JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Saturday, June 09, 2018

Islam terancam di kelantan PRU 14?

Saje tanya.

1. Ada orang kata PH kena berlaku adil bagi jumlah peruntukan kpd MP PH dan MP BN . Kena bagi sama rata.

2. Secara peribadi, saya tak ada masalah tentang saranan itu. Hakiktnya, itu pun yang dulu kami dok pulun minta semasa kami jadi pembangkang. Tapi BN langsung tak layan. Pandang sebelah mata pun tak mahu. Yang lebih tragis, ada rakyat yang ingat kami dapat. Yang melaung kata tak adil sekarang dulu langsung tak bersuara. 

Dulu bukan sahaja 100k tak dapat , sekupang duit pun tak rasa. Ramai mungkin tak sedar betapa perit dan azabnya ramai MP pembangkang masa tu. Allah je yang tahu.

3. Bukan sahaja pembangkang dulu didiskriminasi dan dilayan dengan tidak adil dalam isu peruntukkan, hatta dalam isu nak jumpa rakyat pun, kami kadangkala dilayan macam sampah. Tak boleh langsung masuk sekolah atau masjid sebagai contoh ..bukan nak kempen pun tapi nak bagi bantuan! Sedangkan BN terang terang kempen di tempat tempat spt itu. Tak ada yang melaung.. ini tidak adil ...mcm sekarang. Konsisten brader!!!!

4. Jika saya masih pembangkang, bagi saya dpt 100k tu ok sgt lah tu dan kena bersyukur sgt lah. Boleh survive insyaAllah. Jika pembangkang dulu boleh kenapa pembangkang sekarang tak boleh..dua dua makan nasi.

5. Dalam ucapan saya baru-baru ini di sekolah menengah BBST ( dijemput kali pertama ) , saya kata saya tak ada masalah jika pihak sekolah nak panggil ahli politik BN ke sekolah walaupun kami langsung x boleh. Saya kata kami tentang politicking bukan ahli politik. Kena beza tu saya kata.

Saya tertanya dalam hati andaikatalah BN masih perintah lagi ( minta dijauhi ) , siapa lah agaknya nak bela kami sbg pembangkang jika kami masih jadi YB. Tercuit ke isu IMDB misalnya ? Saje tanya.

Allah lebih tahu.

Yb Sepang.
8.6.2018.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Tolong bagitau sama MCA...masuk sekolah balik...adil bukan bermaksud samarata...adil adalah meletakkan sesuatu ditempatnya...dah MP pembangkang dinilai hanya layak dapat RM100k, kira adil la bila diberi RM100k...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...