JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Wednesday, May 30, 2018

Pesara dakwa pegawai kanan ATM salah guna aset, bantu kempen BN

Oleh Faiz Zainudin

Asri (3 dari kiri) bersama ahli Pahlawan selesai membuat aduan kepada SPRM.
PUTRAJAYA: Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) mendakwa pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyalahgunakan aset tentera bagi membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada 2 pilihan raya lalu.

 Presidennya, Asri Buang berkata seramai 9 pegawai kanan menjadi penggerak utama membenarkan aset ATM digunakan untuk kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan PRU13.

 “Pegawai yang terlibat sekarang masih lagi bertugas. Antara kesalahan mereka ialah menggunakan aset ATM untuk berkempen PRU dan menggunakan kompleks yang ada dalam ATM untuk dijadikan bilik gerakkan PRU BN.

 “Kita datang di sini untuk membuat satu laporan salah laku pegawai kanan angkatan tentera dalam PRU13 dan PRU14,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hari ini.

Pihaknya juga memberi segala bukti kepada SPRM untuk proses siasatan.

Beliau yang mewakili lebih 14,000 ahli Pahlawan juga berkata anggota ATM ditekan bagi membantu kemenangan BN.

 Katanya, hasil salah guna aset tentera menyebabkan BN menang besar di semua kem tentera.

“Kem ATM di seluruh Malaysia, semua Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang kalah, tidak ada yang menang.

“Kita tidak mahu perkara ini berulang pada PRU akan datang, kita harap SPRM dapat membuat siasatan dan mengambil tindakan,” katanya.

 Pada PRU lepas, sebagai pemerintah, BN mendominasi kawasan pengundi yang didiami tentera berbanding PH dan gabungan pembangkang yang lain.

 Asri berkata pihaknya juga sedang menunggu tarikh yang sesuai bagi bertemu Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu untuk mendedahkan secara terperinci salah laku itu. ~ Freemalaysiatoday
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Di universiti, ipta dan ipts pun apa bezanya. Cuma bezanya berperisa kangkung!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...