JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Tuesday, May 08, 2018

Ustaz Luncai Terjun Ke Dunia Politik Dengan Fantasinya....

Oleh Ahmad Muslim Badawi Badawi 

 Sebelum ni, Bila PAS ambil keputusan bertanding 160 Kerusi, ramai yg pertikai.. dah bagi aku..itu yg aku harapkan, PAS bertanding sebanyak mana yang boleh.. lebih banyak, jentera PAS akan semakin lemah.. lai besar kekalahan depa.. 

 Begitu juga bila ramai asatizah, Ustaz Selebriti terjun ke dunia Politik, Bertanding atas tiket PAS.. itu yang aku harapkan, Selama ini mereka hanya menikmati Ghanimah hasil dari titik peluh dan usaha orang, Lain..Tiba masanya mereka rasai perit dan jerihnya Politik.. rasa aku, mereka sudah merasainya selepas seminggu tempoh berkempen.. 

 Aku suka bila watak seperti Mohtar senik, Zamri Mantop, Abdullah Khairi, , Sharir long, Dusuki dan ramai ustaz2 selebriti mereka terjun ke dunia Politik.. 

Sebelum ini mereka berfantasy.. Jemaah Masjid, makcik2, pakcik2 yang ada dihadapan mereka.. adalah penyokong Politik yang kuat.. mereka rasakan followers page dan Instgram mereka itulah kekuatan sokong depa.. bila depa terjun ke Dunia Politik.. mereka akan faham apa itu Politik.. 

 Ramai Ustaz2 selebriti ini masuk Politik.. mereka impinkan Ghanimah, bercita cita memakai gelaran YB, akan menikmati elaun ahli Parlimen, Adun berbelas ribu dan puluh ribu sebulan.. tapi mereka akan dapatkan hasil pelaburan mereka 9 Mei Ini.. Ini jawapan terbaik bagi mereka.. 

 Bukan kali pertama, merungkai Sejarah dulu, Aku Ingat lagi..ketika mereka nampak cahaya kemenangan.. mula lah ramai dari Ustaz2 kelompok agamawan ni gelap mata, mula terjun ke dunia selepas tahun 90'an.. selepas Alamrhum Tok Guru Nik Aziz berjaya jadi MB.. ramai dari ustaz2 ni bercita cita untuk masuk Politik, 

 Ramai yang ingat gelombang itu akan berterusan ke negeri2 lain, dengan semangat dari revolusi Iran, Kepimpinan Ulama di Iran... masa tu Harun Din, ramai dari guru2 agama berhenti kerja hanya untuk bertanding Pilihanraya.. di Perak Imam besar masjid Negeri pun berhenti kerja semata mata mahu bertanding Pilihanraya.. dan akhirnya hampir semuanya tewas.. 

 Pada Tahun 1999.. Sekali lagi..bila berlaku Reformasi, kebangkitan orang Melayu, ramai dari Ustaz terjun ke Dunia Politik.. antaranya Imam masjid Negara.. Taib Azzamuddin, Ismail Kamus.. mereka bernasib baik, Tahun 1999 mereka berjaya menjadi YB.. dan akhirnya tewas teruk tahun 2004.. Bila PAS di prestasi terburuk, selepas tewas, mereka ini bersara dari Politik.. 

 Selepas kalah teruk itulah, ramai Ustaz sudah mula jauh dari Politik..mereka tidak mahu ambil resiko.. Pemimpin seperti Mat Sabu, Mahfuz, Salehuddin, mazlan Aliman lah yg terus dalam keadaan susah, bangunkan kembali Politik PAS.. 

 Dalam prestasi terburuk PAS dan Pembangkang, dan Akhirnya gelombang kebangkitan Rakyat tanpa disangka.. berlaku sikit peralihan Undi Cina, pengaruh Mahathir yang mengkritik pentadbiran Paklah,dan kebangkitan masyarakat India melalui Hindraf.. Tiba2 Pakatan menang 5 Negeri.. PAS jadi MB di 5 Negeri.. antara yang Pembangkang tawan Negeri kaya seperti Pulau Pinang dan Selangor.. gelombang ini terus berlaku kekal hingga ke PRU 13.. 

Ketika inilah ramai kelompok Agamawan..Ustaz2 mula celik mata, Barangkali elaun ahli majlis, AJK Masjid, JKKK belum cukup lumayan.. akhirnya mereka mengfitnah kempimpian PAS.. mereka mula gelap mata, merebut jawatan dalam Parti.. Kali ini mereka mula pasang angan angan jadi YB, Jadi Exco.. apalah memerintah Negara.. maka ramai yg kembali Terjun ke dunia Politik.. ramai dari mereka dicalonkan dalam PRU kali..

Mereka ini duduk dalam parti waktu senang..belum merasai zaman susah PAS, kesenangan mereka hari hasil usaha politik pemimpin lama dalam Parti.. Mungkin hari ini mereka rasa yakin untuk menangm 3 hari lagi..mereka tahu lah Nasib depa.. 

 depa akan tempoh kembali zaman Susah PAS.. Jadi Ahli Politik,bangunkan parti ini tidak mudah.. ceramah politik tak se lumayan mengajar di masjid, tazkiran sejam dah dapat beratus Ringgit.. selepas 9 Mei ni, mereka akan rasalah mcm mana Mat Sabu, Salehuddin , dan Mazlan Aliman rasa.. depa ni selama ni senang minta derma, masuh dalam poket depa..tak pernah rasa minta derma untuk bangun dan hidupkan parti.. ramai dari agamawan ni terus terang aku kata, jenis kedekut.. 

Dan aku ramalkan.. Semua Ustaz Selebriti, Agamawang2 ini selepas 9 Mei ini, mereka akan Isytiharkan untuk bersara dari Politik.. alasan depa, nak tumpukan urusan Dakwah.. Mengajar.. Kuliah..mereka akan jejak Taib Azzamuddin dan seangkatannya.. Tak Percaya? Tunggu jer..
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...