JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Saturday, May 05, 2018

TRAGEDI BERDARAH MEMALI : MATI KATAK?


 Sifat Tun M memohohon maaf kepada pewaris 'Syuhada Memali' diatas ketelanjurannya menggunakan ungkapan peribahasa 'mati katak' kepda mereka yg terkorban dalam 'Tragedi Berdarah Memali' adalah sangat dialu-alukan dan patut menerima pujian dan sanjungan orang ramai. 
Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada keluarga yang mati dalam tragedi Memali dengan berkata dia tidak berniat untuk menghina mereka. 
 “Saya kadang-kadang tersilap kata dan saya minta maaf. Mungkin perkataan saya itu terkasar dan minta maaf kepada keluarga yang terlibat dalam kematian di Memali,” kata pengerusi Pakatan Harapan itu. ~ sumber 
 Hj Hadi pula gi menyibuk menyambut permohonan maaf dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa kematian penyokong parti itu di Memali lebih 30 tahun dulu sebagai 'mati katak'

'Mati Katak' adalah peribahasa Melayu yg membawa maksud mati sia-sia.

 Tun M bukan minta maaf kepada kumulah hoi Hadi! Janglah nak perasaan sangat! Beliau memohohon maaf kepada pewaris mangsa. Tetapi kamu adalah punca dan penyebabnua maka tercetusnga 'Tragedi Memali Berdarah' itu.

Hj Hadi adalah manusia yang paling tidak layak untuk mewakili pewaris syuhada untuk menerima sebarang ucapan kemaafan dari Tun M kerana jelas gugurnya mereka adalah akibat kata² hasutan yang termuat dalam Amanat Hj Hadi:

"....kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam."

Selama ini memang ada sebilangan kalangan pejuang Pas menganggap mereka yg gugur bersama Ust Ibrahim Libya dalam 'Tragedi Berdarah Memali' adalah akibat sikap fanatik sekumpulan yang mempertahankan fahaman dan anutan mereka sebagaimana hasutan Hj Hadi yang termuat dalam Amanah Hj Hadi :
Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. 
Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. 
Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. 
Percayalah saudara-saudara sekelian...
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. 
Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid.
Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.
Kalau ijtihad pas yang sanggup mati kerana mempertahankan amanat Hj Hadi itu adalah benar dan bertepatan dgn tuntutan syariat,  maka pas seharusnya menuntut keadilan yg saksama ke atas mangsa² waris syuhada....  

 Dan andainya ijtihad pas dalam isu memali ini adalah satu kesilapan, bahawa kematian mangsa bukanlah atas jalan tuntutan agama maka istilah 'Mati Katak'  yang digunakan oleh Tun M itu adalah wajar dan tidak perlu beliau memohon sebarang kemaafan daripada sesiapa pun.

Perkembangan mutakhir yang memperlihatkan bagaimana Pas dan Umno telah masing² saling berpelukan dengan penuh rasa mesra dan saling melupakan 'Tragedi Memali' 

 Perkembangan yang turut menimbulkan persoalan kepada orang ramai ialah apa sebenarnya yang telah berlaku hingga pas yang sangat keras permusuhannya dengan Umno hingga mencetuskan 'Tragedi Berdarah Memali' tetapi kini sanggup melupakan tragedi tersebut dengan begitu mudah sahaja?  

 Apakah mangsa² tragedi tersebut telah benar² mendapat pembelaan dari Pas?.  

 Hj Hadi sebenarnya adalah orang yang perlu bertanggung jawab dan perlu menjelaskan kepada kita semua duduk perkara yang sebenarnya.  
Comments
4 Comments

4 comments :

air gunung said...

Tuan Cikgu husseyn.

Yg terserlah dan telah jadi pengetahuan umum adalah seorang tu kan cukup payah dan mcm tak pernah mohon maaf atas kekhilafan dia dlm ijtihad berpolitik kepartian.

Semua betul jer.
Org lain semua disalahkan walaupun perkara tu adalah kelemahannya sebagai insan yg digelar manusia.

Isu takfiri 80an ade dia mohon maaf atas mungkin kelancangannya berpidato.

Ijtihad dlm Parti sendiri sehingga berpecah belah sampai ucapan salam kenduri kendara x pergi.

Ijtihad kerajaan perpaduan secara belakang tabir.Bagi aku benda ni tak salah.(UG)Dlm politik parti ia perkara biasa.tiada permusuhan berkekalan.Tp biarlah dibuat dgn telus.dibincangkan secara syura.bentang kertas kerja.bawa dlm muktamar utk bahas dan kaji sokongan
kecenderungan ahli.kalau Majority x sokong bermakna kita boleh undur diri.bagi plak kat org lain.tp apa yg dibuat adalah menggunakan walaa'ketaatan kpd pemimpin utk menghalalkan kerjabuat.







Anonymous said...

makan diri. inilah hukum karma yg dtg dr hati yg busuk. bubarnya bersatu menjdkan PH lebih bersatu. kemenangan percuma seorg mb di dun rantau memungkinkan kekalahan besar di parlimen rembau. terbaru, hubungan intim umno dan pas telah memakan diri. kerana pas pengundi sabah dan sarawak possibility utk menolak bn adalah cerah..

Anonymous said...

Anak-anak Memali nanti akhirnya akan sedar peranan Amanat Haji Hadi dalam mengubah hidup mereka.

Anonymous said...

Biar la cerdik sikit. . Isu lama dipolitikkan. ... Isu terbaru senyap .. . Tak kan nak melutut siap pulut kuning lagi. ... Dulu pangkah pas sekarang tak pangkah wakil pas ....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...