JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, June 14, 2018

Ketua Polis akan diminta berundur atas “faktor kesihatan”

By admin


  KUALA LUMPUR – Selepas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. dilapor akan ditamatkan kontrak, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun kini juga dikatakan akan kehilangan jawatannya. 

 China Press melaporkan, Mohamad Fuzi yang menerima pelantikan daripada kerajaan terdahulu dilihat mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan lama dan keadaan ini menyebabkan beliau mungkin digantikan. 

 Menurut akhbar itu, berlaku sebaran berita dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa Mohamad Fuzi akan diminta untuk “melepaskan jawatan” selepas Aidilfitri. 

 Alasan pelepasan yang digunakan mungkin ialah “faktor kesihatan”. 9 China Press sebelum ini melaporkan bahawa tiga “pasukan S” dalam PDRM iaitu Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc), Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting), dan Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (Stagg) yang mempunyai autonomi besar akan dimansuhkan. 

Selain itu, PDRM juga akan mengalami pengururangan jabatan daripada 10 jabatan kepada tujuh jabatan. 

 Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) akan dimansuhkan sementara Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) serta Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) akan digabungkan dengan dua jabatan lain. ~ malaysiagazette
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...