JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, May 03, 2018

SPR dan polis langgar perkara yang sungguh basic di Dun Rantau.

Oleh Hanipa Maidin  


 1. Saya menonton dan mendengar kenyataan media rakan baik saya, sdr Rafizi berhubung beberapa perkara. Antaranya isu tindakan mantan Menteri Belia parti sarkas mengenai notis tuntutan saman beliau ke atas Sdr Rafizi berhubung isu Dun Rantau.. 

 2. Bila pemimpin berjiwa rakyat spt sdr Rafizi disaman oleh sesiapa pun, apatah lagi oleh pemimpin parti sarkas, bagi saya, ia hanya membuang masa dan makin menyumbang kebencian melampau orang ramai ke atas parti sarkas. On that score, kita kena ucap tqvm kepada pemmpin parti sarkas itu. 

 3.Seperti biasa , saudara Rafizi tak sikit pun rasa gentar dan bimbang atau panik. Beliau tetap maintained his composure. Tahniah sahabatku. 

 4. Saya tak mahu komen lah hak pemimpin parti sarkas tu nak saman. Itu hak dia. Cuma jika dia teruskan saman tu , dia kenalah bersedia untuk disoal balas dengan agresif oleh peguambela sdr Rafizi. Ketika itu , barulah mungkin dia dapat lihat langit itu tinggi atau rendah. 

 5. Isu larangan ke atas calon PKR di Dun Rantau adalah isu BULI. Titik. Mana ada dalam undang-undang plihanraya syarat wajib bagi penamaan calon, kena ambil pass masuk dari SPR. Hatta tak ada juga syarat mesti wajib kena serah borang penamaan di dalam dewan! Itu semua x ada dalam statute (buku undang-undang ) pun. Syarat pass itu hanya sekadar nak facilitate the process je bukan untuk frustrate the process. So kat situ lagi SPR dah silap BESAR! 

 6. Bila SPR melalui polis larang pencadang, penyokong dan calon yang dah siap sedia dengan borang penamaan, deposit yang perlu dan relevan dan watikah parti yang perlu..tugas SPR hanya satu -kena terima walaupun kat pagar. Tugas polis pula permudahkan calon, pencadang dan penyokong serahkan borang penamaan calon . Bukan susahkan! 

 7. Untuk polis, saya nak kata "you are not obligated to follow any illegal orders". Period. Hak untuk masuk ke dewan pencalonan dijamin oleh Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan. Ada faham kah? 

 8. Anyway tak pe Ini mungkin giliran depa.Mantan MB N9 mungkin rasa seronok dengan kemenangan sebegitu. Tapi warga DUN Rantau insyaAllah akan hukum dia dengan menangkan PH di negeri sembilan dengan PH jadi Kerajaann yang perintah. Dan jika itu berlaku, mungkin dia sorang seorang je yang jadi wakil tunggal di Dun N.9.

 Allah lebih tahu. 2-5-2018.
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Menang secara begitu adalah tidak bermaruah, ptuihh!!! Eh...UMNO memang tidak bermaruah pun, penyamun terang-terangan menyamun itupun masih mereka bela dan sokong, mereka sekapal dalam erti kata lain lanun belakanya.

Anonymous said...

Begitulah juga melayu2 jahil yg masih sokong pencuri, perasuah, penipu dan pembuli. Tak lupa jg lebai suci yg bantu BN. Knp Pas tak bertanding di Rantau?

pok amid littor said...

Umno tkde maruah krn pemimpin2 tkde maruah!!
DrM dh berpuluh kali kata, Najib ni perompak, pencuri tp mana ada Najib maruah bila diam tanpa saman drp Najib?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...