JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Monday, May 14, 2018

Yahya Maksum ni penyokong Pas taktuk! Tongkat kpd Umno.

Ada sorang professor kangkung dari Ipoh Perak menaikan status menghasut supaya menampal poster KEMPEL TAMPAL MANIFESTO untuk mengingatkan PAKATAN HARAPAN supaya tidak melupakan janji-janjinya... 

Belum sempat apa-apa lagi Mamat di dah berburuk sangka kononnya pemimpin PAKATAN HARAPAN sebagai berbohong...

Kepada Profesor Kangkong ni, saya nasihatkan tidak perlu buat kerja bodoh macam ini. Biarlah kerja tampal menampal macam tampal nombor telepon ni 'Ah Long'  ajer yang buat...

Berilah masa kepada pemimpin PAKATAN HARAPAN mengurus tadbir melakukannya ikut kebijaksanaan cara pemerintahan yang baru.

Dan tak payahlah ko nak menunjuk-nunjuk yang ko tu Prof.... Ko tak layak memakainya lagi la ni sebab ko bukan lagi mengajar di mana-mana pengajian tinggi... Lepas ni pandai-pandailah ko nak cari makan... Jangan nak ngendeng-ngendeng dengan PH sudahlah!

Yahya Maksum ni penyokong Pas taktuk!  Tongkat kpd Umno.


Majlis Penasihat akan bermesyrt setiap hari selama 100 hari - Tun Daim

KUALA LUMPUR: : Majlis Penasihat Kerajaan yang baru ditubuhkan menegaskan bahawa mereka serius dalam melaksanakan tugas dan tidak membuang masa apabila mengadakan mesyuarat pertama sejurus pengumuman penubuhannya oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

 Tidak wujud tempoh rehat atau kegembiraan berpanjangan selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14 berikutan kerajaan berazam untuk memulihkan semula keyakinan rakyat dan pelabur susulan kemenangan yang tidak dijangka oleh Pakatan Harapan pada pilihan raya yang lepas. 

 Mesyuarat itu dipengerusikan oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang berlanjutan sehingga lewat malam, turut dihadiri oleh tiga anggota lain majlis itu iaitu bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, dan Ahli Ekonomi Profesor Jomo Kwame Sundaram. 

 Tokoh perniagaan Robert Kuok tidak hadir kerana berada di luar negara. 

Bercakap kepada Bernama selepas mesyuarat tersebut, Daim berkata majlis itu diberi taklimat dan membincangkan antara lainnya mengenai keadaan ekonomi semasa, hutang negara, ringgit, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta subsidi minyak. 

 "Ini antara perkara utama. Kami membuat cadangan kepada kerajaan, dan mereka akan membuat keputusan," katanya. 

 Daim berkata majlis itu akan memanggil UKAS (Unit Kerjasama Awam Swasta di bawah Jabatan Perdana Menteri), kementerian yang berkaitan dan GLC untuk memberi penjelasan kepada mereka mengenai pelbagai projek mega, dan tadbir urus GLC termasuk Tabung Haji, MARA dan Felda. 

 "Bagi 1MDB akan terdapat pasukan petugas khas. Saya telah mengenal pasti mereka yang dapat membantu siasatan ke atas 1MDB. Ia akan berada di bawah bidang kuasa majlis yang akan mengemukakan laporan kepada kerajaan," kata Daim. 

 Daim berkata satu lagi isu penting yang perlu ditangani dengan cepat ialah lebihan penawaran ruang pejabat dan perumahan. 

 "Satu lagi contoh ialah kos keselamatan bagi sekolah. Ia lebih berharga daripada aset yang mereka awasi," katanya. 

 Sementara itu, Daim berkata mesyuarat itu akan diadakan setiap hari selama 100 hari, dan malah pada hari tertentu, ia akan diadakan beberapa kali sehari. 

 "Saya mahu perkara ini diselesaikan dalam masa 100 hari. Selepas itu, saya mahu berehat," katanya sambil berseloroh. 

 -- BERNAMA
Comments
1 Comments

1 comment :

HADIGOL said...

masa najib dulu 2 penggal ada tak kangkung ni tampal manifesto bn kat bontot dia? so jgn nk tunjuk baik melampau tp niat tu nk cari pasal sebenarnya. bygkn pd umur 92 tahun tun nk mesy tiap hari sampai mlm.

begitu jg dgn ahli majlis yg dh pencen srmuanya. semua gara2 najib yg muda sgt tu lalai dn khianat negara.

elok kangkung ni senaraikn kerosakn bn dulu dan serah pd tun utk dikaji dn baiki. itu lg membantu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...