JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Monday, May 21, 2018

Wujud RCI : Kaji ketirisan Felda


 Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) konsisten dengan pendirian agar Suruhanjaya Siasatan DiRaja(RCI) mesti ditubuhkan segera bagi menyiasat dakwaan kehilangan berbilion wang Felda. 

 ANAK yakin ramai yang akan tampil memberi keterangan mengenai tuduhan terhadap tokoh2 tertentu yang terlibat dengan penyelewengan dan salah guna kuasa. 

 ANAK yakin bukan sahaja pendedahan mengenainya telah dibuat melalui Laporan Audit Negara, tetapi difahamkan laporan polis dan SPRM telah dilakukan. Namun, individu yang berkaitan masih bebas tanpa sebarang dakwaan. 

 ANAK ingin mengingatkan Polis dan SPRM, Kerajaan PH tidak akan sekali2 berkompromi dengan pemimpin/penjawat korup yang berselindung atau ' meminta nyawa ' dengan tokoh tertentu, untuk menyelamatkan diri masing masing. 

 Apa yang dikesalkan, ada dikalangan mereka mempunyai jawatan penting di Felda dan menjadi 'balaci' kepada kehendak tokoh2 tertentu. 

 Ia bukan tuduhan, laporan dan dakwaan telah dibuat sebelum ini, namun senyap begitu sahaja. 

 Justeru, bukan sahaja RCI, komitmen Polis, SPRM dan ' pembersihan ' dalam Felda mesti dilakukan segera, demi mempastikan intergriti Felda dapat dikembalikan. 

 ANAK amat mengalu alukan lebih banyak maklumat penyelewengan disalurkan, demi kepentingan masyarakat Felda. 

 Kita tidak boleh kompromi dengan pengkhianat Felda, ibarat harapkan pagar, pagar makan padi! Mereka yang terlibat benar benar mengecewakan warga Felda, dan tidak akan terlepas dari menerima pengadilan atas perbuatan mereka! 

 Apa yang pasti, info yang disampaikan oleh berbagai pihak kepada ANAK ketika ini, membenarkan dakwaan, bahwa situasi di Felda adalah parah dan mesti diselamatkan segera. 

 Justeru, penubuhan Lembaga Penasihat Kerajaan yang antara lain untuk melakukan reformasi terhadap Institusi, contohnya Felda, sejajar dengan aspirasi Kerajaan PH, yang bertekad untuk memerangi rasuah dan penyelewengan hingga ke akar umbi. 

 ' Menerajui Perubahan ' 

Mazlan Aliman 
Presiden ANAK
21 Mei 2018
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...