JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, June 21, 2018

Harga jalur lebar akan turun sekurang-kurangnya 25%


Harga jalur lebar tetap di Malaysia dijangka turun sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo. 

 Gobind berkata penurunan itu susulan pelaksanaan Piawaian Mandatori berkaitan Harga Akses (MSAP) yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 8 Jun. 

 “Pihak-pihak yang terlibat masih dalam perbincangan penetapan harga borong. Saya difahamkan bahawa proses ini akan berakhir pada bulan Julai/Ogos, dan seterusnya pakej perkhidmatan jalur lebar pada harga yang lebih rendah akan diperkenalkan kepada pengguna. 

 “Polisi MSAP mengenakan harga siling borong bagi pihak pembekal kemudahan dan perkhidmatan yang digunakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dalam pasaran. 

 "Penurunan harga borong bakal mengurangkan harga pasaran untuk pengguna,” katanya dalam sidang media kementeriannya di Putrajayahari ini. 

Gobind menjangkakan harga baru akan dapat dilaksanakan pada penghujung Ogos. 

 Gobind pada 23 Mei lalu berjanji akan berusaha mewujudkan sistem jalur lebar dua kali lebih pantas tetapi dengan bayaran separuh harga. 

 Ini susulan banyak aduan berkenaan kualiti jalur lebar di Malaysia yang jauh berbeza dengan negara-negara maju.~ malaysiakini
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Tahniah ..saya dichini pekan pahang guna tmstryymex jadi harapan internet linevtelefon juga murah dan laju

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...