JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Tuesday, May 01, 2018

SAMAN FITNAH oleh HADI AWANG (PAS) terhadap CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) pada hakikatnya belum pun mula BICARAnya lagi.


 Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, AsSalaamualaikum dan Salaam Sejahtera: 

1. Pada hari Ahad, 06.08.2017, seorang sahabat 'facebook' saya, Saudara Che Mohd Nashir telah 'tag'kan 'posting'nya kepada saya dengan permintaan berikut : 

"Tuan Haniff Khatri kalau boleh ulas sikit pasal pretrial saman PAS to CRB Serawak Report. Plsss" 

2. Justeru, dan atas kepercayaan bahawa kandungan Laporan yang sedang tular di alam internet, seperti Laporan MALAYSIAN INSIGHT bertarikh 06.08.2017, dipaparkan di bawah, mungkin tidak mudah untuk difahami setiap lapisan masyarakat untuk mengetahui kedudukan sebenar tindakan SAMAN FITNAH oleh HADI AWANG (PAS) terhadap CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) di Mahkamah London, United Kingdom, maka saya berikan sedikit pendapat dan pandangan ringkas berkaitannya, seperti berikut. 

3. Kes SAMAN FITNAH oleh HADI AWANG (PAS) terhadap CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) di Mahkamah London, United Kingdom itu, masih belum pun mula BICARA untuk mengetahui samada Laporan SARAWAK REPORT berkaitan perolehan dana 90 juta oleh PAS daripada Kerajaan NAJIB RAZAK itu merupakan FITNAH ataupun tidak ! 

4. Walhal, kes SAMAN FITNAH itu masih di peringkat awal, di mana HADI AWANG (PAS) sudahpun failkan WRIT SAMAN terhadap CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT), dan serahkan WRIT SAMAN berserta PENYATA TUNTUTAN kepada CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT), namun CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) masih belum tamat tempoh masa untuk failkan PENYATA PEMBELAANnya ! 

5. Apa yang telah dilaporkan dalam Laporan MALAYSIAN INSIGHT di bawah, adalah berkaitan satu PERMOHONAN AWALAN, yakni sebelum CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) memfailkan PENYATA PEMBELAANnya, beliau telah minta Mahkamah London itu buat perintah yang perlu berhubung SEKURITI untuk KOS, iaitu, memandangkan HADI AWANG (PAS) adalah entiti luar dari United Kingdom, dan memandangkan HADI AWANG (PAS) itu tidak mempunyai aset di dalam negara United Kingdom, maka CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) minta Mahkamah London arahkan HADI AWANG (PAS) untuk letak cagaran sebanyak UK Pound 800 ribu, sebagai cagaran kos kepadanya, jika Mahkamah di hujung perbicaraan dapati SAMAN FITNAH oleh HADI AWANG (PAS) adalah tidak berjaya, dan ditolak kelak ! Itu sahaja !! 

6. Permohonan SEKURITI untuk KOS ini juga wujud di Malaysia, di mana sekiranya Rakyat atau entiti Malaysia disaman di dalam Malaysia oleh individu ataupun entiti luar negara yang tidak mempunyai aset di Malaysia, maka untuk menentukan pihak Malaysia itu ada cagaran untuk peroleh semula kos, maka pihak Malaysia itu boleh membuat permohonan serupa itu di Mahkamah Malaysia, dan Mahkamah Malaysia akan menentukan jumlah sekuriti yang perlu diletakkkan oleh pihak luar negara itu, sebelum pihak luar negara itu dibenarkan untuk teruskan tindakan undang-undang terhadap pihak Malaysia, di negara Malaysia, melalui Mahkamah Malaysia !! 

7. Itulah bentuk PERMOHONAN yang diputuskan oleh Mahkamah London seperti yang dilaporkan di bawah !! Tiada keputusan tentang kandungan dalam SAMAN FITNAH itu lagi !! 

