JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Saturday, June 23, 2018

JANGAN TUNGGANG INSTITUSI MONARKI DEMI KEPENTINGAN POLITIK!

Setelah lebih sebulan Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menjadi pembangkang di negara ini, nampaknya sentimen perkauman serta agama terus dimainkan sama ada secara terbuka mahu pun tertutup oleh golongan yang terdesak. Hipokrasi golongan tersebut makin nyata apabila mereka cuba berlindung di bawah nama NGO-NGO pro Melayu-Islam tertentu. 

Terkini mereka menggunakan nama istana pula kononnya ia dimusuhi oleh para penyokong Pakatan Harapan (PH) di luar sana. Maka histerialah mereka yang mengelarkan diri pendekar dan pejuang Melayu terakhir kononnya sistem beraja kita terancam di negara sendiri. Demonstrasi puak mereka langsung tidak menggambarkan kemajmukan masyarakat di negara ini.

Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dengan populasi yang makin berpendidikan di dunia zaman jalur lebar hari ini, Malaysia makin menjadi perhatian dunia. Keterbukaan aliran maklumat bukan hanya mencerdikkan warga di kota malah mereka yang berada di luar bandar. 

Maka sentimen menghasut paranoia terhadap kaum lain, agama lain atau komuniti politik tertentu sudah kurang berkesan apatah lagi yang menjuarainya adalah watak-watak berkepentingan politik di mana rakyat sudah maklum latar-belakang mereka sebagai pencacai tegar kleptokrasi (pentadbiran Rejim Penyamun) yang telah pun tumbang pada Pilihanraya Umum (PRU) lalu.

Ya, sepertimana yang pernah disebut oleh aktivis sosial Tuan Hishamuddin Rais dalam tulisan-tulisannya sebelum ini, REFORMASI wajar meliputi semua elemen termasuk institusi monarki itu sendiri. Ia perlu supaya institusi-institusi tunjang negara seperti itu terus dihormati dan dipercayai oleh majoriti rakyat negara ini. 

Zaman Raja-Raja Melayu dianggap sentiasa benar, punya kesaktian dan suci telah pun lama berlalu setelah kita dijajah lagi. Hanya Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sahaja benteng terakhir sistem tradisional ini. Justeru demi kelangsungannya, maka wajarlah beberapa perubahan perlu dilakukan agar rasa hormat majoriti rakyat ke atas institusi monarki tersebut hadir tanpa paksaan.

Sebagai contoh, Maharaja Jepun dan keluarganya dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti perniagaan. Ini kerana kepentingan bisnes peribadi boleh mempengaruhi keputusan pihak istana. Perbelanjaan Ratu England dan keluarga 

Diraja Britain turut diaudit serta dipantau oleh parlimen negara tersebut kerana setiap sen yang dikeluarkan kerajaan Britain untuk membiayai urusan rasmi monarki adalah hasil dari kutipan cukai rakyat negara tersebut. 

Begitulah tingginya tahap INTEGRITI bangsa-bangsa maju di dunia pada hari ini dalam menjaga imej institusi monarki mereka sungguhpun hanya seorang sahaja raja mereka untuk seluruh negara.

Rakyat Tuanku!

-Dr. Muhammad Faiz Bin Na'aman
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU
Ketua Biro Integriti ARMADA Nasional
22 Jun 2018
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...