JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Saturday, May 26, 2018

Rosmah dakwa album nyanyiannya kutip jutaan ringgit

LAPORAN sebuah portal Antarabangsa yang berpengkalan di Australia, memetik tulisan Rosmah Mansor, dalam sebuah buku autobiografi dirinya mendakwa kononnya beliau meraih jutaan ringgit, hasil jualan album nyanyiannya.

Sumber — News.com.au

Rosmah Menyanyi


Dalam tahun 2013, dalam autobiografinya, "Biographi Rosmah Mansor", beliau yang pada ketika itu merupakan wanita pertama menjawab kritikan terhadap tabiat perbelanjaannya dengan menulis "Saya membeli sedikit berlian dan pakaian menggunakan duit saya sendiri. Apa masaalahnya?"

Di dalam buku itu Rosmah berkongsi penjelasan tentang bagaimana dia meraih dan menyimpan begitu banyak wang.

Katanya, dia merupakan seorang akauntan yang berbakat semulajadi dan telah menerbitkan album rakaman suaranya sendiri, dan meraih jutaan ringgit.

Ia (album itu) tidak dilancarkan kepada umum, tetapi telah dibeli oleh menteri-menteri kerajaan yang merupakan peminat fanatik bakat nyanyiannya.

Aku tak tahu sama ada nak menangis terisak-isak atau ketawa berdekah-dekah membaca laporan ini. Aku sendiri pernah dengar suara Datin Rosmah, antaranya lagu dia dengan Mawi, pada aku memang tak sedap.

Menteri-menteri mana agaknya yang sanggup membeli album nyanyian Datin Rosmah ni, sampai dia boleh mengaut untung jutaan ringgit.

Mereka beli sebab memang suka suara Rosmah, atau beli sebab kena paksa? milosuam
Comments
10 Comments

10 comments :

Smart Pomen said...

Scary. .

Anonymous said...

Sebab itu Rosmah berGegar sekarang ini.

Kalau nyanyi lagu sendiri ok lah tapi kalau nyanyi lagu penyanyi lain.. kena lah bagi sikit royalti kepada penyanyi dan syarikat.

Mungkin lepas ini Rosmah boleh menyanyi di Lobby Hotel..

Anonymous said...

Bila boleh rakyat rejam rosmah dengan batu?

Unknown said...

siapalah yg beli?

Paul Allman said...

Geli aku dengar.....

Non-government servant said...

bila boleh tengok rosmah turun naik mahkamah?

Non-government servant said...

ada...macai2 umno

Anonymous said...

Semua Menteri beli.

Sebab semua Menteri ada lah peminat fanatik Diva Rosmah. Dan lagi pun mereka peduli apa, bukan duit mereka, duit rakyat.

Dan Tungguuuu.. lagu raya Diva Rosmah. Pasti meleleh hinggus ..

Anonymous said...

Jangan kau orang perlekehkan suara Rosmah...

Beberapa hari yang lalu, pihak berkuasa juga telah merampas cd cetak rompak bernilai RM 2 juta di Lorong-lorong Chow Kit dan sekitar pasar malam di Pekan.


Anonymous said...

Selain di chow kit, lagu2nya juga telah didownload secara haram hampir 114juta kali, menyebabkan beliau kehilangan hampir 2.6bilion royalti. Nasib baik ada pak arab yg bermurah hati menderma jumlah yg sama nilainya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...