JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, May 17, 2018

Pilihan raya semula bakal berlaku?


Inginkan saya menulis panjang sekali lagi.

Saya memerhatikan bagaimana gembiranya penyokong-penyokong PAS terhadap kemenangan keatas Kelantan dan Terengganu.

Saya menulis dengan harapan, tuan-puan yang membaca tulisan saya ini boleh memanjangkan tulisan ini sehingga sampai ke telinga penyokong Pas.

Mereka bersorak gembira, kerana Kelantan dan Terengganu telah kembali ke tangan Pas, mereka juga bersorak gembira bertakbir dengan menyatakan Pas boleh menjadi Kingmaker di Perak.

Mereka bertakbir sekuat kuat terhadap kedudukan kerusi Dun di Kedah, dengan harapan BN akan ‘join’ mereka atau terwujudnya kerajaan campuran.

Saya mempunyai bayangan terhadap apa yang akan berlaku, berikut ini bayangan saya.

KES 2.6B DUIT KE POKET NAJIB

Seperti kata Tun M, “kami tidak ingin untuk membalas dendam, tetapi kami akan memartabatkan undang-undang”.

Tun M Dan seluruh MP yang Menyokong PH, setelah mengangkat sumpah sebagai PM ke-7 di Malaysia, setelah mengisytiharkan barisan Kabinet Menteri, pertama tama sekali akan membuka siasatan terhadap 1MDB.

Satu public inquiry akan dibentuk diketuai oleh kolenel bebas, akan diberikan mandat diRaja, akan menyiasat habis-habisan semua yang angka-angka yang terseleweng dalam 1MDB.

Semua angka angka ini akan dijejaki sehingga ke titisan akaun yang terakhir, sehingga sampailah ke akaun Najib tentang bagaimana 2.6 bilion boleh terterjah ke akaun peribadi Najib.

Sampailah dari akaun Najib, akan dijejaki duit rakyat berkenaan tentang siapa yang telah menerimanya, termasuklah pemimpin Pas yang dituduh menerima RM90 juta dari Najib.

Semua jejak ini saya pasti akan diketuai oleh Sdr Rafizi Ramli, dan dalam Public Inquiry DiRaja ini semua yang terlibat akan dipanggil untuk mendedahkan akaun dan transaksi masing-masing.

Hasil daripada Public Inquiry DiRaja ini, akan dirumuskan dan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk dibuka kes di Mahkamah Persekutuan, atau secara terus kepada Mahkamah Persekutuan Malaysia.

KES DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Sekiranya kes berada di Mahkamah Persekutuan, maka yang dituduh berkenaan akan didakwa.

Semua duit 1MDB yang masuk ke akaun peribadi masing-masing, termasuk ke dalam akaun peribadi pemimpin Pas atau akaun Pas sendiri, akan diaudit pergi ke manakah duit rakyat ini.

Jika duit rakyat ini dijejaki dan disahkan digunakan untuk kempen pilihan raya ke-14, sama ada oleh BN, atau Pas, satu permohonan rasmi akan dibuat oleh Suruhanjaya Pendengaran Awam DiRaja untuk MEMBATALKAN kemenangan wakil-wakil Pas dan BN, sama ada untuk kerusi Dun mahupun Parlimen.

JIKA ITU BERLAKU

Akan berlakulah pilihan raya baharu terhadap semua kerusi kerusi Dun dan Parlimen baik dimenangi Pas atau Umno. Kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu akan diisytiharkan tidak sah.

Kali ini, penyokong Pas akan mengetahui bagaimana rupanya hati ulama-ulama Pas, bagaimana dahsyatnya sandiwara ulama-ulama Pas.

Kali ini mereka akan menelan sesuatu yang terlalu pahit, semua ludah mereka terhadap Parti AMANAH Negara akan menjadi satu igauan ngeri. Terbogel habis semua yang selama ini disembunyikan oleh ulama-ulama Pas melalui hadis-hadis dan ayat al-Quran yang digunakan untuk memperbodohkan penyokong tegar Pas.

JIKA BERLAKU PILIHAN RAYA SEMULA

SPR akan diganti dengan kepimpinan baru, barangkali Datuk Ambiga akan diangkat menjadi pengerusi.

Pada waktu tersebut, pilihan raya tidak akan lagi menjadi pilihanraya blackout, tetapi pilihan raya paling telus.

Dahulu sebelum PRU ke-14, kita dimasukkan ke dalam neraka oleh pendokong-pendokong PAS.

Kali ini, mereka berdepan dengan “neraka” yang mereka cipta. Pemimpin Pas yang terlibat dalam mengambil 90 juta semestinya akan diadili sebaik-baiknya melalui lunas undang-undang Malaysia.

Kali ini Kelantan dan Terengganu akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan, Kelantan akan kembali dikemudi oleh Ustaz Nik Omar manakala Terengganu, well, nanti mereka pilihlah antara mereka.

Semua kerusi kerusi Pas dan Umno yang dimenangi, akan bertukar milik kepada PH.

Kali ini penyokong Pas akan mempelajari sesuatu yang sangat penting dalam siasah Islam, iaitu Islam diperjuangkan melalui akhlak terlebih dahulu.

Itulah yang saya bayangkan, itulah yang saya rasa akan jadi.

Sebab itu Sdr Husam Musa tak mengomel berkenaan kekalahan mereka, sebab mereka tahu, inilah yang akan berlaku kelak selepas 6 bulan PH memerintah Persekutuan.

Sesungguhnya inilah bayangan yang saya bayangkan, yang bakal terjadi.Penyokong tegar Pas, berdoalah ini akan terjadi, dan anda akan lihat sendiri, akhlak ulama-ulama Pas yang anda puja-puja.~ Malaysiadateline
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Allahuakbar....... kalau inilah yg akan berlaku Alhamdulillah
semoga kita semua bersatu semula bina negara kita dgn acuan baru
AMINNNNNN 3x

Anonymous said...

Husam kata nak dedah bukti affin pada umum sebelum pru14, tertunggu-tunggu juga tetapi setakat hari ini tiada pendedahan seperti yang dijanjikan, mohon kongsi disini

Jigit said...

En Anon 5:21

Husam sebenarnya menunggu saman PAS seperti yg telah dijanjikan. Hanya apabila kes di bawa ke mahkamah barulah boleh beliau memohon agar peraturan BAFIA dikecualikan di mana Hudam boleh mendedahkan maklumat transaksi bank orang lain...jika dilakukan tanpa perintah mahkamah...jadi macam Rafizi la....masuk penjara kerana mendedahkan maklumat bank berhubung penyelewengan dana NFC.... Sekarang en ada faham...?

mat said...

Bila kerajaan Islam PAS Kelantan Terengganu nak laksanakan hudud ? Senyap saja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...