JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Friday, June 08, 2018

AMCJL MENYOKONG PENUH USAHA KERAJAAN MENANGKAP JHO LOW

 1. Anak Muda Cari Jho Low (AMCJL) menyokong penuh kenyataan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bahawa kerajaan perlu segera mengambil tindakan undang-undang terhadap penjenayah paling dikehendaki berkaitan skandal mega 1MDB Low Taek Jho atau Jho Low. AMCJL sejak Disember tahun lalu telah berkempen di seluruh negara baik dalam bentuk wacana forum atau perhimpunan aman bagi mendesak kerajaan menangkap Jho Low. Malahan, pada 5 Jun yang lalu, satu laporan polis juga telah dibuat bagi mendesak perkara yang sama. 

 2. Jho Low yang dilindungi sang penguasa kleptokrat selama ini dilaporkan bergerak bebas dari satu negara ke satu negara termasuk di China, Thailand dan terkini di Taiwan. Justeru, AMCJL menggesa Ketua Polis Negara mendapatkan kerjasama kerajaan negara-negara berkaitan supaya Jho Low ditangkap untuk diekstradisi ke Malaysia di bawah Perjanjian Ekstradisi atau Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama (MLA). 

 3. Jho Low tidak seharusnya dibiarkan terus bebas dan mengatasi undang-undang. Sebagai masyarakat sivil yang prihatin terhadap keadaan negara yang sedang mengalami proses perubahan baik dari sudut politik, ekonomi dan pentadbiran, AMCJL bersedia bersama-sama kerajaan mencari Jho Low kerana tangkapan ke atas Jho Low begitu penting untuk membolehkan siasatan jenayah skandal 1MDB dijalankan secara menyuluruh dan adil bagi memulihkan integriti dan nama baik negara. 

FAIZ FADZIL JURUCAKAP AMCJL (ANAK MUDA CARI JHO LOW)
7 JUN 2018
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...