JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Friday, June 08, 2018

Bukan soal melayu atau islam, tapi soal kemampuan dan kredibiliti.

Tun M lantik peguam negara bukan Islam korang bising. Najib lantik YAHUDI jadi peguam bela dia korg boleh ok pulak. Nah baca ni: 

P/s: org yg mula2 tulis ni aku tak tahu.. but credit to him

Bukan setakat siasatan 1MDB berlaku di Malaysia sahaja, tetapi siasatan turut berjalan di seluruh dunia. 

Jika sebelum ini beliau bolehlah mengelak dan ada imuniti sebagai Perdana Menteri, tetapi kekalahan BN pada 9 Mei lalu merubah segala-galanya.

Sebab itu Najib dah stand by lantik Lawyer terkenal dunia ketika ini. Mereka bukan calang-calang peguam. Dan bayaran tentu juga bukan setakat 100 ribu, tapi mungkin puluhan atau ratusan juta ringgit.

Dan inilah 3 nama besar peguam dunia akan mewakili Najib nanti:

1. John Ashcroft

John Ashcroft merupakan peguam negara  US ketika George W Bush jadi presiden dan mengetuai DoJ sepanjang tempoh getir selepas serangan pengganas 11 September.

Selepas mandat presiden Bush berakhir, beliau mendirikan kumpulan lobi berpengaruh The Ashcroft Group dan firma guaman, The Ashcroft Law Firm.

The Ashcroft Law Firm pernah mewakili kerajaan Qatar untuk menangkis tuduhan Presiden AS, Donald Trump dan jiran Arabnya bahawa negara itu menyokong keganasan.

2. David Boies

Najib juga turut mengupah David Boies, seorang peguam bicara terkenal di Amerika.

Boies mewakili kerajaan Amerika dalam kes anti monopoli terhadap syarikat gergasi teknologi maklumat Microsoft dan tokoh kewangan yang didakwa, termasuk Hank Greenberg daripada AIG dan Andy Fastow dari Enron.

3. Matthew Schwartz

Beliau pernah menjadi pendakwaraya di New York selama 10 tahun dan mengendalikan kes yang menonjol termasuk penyiasatan ke atas skandal berbilion dollar melibatkan Bernie Madoff.

Pada 2013, beliau dinamakan sebagai pendakwaraya terbaik oleh Yayasan Penguatkuasaan Undang-Undang Persekutuan. Scwartz kini seorang peguam.

Ketiga-Tiga nama besar ini akan mewakili Najib nanti sama ada pendakwaan di Malaysia mahupun luar negara.

Mereka akan datang ke Malaysia dan bela Najib selepas raya ini.

Najib pandai dan bijak. Beliau tidak pandang dan lantik Lawyer Melayu islam pun wakili beliau. 

Setakat Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Datuk Harpal Singh Drewal atau Hasfarizam Harun, beliau tak pandang pun.

Lebih baik beliau pilih Peguam luar negara. Dan ada yang berbangsa Yahudi. Nak selamat diri punya hal. Pedulikan melayu islam, yang penting duit dia curi selamat dan dirinya terlepas.

Setakat bayaran ratusan juta, beliau mampu bayar. Asal kan boleh selamat. Duit beliau banyak di luar negara.

Sebab itulah Kesian tengok rakyat negara kita. Isu Peguam Negara yang bukan melayu pun jadi isu. Sedangkan mereka tidak sedar, Najib lagi bijak songlap duit dan guna peguam luar bukan melayu Islam yang mahal harga upahnya.

Sebab itulah Tun M pakai peguam Tommy Thomas untuk lawan Najib dan lawyer US itu. Kalau negara kita kalah, malu satu dunia.

Najib pula bergumbira dengan duit yang entah berapa bilion masih disembunyikan di luar negara. 

Ya memang ya ada yang beritahu bahawa tak perlu lah lantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, cukup  lantik beliau sebagai Timbalan Pendakwaraya (Deputy Public Prosecutor).

Memang boleh, tetapi kes besar dan skandal yang mega ini memerlukan Peguam Negara sebagai Ketua Pendakwa raya.

Ini bukan kes curi milo atau susu bayi dekat pasaraya. Ini kes skandal kewangan terbesar dunia.

Tun M bukannya lantik sewenang-wenangnya peguam bukan melayu. Beliau bukan tak tahu ianya akan menjadi isu perkauman. Tapi beliau perlu lakukannya juga. Kerana tiada pilihan peguam yang hebat ketika ini untuk melawan peguam Najib.

Sebab itulah esok kita lihat sama ada Majlis Raja Raja setuju atau tidak perlantikan Tommy Thomas ini. 

Kalau di tolak, kita sebenarnya cari nahas dan sudah pasti Najib akan menang kes nanti. Dunia akan tertawakan kita nanti.

Bukan soal melayu atau islam, tapi soal kemampuan dan kredibiliti.

Melayu dan Islam sebenarnya sudah selamat dalam perlembagaan dan Rukun Negara.

Dan perlu diingat, banyak lagi duit Najib yang dicuri disembunyikan beliau. Takkan kita semua nak tanggung semua hutang berbilion yang beliau curi semata-mata nak Peguam Negara berbangsa melayu.

Fikirkanlah sedalam-dalamnya wahai rakyat Malaysia yang bermaruah.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...