JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, May 31, 2018

Rayuan Jamal dari ladang sawit: Jangan zalimi saya, Tan Sri


 Selepas gagal hadir di balai polis hari ini, Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos mengirimkan klip video untuk memberi penjelasan.

Dalam klip video berdurasi 7 minit itu, Jamal yang dilihat berada di kawasan kelapa sawit menjelaskan bahawa dia bimbang akan ditangkap pihak berkuasa sebaik sahaja hadir memberi kenyataan.

“Saya bukannya menolak pelaksanaan undang-undang terhadap saya tetapi apabila yang berlaku terhadap saya ini (sehingga) dengan nama saya disenaraihitamkan dan (saya) diletak dalam langkah keselamatan khas oleh PDRM (saya jadi bimbang).

“Dan selepas SPRM menyerbu kediaman saya, pejabat, dan beberapa tempat lain, saya bimbang daripada semalam hinggalah malam tadi rumah saya diserbu oleh polis, (selain) kediaman ibu saya, rakan-rakan saya.

"Ini yang membimbangkan saya untuk hadir hari ini ke IPD Ampang walaupun saya telah berjanji semalam (untuk datang),” katanya.

Jamal sebelum ini berjanji untuk hadir ke IPD Ampang Jaya bagi memberi keterangan pada kira-kira jam dua petang.

Bagaimanapun, beliau gagal hadir seperti dijanjikan.

Sementara itu, Jamal juga memohon perlindungan daripada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kepada beliau sekiranya mahu dirinya segera tampil memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Saya mohon Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan jaminan kepada saya seorang pemimpin politik, pemimpin aktivis supaya tidak dizalimi, tidak dianiaya.

“Saya melihat apa yang berlaku kepada saya hari ini seperti mana Tun Dr Mahathir menzalimi (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan rakan-rakannya ketika dahulu.

“Saya bukannya penjenayah tetapi saya diperlakukan seperti penjenayah dan pengganas sekarang ini,” katanya.

Terdahulu, ketua Gerakan Baju Merah itu didakwa bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan ekoran mengetuai bantahan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ (BBF17) di hadapan pejabat pentadbiran kerajaan negeri Selangor pada 5 Oktober lalu.

Jamal juga disiasat mengikut Seksyen 34, Akta Senjata Api 1960 atas dakwaan mempamerkan senjata api di khalayak ramai. ~ malaysiakini
Comments
3 Comments

3 comments :

Smart Pomen said...

Nasib Ko la bro. Sekarang ni la Mase Ko Cari balik Sape Yg rapat dgn Ko dulu. Masa ni la Ko boleh tgk Sape Kawan Sape pembodek. Hidup kita ni mcm Roda, nasib Ko akan naik atau terus turun pada pru akan dtg. Tapi bila tgk video lama, dgn berlagaknya, dgn samseng Ko, Elok la Ko stay je Kat situ, at least Monyet, beruk, anjing ni setia bila bagi makan... Tak payah la Ko Harap Kat spesisi Yg tinggalkan Ko. Dan lari2 jugak. Tanggungjawab Kat keluarga Jgn lupe... Oger...

Anonymous said...

jamal kami memang nk zalim kat kau..

sebab sedap zalim kat org dungu ni.

klu dapat ragging puas2 lagi sedap.

jamal kau bawa songkok tak dlm kelapa
sawit tu.

sebb nnti kau nk beraya dalam kelapa sawitkan.

kau ingat kau boleh lari dr polis ke.

lari dr polis tp kau akan diganggu hantu kelapa
sawit. lebih mengerikan tau. kt sana mcm2 jenis
hantu ada. ini kisah benar tk tipu.

Anonymous said...

Dulu jamal kelihatan begitu berani sebab dia tahu dia dilindungi oleh pihak atasan kerajaan umno/BN. Dia kelihatan spt wira keluar masuk lokap krn dia TAHU dia akan dibebaskan.
Skrg jamal tahu dia tiada pelindung lg. Jk dia ditahan pdrm dia boleh masuk penjara utk tempoh yg lama jk didapati bersalah. Tiada lg kekebalan. Tiba2 dia jd pondan, bukan wira spt dlm sandiwara buatan umno
Ramai org melayu mudah ditipu jamal!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...