JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Sunday, June 17, 2018

Kalau Najib tak salah 1MDB, kenapa BN kalah, soal MP


Anggota Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mengulas laporan penyokong Datuk Seri Najib Razak yang berkata bekas perdana menteri itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah berhubung skandal penyelewengan syarikat pelaburan negara, 1MDB. 

 "Seronok juga membaca laporan media yang lapor komen setengah pengunjung yang hadir dalam majlis rumah terbuka 'eidul firtri mantan Presiden parti sarkas di Pekan. 

 "Saya tak kata prinsip atau maxim tu salah. Cuma bila main pakai secara sembrono, tak tahu dan tak kena pada tempat ,masa dan keadaan, ia nampak lucu," kata Hanipa yang juga seorang peguam pada suatu hantaran di Facebook. 

 Pada Hari Raya pertama, kira-kira 500 orang menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang. 

  Tak kisah serbuan 

 Sebahagian besar hadirin yang ditemui oleh Malaysiakini tidak ambil kisah dengan segala pertuduhan oleh kerajaan baru di Putrajaya terhadap Najib, termasuk serbuan yang dijalankan ke atas rumah atau kediaman yang dikaitkan dengannya. 

 Bagi mereka, kerajaan berhak menyiasat, tetapi Najib tidak seharusnya dianggap bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah. Sikap dwi standard sesetengah penyokong BN terhadap pemimpin HARAPAN ketika gabungan itu menjadi pembangkang dulu ditegur Hanipa. 

 "Hai dulu masa kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, awat (kenapa) hentam dia hingga lunyai sebelum mahkamah putus lagi. 

 "Masa kes komen Menteri Pertahanan dalam isu Bukit Kepong..belum pergi court lagi pun hang (kamu) dah buli dan belasah dia sakan.. sampai suruh lucut kewarganegaraan beliau. Consistency brader!" Tegas beliau lagi. 

 Menurut pemimpin Amanah itu lagi jika memakai logik pengunjung rumah Najib di Pekan, Barisan Nasional tidak patut kalah dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14). 

 "Jika kita pakai dan ikut logik pengunjung di Pekan itu, logiknya parti yang didokong oleh MO1 tak wajar kalah teruk dalam PRU 14. Ya lah MO1 belum diputuskan bersalah pun dalam kes 1MDB, awat hukum dia dan parti dia kaw kaw dalam PRU?" 

 "Logik politik dan logik undang-undang bukan 24 jam sama saudara dan saudari!"Katanya. 

 Najib Razak sedang disiasat SPRM mengenai penyelewengan dana 1MDB dan telah dua kali memberi keterangan di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya. 

Bagaimanapun, bekas presiden Umno itu secara konsisten menafikan sebarang salah laku dan peguam negara pada era pentadbiran Najib, Tan Sri Apandi Ali turut membebaskan beliau daripada sebarang pertuduhan.
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Kerana PH berbohong, kata petrol akan turun ke RM 1:50 se litre.

Ada banyak lagi pembohongan PH, tetapi ini saja pun sudah cukup untuk memperdaya orang Malaysia.

Anonymous said...

Simpan sikit bodoh tu sedare..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...