JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Sunday, June 10, 2018

Islam dan Melayu ditindas di Singapura?

Oleh Ahmad Muslim Badawi Badawi


Baru lantik Peguam Negara dari kalangan bukan Islam dah gegak gempita, seolah olah dah tergadai segala hak Melayu dan Islam..

Mari kita belajar dari Negara Singapore yang sebelum ini ditakut takutkan agamawan dan Ostad dikalangan PAS dan UMNO.. selalu depa kata, Malaysia

Jangan Jadi Macam Singapore.. Islam dan Melayu kononnya ditindas..Islam tak boleh diamalkan di Singapore.. inilah Mitos yang sering dihidangkan agamawan kepada orang Melayu di Malaysia...Sedangkan Singapore lebih Islamik pemerintahannya dari Malaysia..

Tahukah kita Presiden ke 8 Singapore mengikut giliran, dan Presiden Singapore hari ini adalah Halimah Yacob, Presiden Pertama Wanita dikalangan melayu..

Malah dia pengamal ajaran islam yang baik, Bertudung menutup Aurat..Bekas Speaker Parlimen wanita pertama Singapura..orang nya sederhana, hanya Tinggal di Flat Yinshun di kawasan perumahan kelompok bawahan.. Lebih Zuhud dari ramai agamawan dan Ulama di Malaysia sendiri yang gemar berkereta mewah..

Kedudukan Presiden Singapura samalah fungsi dan kedudukan dan peranan YDP Agong dan Sultan di Malaysia, Dan Sama kedudukan Gabenor dan YDP Negeri di Malaysia..

Bila Halimah Yacob dilantik, tidak pernah dengan rungutan dan komen perkauman dikalangan pemimpin dan orang agama mereka.. tidak ada yang kata Cina disana tergugat..mungkin ada suatu ketika yang dipertikai adalah cara pemilihan dibuat..

Tak hairan lah Singapore hari ini jauh lebih maju dari Malaysia, Sebabnya telah dibuang semangat perkauman dan Ashabiyah dikalangan mereka.. Kalau ada pun ia kes terpencil, bukan dikalangan Pemimpin Politik dan agama mereka..

Samalah seperti kita di Malaysia, dok sembang Kelantan serambi mekah, hakikatnya Pemerintahan dan pengurusan Negeri di Pulau Pinang jauh lebih Islamik dan berkebajikan dari Kelantan.. 
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...