Sahaja?

i. Memang benar saya fokus kepada metodologi Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam thesis saya. Mungkin admin tidak tahu atau tidak pernah membaca thesis saya agaknya. Dalam setiap bab thesis saya ada 1 bahagian perbandingan antara Ibn al-Qayyim dan muhaddithin yang lain. Bagaimana mahu membandingkan jika saya tidak membaca kitab muhaddithin yang lain?

ii. Tambahan pula jumlah rujukan bibliografi bagi thesis saya sebanyak 180 kitab dan jurnal yang mana ia bukan tertumpu kepada penulisan Ibn al-Qayyim sahaja.

iii. Boleh dikatakan dalam setiap riwayat yang saya bawakan dalam thesis ini saya nilai sendiri statusnya dan penyelia serta panel-panel penyemak yang merupakan professor dari Jordan tidak mengkritik penilaian hadis saya. Bahkan mereka tidak membenarkan saya bertaqlid kepada al-Albani kerana saya dianggap boleh menilai status hadis sendiri.

3. Thesis Masters Saya

i. Mungkin admin menghukum saya kerana beliau tidak tahu tajuk thesis master saya.

ii. Ingin saya nyatakan bahawa thesis master saya ialah takhrij (penilaian status) hadis-hadis marasil dalam musannaf Abdul Razzaq al-Son'ani.

iii. Prof. Dr. Muhammad Abu Laith dari UIA adalah pemeriksa thesis saya dan beliau memberikan markah CEMERLANG bagi thesis master saya.

4. Sistem Pengajian PhD di Jordan

i. Satu perkara yang saya ingin nyatakan di sini ialah sistem pengajian PhD di Jordan tidak sama dengan kebanyakan universiti di Malaysia. Ini kerana kami di Jordan diwajibkan mengambil 12 subjek hadis dan tambahan subjek pre-requisite (subjek master yang saya kena ambil 2 subjek). Selepas lulus semua subjek, kami diwajibkan mengambil comprehensive examination dan kami perlu lulus exam ini sebelum dibenarkan menulis thesis PhD. Markah lulus ialah 70% yang mana exam ini mengandungi 2 kertas. Setiap kertas mengandungi 3 soalan utama. Setiap soalan utama mengandungi 3 pecahan soalan. Setiap pecahan soalan akan disemak oleh seorang Professor di University of Jordan. Peluang mengambil exam ini hanya 2 kali. Jika tidak lulus juga maka tiada PhD untuk calon walaupun dia telah lulus semua subjek.

ii. Bahan bacaan untuk peperiksaan ini ialah sebanyak 26 buah kitab hadis pelbagai bab merangkumi Ilal al-Daraqutni, al-Risalah Imam Syafie, Fath al-Mugith, Fath al-Bari, Nail al-Awtar, al-Tamhid, al-Anwar al-Kasyifah dan banyak lagi yang kami perlu habiskan pembacaannya mengikut masa yang ditetapkan.

iii. Alhamdulillah saya lulus peperiksaan ini dengan hanya dengan sekali ambil. Bahkan saya mendapat markah tertinggi dalam batch saya yang menduduki peperiksaan yang sama dengan saya.

Akhirnya, nasihat saya kepada admin page, keluarlah dari sikap mengkritik orang dengan mempertikaikan peribadi. Berbahaslah secara ilmiah. Tidak mengapa jika kita merujuk software maktabah shamelah kerana ia juga kitab seperti kitab asli cuma telah diletakkan di dalam software. Itu lebih baik daripada kita hanya share tulisan orang lain lepas itu memperlekeh orang yang tidak sependapat dengan kita, sedangkan kita tiada apa-apa tulisan. 

I.Allah nanti saya akan post tulisan balas bagi artikel kedua ustaz Raja Mukhlis.

Salam hormat dari saya. ~ sumber


Comments
1 Comments

1 comment :

Smart Pomen said...

Patut jawab mcm ni. Ape guna sijil, PhD Dan ntah ape2 sijil Yg tinggi, Tapi bila berkerja mcm org takde otak. Keluar statement je, org Dengar mcm nak bagi Kaki. Bagi Aku la, dulu Aku kagum dgn rafizi ramli... Cara Dia berhujah. Bila Dia jawab hujah lawan. Kagum sgt hingga berharap anak Aku dpt contohi Dia. Belajar tinggi, kerja bagus. Tapi Sejak 2 menjak ni mcm Kurang skit. Tapi raspek tu Tetap Ada. Lagi mcm bekas menteri Dari johor, bangga Jadi pelajar terbaik, cgpa Berapa tah tak Ingat. Tapi cara berfikir zero. Kadang2 pendidikkan tinggi tak mencerminkan kebijakkan sesorang menjalankan tugas. Yg penting cara Dia berfikir utk menjalankan tugas, tanggungjawab pada org bawahan Dan rakyat, menyelasaikan masaalah negara dgn cemerlang, Itu Yg penting. Ni baru tgk hutang negara banyak ni, dah merapu. Lari Dari masaalah.. Rasanya org Yg sihat otak dia, mula fikir sama, berkongsi pendapat dgn pusat. Beri cadangan, ni tak. Yg disebok nya, duit royalty Minyak. Ape punya malang la Sape dpt YB mcm ni. Kalau Aku ni tuan guru hadi. Aku tendang org mcm ni keluar. Buat Malu Pati je. Sape Sokong angkat tangan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...