JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Sunday, June 10, 2018

Blog saya digodam, aktivis nafi hina Agong

Hishamuddin Rais (kiri) bersama peguamnya, Zaid Malek memberi
keterangan di Balai Polis Petaling malam tadi.
KUALA LUMPUR: Aktivis sosial, Hishamuddin Rais menafikan dakwaan beliau memuat naik catatan berbaur hasutan berkaitan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di blognya. 

Selepas memberi keterangan kira-kira sejam sambil ditemani peguamnya, Zaid Malek, lewat malam tadi, beliau berkata blognya digodam. 

 “Saya nafikan. Saya mengatakan blog saya digodam dan dibajak, berdasarkan dalam 5 atau 6 hari sebelum pilihan raya lalu blog saya telah hilang selama 3 hari, ertinya ada orang boleh masuk blog saya. 

 “Saya menyatakan kesediaan saya untuk menjelaskan penggodaman blog saya, jika polis mahu memanggil sekali lagi,” katanya kepada FMT di luar Balai Polis Petaling. 

 Zaid berkata, Hishamuddin dipanggil polis berhubung laporan polis yang dibuat semalam. 

 “Hishamuddin dipanggil berdasarkan laporan polis dibuat pada 2.30 petang berkenaan perbelanjaan Agong.” 

 Semalam, 5 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang membuat laporan polis terhadap Hishamuddin atas dakwaan memuat naik artikel berbaur hasutan terhadap Agong di blognya. 

 NGO itu adalah Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Pahang, Sekretariat NGO Islam Pahang (SNIP), Pertubuhan Sukarelawan Al-Quran Pahang, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Pahang dan Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Pahang.

 Wakil NGO itu, Datuk Syed Nasarudin Syed Abd Hadi dilaporkan berkata, Hishamuddin perlu dikenakan tindakan kerana perbuatannya mencemarkan nama baik Agong dan bersifat hasutan terhadap institusi raja Melayu. 

Hishamuddin didakwa memuat naik artikel itu di blognya www.tukartiub.blogspot.com yang turut melampirkan dakwaan perbelanjaan Agong yang dimuat naik Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A Kadir Jasin. 

 Bagaimanapun, Hishamuddin difahamkan memadamkan kenyataan itu selepas salinan tangkapan skrin mengenainya tersebar di laman sosial.~ freemalaysiatoday
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...