JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, May 17, 2018

TERORIS ZIONIS


Wujudnya negara haram Israel adalah melalui rampasan tanah-tanah daripada penduduk Palestin yang berbagai agama dan keturunan. 

 Peristiwa Nakbah 15 Mei 1948, memperlihatkan betapa kekejaman terbesar regim Zionis terhadap rakyat Palestin. 

 Kumpulan pengganas Haganah memainkan peranan dengan merampas tanah penduduk Palestin menguasai kebun-kebun dan menghalau penduduk Palestin bermula tahun 1946 sehibgga 1948 dan menubuh negara yang kemudiannya diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 

 Perluasan wilayah oleh regim haram Israel terus merebak dengan disokong kuasa besar Amerika Syarikat dan Eropah. Setelah menjadikan Tel Aviv sebagai ibu negara, mereka berusaha pula menjadikan Baitul Maqdis atau Jerusalem sebagai ibu negara mereka. 

 Baitul Maqdis adalah kota suci bagi semua agama samawi lebih-lebih lagi umat Islam kerana di sana terletaknya Masjidil Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam dan berlakunya pertistiwa israk mikraj Nabi Muhammad SAW. 

 Usaha untuk memindahkan ibu negara Israel daripada Tel Aviv ke Baitul Maqdis adalah membuktikan keangkuhan dan kesombingan regim Zionis. 

 Seluruh dunia tanpa mengira pegangan agama dan perbezaan kaum, perlu mengutuk perbuatan regim Zionis ini yang telah mewujudkan negara di atas darah dan air mata penduduk tempatan Palestin. 

 Saya menyeru semua manusia untuk terus membela penduduk Palestin supaya mereka yang menjadi pelarian dapat pulang ke tanah air mereka semula. 

 Apa yang kita sedih, negara-negara Arab banyak menjadi tali barut kepada Amerika dan Israel dan bukan lagi menjadi benteng ummah bagi menghalang Zionis dari terus merampas tanah Palestin. 

 Selagi umat Arab dan Islam berpecah dan berperang sesama sendiri, selagi itulah Israel akan terus bermaharajalela dan mengembangkan wilayah yang mereka kuasai. 

 Bangunlah semua, dan marilah kita memperjuangkan dan menyokong hak kembali rakyat Palestin ke tanah air mereka semula. 

YB TN HAJI MOHAMAD SABU 
Presiden Parti Amanah Negara 
Merangkap Menteri Pertahanan Malaysia 
16/5/2018
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...