JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, June 14, 2018

Bekas menteri penasihat Najib dapat gaji RM200,000 sebulan

Oleh Muzliza Mustafa

Sejumlah penasihat dalam pentadbiran bekas perdana menteri Najib Razak
dibayar gaji antara RM70,000 hingga RM200,000 sebulan.
 BEKAS perdana menteri Najib Razak sangat bermewah dengan duit pembayar cukai apabila membayar sejumlah penasihat dalam pentadbirannya antara RM70,000 hingga RM200,000 sebulan. 

 Sejak memerintah selepas pilihan raya umum yang baru lalu, kerajaan baharu di Putrajaya sudah menyemak beberapa fail sulit. Semakan itu mendapati seorang bekas menteri yang dilantik sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dibayar RM200,000 sebulan 10 kali ganda gaji perdana menteri. 

Beberapa penasihat ini sudah diminta untuk meletakkan jawatan.* 

 Dapatan itu mengesahkan trend pegawai kerajaan, penasihat dan eksekutif kanan syarikat berkaitan kerajaan dalam pentadbiran Najib membayar diri mereka sendiri atau dibayar gaji melebihi sektor swasta. 

  Dari beberapa sisi, pelantikan itu adalah timbal balas memastikan mereka menyokong Najib dengan memberikan mereka gaji yang tinggi. 

  "Kebanyakan mereka menerima gaji antara RM70,000 hingga RM200,000. Setakat ini, kami hanya jumpa seorang yang dibayar gaji RM200,000 sebulan," kata sumber kepada The Malaysian Insight. 

 "Ini hampir 10 kali ganda daripada gaji perdana menteri. Kita masih menyemak. 9 "Mereka bukan dapat gaji tinggi, mereka juga menikmati banyak kemudahan dan imbuhan yang datang dengan kedudukan itu." 

 Sumber juga mendedahkan semua pegawai lantikan Putrajaya tidak masuk pejabat sejak kekalahan Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) dalam PRU14. 

 Difahamkan pegawai kanan yang mendapat gaji RM200,000 sebulan itu dilantik sebagai ketua sebuah unit di Pejabat Perdana Menteri selepas khidmatnya sebagai menteri Kabinet berakhir. 

 Seorang lagi pegawai yang menerima gaji tinggi diberi tugas mengendalikan jenama 1Malaysia. 

"Semua pegawai ini tidak lagi digajikan oleh kerajaan. Kebanyakan mereka sudah mengosongkan pejabat selepas BN kalah. 

 "Mereka sama ada keluar sendiri, tanpa memberitahu kami, atau diminta meninggalkan pejabat serta merta," kata sumber itu. 

 Putrajaya kini sedang berusaha mengawal pembaziran dan ketirisan selepas mendapati hutang negara mencecah sampai RM1 trilion. 

 Antara yang mula-mula ditangani oleh pentadbiran sekarang ialah bekas pegawai kanan yang diberikan kedudukan tinggi bertaraf menteri dan mempunyai pasport diplomat.* 

 Semakan kerajaan juga mendedahkan ada banyak bekas pegawai kanan kerajaan yang dilantik ke lembaga syarikat berkaitan kerajaan, lebih kerana kesetiaan mereka berbanding pertimbangan kelayakan. 

 Pegawai kerajaan memberitahu The Malaysian Insight pegawai kerajaan yang bersara ini akan dikeluarkan surat penamatan kontrak atau kontrak mereka tidak akan diperbaharui.   ~ themalaysianinsight
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...