JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Wednesday, June 13, 2018

KEJAHILAN MEMAHAMI REALITI & PERLEMBAGAAN NEGARA PUNCA EKSTREMIS BERMAHARAJALELA

Belum pun cukup sebulan usia Kerajaan Malaysia dari Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, namun provokasi demi provokasi telah mula muncul menggunakan sentimen kaum dan agama, agar sasaran utamanya, iaitu kelompok Melayu-Islam terbuai dengan emosi. 

Para pencetus provokasi ini asalnya dari pelbagai pihak yang berbeza, tetapi kelihatan telah bersatu hati setelah tumbangnya kerajaan Barisan Nasional "kesayangan" mereka tersebut. Modus operandi mereka ini lebih kurang sama, iaitu terus mempertikai atau mengulas apa jua kenyataan media dari pihak kerajaan pusat yang dipesongkan oleh mereka agar kelihatan RASIS dan ANTI-ISLAM.  

Kelompok ektremis dan "Holier Than Thou" ini menggunakan media sosial malah kain rentang untuk menanam kebencian sesama masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Contoh yang paling mudah ialah apabila mereka tuduh Tun Dr. Mahathir sebagai anti Islam apabila Perdana Menteri kita itu berkata mahu Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dikaji semula. 

Mereka sengaja mewar-warkan kononnya pihak kerajaan PH mahu bubarkan JAKIM. Walhal Tun Dr. Mahathir menjelaskan perana JAKIM itu perlu dikaji semula oleh alim ulama dan dicadangkan agar ianya diletakkan di bawah seliaan Raja-Raja Melayu selaku Ketua-Ketua Agama Islam. 

Tun Dr. Mahathir tidak mahu agensi berlabel agama itu menjadi alat politik atau ditunggang oleh individu yang tidak mewakili sahsiah atau konsep kesederhanaan ajaran Islam sebenar. Pendek kata kita tidak mahu lagi JAKIM menaungi asatizah yang bersikap agresif dan provokatif seperti Ustaz Zamihan.

Keghairahan melabel Kerajaan Malaysia hari ini sebagai anti Islam oleh wakil-wakil NGO serta pembangkang tertentu makin menjadi-menjadi apabila Perdana Menteri mengusulkan nama peguam senior Tommy Thomas untuk diperkenan oleh YDP Agong sebagai Peguam Negara yang baru. Seolah-olah jawatan tersebut hanya eksklusif untuk Melayu-Islam sahaja. 

Mereka lupa pernah ada 2 orang Peguam Negara sebelum ini dari kalangan Bukan Melayu. Mereka jahil isi kandungan Perlembagaan Persekutuan yang tidak mensyaratkan faktor kaum atau agama untuk jawatan tersebut. 

Malah peranan Peguam Negara itu langsung tidak menganggu fungsi Mahkamah Syariah apatah lagi kedudukan Islam atau Hak Istimewa Bumiputera. Ia akhirnya diakui sendiri oleh kenyataan rasmi pihak Istana Negara yang merestui pelantikan Tommy Thomas tersebut.

Terbaru, apabila Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa Undang-Undang Syariah boleh dibahas oleh Bukan Islam, maka sekali lagi kelompok ekstremis di luar sana meroyan kesawanan membuat tuduhan melulu kepada pihak kerajaan. 

Mereka hanya baca tajuk akhbar sahaja tanpa menyelami isi berita yang sebenar. Atau mereka sengaja menafikan Perlembagaan Persekutuan sebagai asas pembentukan negara kita yang majmuk ini apabila ia membenarkan mana-mana Rang Undang-Undang (RUU) yang dibawa ke parlimen itu berhak untuk dibahaskan oleh mana-mana ahli parlimen Malaysia tanpa mengira kaum atau agama kerana itu adalah proses lumrah sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan negara kita.

-Dr. Muhammad Faiz Bin Na'aman
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM
AJK Penerangan PH Negeri Selangor
11 Jun 2018
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...