JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Sunday, June 10, 2018

Bersatu gesa SPRM siasat syarikat bawa masuk pekerja asing


PUTRAJAYA - Bersatu menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah agensi pekerja asing yang mendapat hak eksklusif daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh. 

 Ketua Biro Integriti Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, pihaknya juga meminta SPRM agar menyiasat sama ada syarikat berkenaan kroni kepada pemimpin kerajaan terdahulu. 

 “Syarikat ini seolah-olah mendapat hak eksklusif daripada KDN untuk membawa masuk pekerja asing secara pukal,” katanya. 

 Menurutnya, syarikat itu dipercayai memonopoli masuk pekerja Bangladesh. 

“Setakat ini sudah 150,000 pekerja Bangladesh berjaya dibawa masuk manakala 235,000 orang telah diluluskan kemasukannya oleh KDN,” katanya. 

Beliau berkata, syarikat itu turut dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM45 juta hasil daripada kemasukan 150,000 warga Bangladesh ke negara ini. 9 “Kami ingin persoalkan adakah keuntungan ini masuk ke dalam pendapatan negara atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat SPRM hari ini. 

Beliau berkata, setiap pekerja asing perlu menyediakan RM17,500 sebagai kos untuk bekerja di sini. 

 “Sebanyak RM5,000 dikenakan setiap orang dan 10 syarikat menjadi ejen syarikat itu di Bangladesh. 

 “Syarikat itu pula mengenakan bayaran RM300 bagi setiap pekerja yang berjaya dibawa masuk ke Malaysia,” katanya. 

 Muhammad Faiz berkata, syarikat berkenaan dipercayai dimiliki oleh warga Bangladesh yang merupakan pemegang kad pengenalan biru dan berpangkat Datuk.

 Pada 15 Mac 2016, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat berkata, dokumen pengurusan masuk pekerja Bangladesh oleh syarikat berkenaan diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sebelum keputusan dibuat mengenainya.~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...