JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Friday, May 25, 2018

RM500j LAPOR ASTRO AWANI. BIAR BETUL BEB?


KUALA LUMPUR: Bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Rahim mengesahkan bahawa beberapa anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah datang ke rumahnya semalam.

Beliau yang dihubungi oleh Astro AWANI sebentar tadi mengesahkan kira-kira 10 anggota SPRM telah datang ke rumahnya sebelum memaklumkan kepada beliau untuk melakukan penggeledahan.

Kesemua pegawai SPRM itu hadir sekitar jam 1 petang semalam.

Tambah Azeez, daripada penggeledahan tersebut, pegawai SPRM turut merampas barang kemas milik isterinya serta wang tunai.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan jumlah wang tunai yang dirampas oleh SPRM.

Azeez berkata, beliau bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM jika diperlukan.

“Saya sedia pada bila-bila masa sahaja untuk membantu dan memberi kerjasama kepada SPRM dalam sebarang siasatan.

"Saya tiada apa yang hendak disembunyikan. Sebenarnya saya sudah duga ini akan berlaku memandangkan nama saya memang disebut," katanya.

SPRM pada Selasa melancarkan serbuan serentak di lima lokasi berbeza melibatkan kediaman dan juga pejabat Abdul Azeez.

Menurut sumber, serbuan dilakukan di kediaman beliau di Subang, Selangor dan Baling, Kedah.

Selain itu, SPRM turut membuat pemeriksaan di salah sebuah pejabat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

SPRM turut merampas wang tunai hampir RM500 juta, lebih 20 jam tangan, dan lebih 20 mata wang asing pelbagai negara antaranya Taka (Bangladesh), Rufiya (Maldives), Riyal (Arab Saudi) dan juga Pound Sterling dengan nilai tukaran sekitar RM1.2 juta.

Difahamkan serbuan yang bermula 12.30 tengah hari itu dilakukan bagi membantu siasatan berhubung lantikan kontraktor melibatkan projek seliaan Tabung Haji.

Astro AWANI sudah cuba mendapatkan pengesahan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM mengenai perkara ini.
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Jumlah rampasan masih terlalu kecil dan rampasan itu satu pemesonggan bagai kekeliruan menyembunyikan angka angka yg lebih besar mo1 juga begitu bagi melindungi angka angka yg lebih besar maka sejumlah kecil perlu berperanan sebagai covered maka lahirlah nahu sebegini Saya tiada apa yang hendak disembunyikan Sebenarnya saya sudah duga ini akan berlaku memandangkan nama saya memang disebut jadi jgn jadi Mr tolol

Anonymous said...



Semoga YB2 drp Amanah yg dah jd menteri kena lajuuuu buat kerja!

Mat Sabu Salehuddin dan Dr Dzul wajib cepat bertindak lihat mcm mana LGE dan Anthony Loke bertindak pantas demi mmbersih menyelongkar mmbuang sampah2/bangkai dikementrian mrk..

WAJIB cari/lantik penasehat2/pmbantu2 profesional yg betul2 tggi merit-IQ-kjujuran nya sbg cth sprt level-IQ Rafizi itu utk bkerja dgn kamu, yg mampu dan dpt mmbaca serta "MENGHIDU" sdlm2nya bau2 bangkai ddlm kmentrian masing2..so uols must WORK very very very FAST my dearestONE.. n plse find n pick up d BEST of d best talented ones..no n NOT d 2nd best ones! Klu dpt carilah yg graduate 1st class dari Havard Oxford dan Cambridege.

Jgn sesekali pilih kroni pak angguk yg TAK tau habuk buat kerja mcm parti Musang berjanggut atau macai2 umno tu semata2 nak jd penumpang..

Smoga Al-Hussyen dpt panjangkan idea saya ini kpd mrk bertiga n juga kpd ketua menteri Melaka yg baru tu, bcoz I LUV U n really LUV uols hu hu..

Anonymous said...

Sepatutnya basikal dia naik tu pun SPRM rampas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...