8. Berbalik kepada, PERMOHONAN itu, peguam CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) telah meminta dan berhujah bahawa jumlah sekuriti untuk kos ditetapkan sebagai UK Pound 800 ribu, namun Mahkamah dapati bahawa jumlah itu adalah terlampau tinggi dan bersetuju dengan peguam HADI AWANG (PAS) bahawa jumlah sebanyak 10% daripada jumlah UK Pound 800 ribu itu , yakni UK Pound 80 ribu, adalah memadai, kerana Malaysia dan United Kingdom mempunyai persetujuan melalui Akta dan Perjanjian untuk benarkan Penghakiman dari kedua-dua negara boleh dilaksanakan di Mahkamah negara silang, masing-masing, dan TIADA BUKTI ditampilkan oleh CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) bahawa, dia tidak akan berjaya melaksanakan Penghakiman untuk jumlah kos sepenuhnya itu, di Malaysia, jika dia menang kelak !! 

9. Akhir sekali, jumlah UK Pound 15 ribu, yang diperintahkan Mahkamah London untuk CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) bayar kepada HADI AWANG (PAS), adalah sebahagian daripada kos yang dianugerahkan kepada HADI AWANG (PAS), kerana CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) telah gagal peroleh Perintah untuk SEKURITI untuk KOS untuk jumlah sepenuhnya iaitu UK Pound 800 ribu, dan UK Pound 15 ribu adalah kos yang perlu CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) bayar kepada HADI AWANG (PAS) kerana CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) didapati "kalah" berkaitan PERMOHONAN SEKURITI untuk KOS itu sahaja !! 

 10. Akhir kalam, SAMAN FITNAH oleh HADI AWANG (PAS) terhadap CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) pada hakikatnya belum pun mula BICARAnya lagi. Keputusan PERMOHONAN SEKURITI untuk KOS ini yang sebenarnya memihak kepada HADI AWANG (PAS), dari segi undang-undang United Kingdom mahupun Malaysia sekalipun, BUKANLAH kayu ukuran kejayaan ataupun kegagalan SAMAN FITNAH itu kelak !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

Haniff Khatri
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Faham. Faham.

Tapi kenapa Walaun tak faham-faham ?

Asal dapat duit .. sorak ! Hoorey !

Asal dapat duit, menang.

Asal dapat duit, duit, duit, tertegak lah kebenaran.

Kalau yakin mahkamah berpihak pada Hadi, saman lah Husam dan Rafizi pulak ..

Anonymous said...

Pemimpin PAS kan memang suka jatuhkan hukum se belum apa-apa ..

Jadi tak heran dalam semua hal PAS lebih awal buat keputusan (andaian) orang itu begini, orang itu begitu .. macam-macam di cop nya .

Yang paling win .. tak sokong hudud masuk neraka .. tanam kat jirat .

Anonymous said...

Hahahah...

Alahai si penulis,

Lg nak putar..lg nak belit,

Bukti Audio mana?
Tak boleh pakai, kena tolak bodoh je hahahah

Bahan kempen terbaik dr PH @ PAN dah kelongkang..

Hahahahah...ketua KANUN mana? acct Affin Bank Hussam Mana?

Hahaha..berbelit nak menipu lg,

Puiiii...aku tak tau le ada manusia yg lg bodoh dr aku yg tak sekolah ni

Anonymous said...

Alahai si penulis,

Hahahahaa...

Apa yg merapek meraban ni?

Cite permohonan sekuriti plak hahahaah....adios..

Lain yg terjadi lain yg dibelit, tak perlu nak guna bahasa undang2 nak peningkan atau nak bangangkan org atau pengikut kau menjadi sebangang kau..

Yg penting...PH atau lebih tepat lg PAN duk cabar saman kan

Dah terbukti dah PAS dah sahut cabaran ...

PH atau lebih tepat lg PAN dah nampak penipu, pemfitnah, pembohong, pengkianat, munafik, fasik, kaki presepsi, tak de modai, tak de otak selain utk menipu,perosak keluarga, perosak Masyarakat, sombong, bongkak, bodah tak boleh diajar dan segala yg hina ...

Hahahahaha....

PH atau lebih tepat lg PAN..

Tak wujud lah lg baik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...