JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Monday, June 11, 2018

LAKONAN ANWAR TERBONGKAR - TUN M JELASKAN.

 Oleh Yahaya Ismail

Syahdan tersebutlah kisah Anwar yang diampun dari penjara, tapi tetap sebagai mantan banduan, kononya dialah bertanggungjawab 'menyelesaikan' isu kerajaan PH dengan DYMMDAgong. 

 Dia terus berkokok konon dia juga berunding dengan beberapa sultan yang lain. 

 Maka diangkat dirilah ia sebagai hero yang 'menyelamatkan' kerajaan PH konon. 

 Kononnya dia berunding bagi pihak Tun M. 

 Kisah begini bukan baru bagi Anwar. 

 Waktu dia dalam kabinet BN dulu2 pun.. dia gunakan teknik yang sama jugak. 

Lembu punya susu sapi dapat nama. 

 Dari kenyataan akhbarnya seolah-olah raja-raja Melayu tak senang dengan kepimpinan Tun M. 

Justru itu dia, Anwar, tampil ke depan menemui DYMMDAgong dan beberapa orang raja Melayu untuk menjadi 'pakar runding' pula. 

 Akhirnya terbongkar rahsia. 

 Tun M, tanpa berkokok, menjelaskan beberapa orang sultan menemui beliau juga. 

 Rasa hormat-menghormati antara sultan dengan PM tidak berkurangan. 

 Tun M dan kerajaan PH adalah pilihan rakyat. Semua pihak mesti menghormati pilihan rakyat. 

 Tidak ada makhluk 'above the law'. 

Tun Mahathir berpegang pada undang-undang negara. 

 Seperti kata peribahasa Melayu 'raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.' 

 Siapa saja yang melanggar undang-undang, tanpa mengira status dalam masyarakat, akan diambil tindakan. 

Selama 61 tahun UMNO berkuasa. 

 Di era Najib Razak UMNO hilang sumpah keramatnya sebagai parti memperjuangkan bangsa, agama dan tanahair. 

 Ia jadi hak Najib Rosmah Sdn Bhd, dan Najib menjelma sebagai perompak campur lanun campur pencuri harta

 Apa sudah jadi? Rakyat tunjuk kebencian mereka melalui PRU 14. 

 Terkangkang Najib dan kabilah para koruptornya. 

 Meraung Rosmah dan mereka yang bernafas sebagai badut bawah ketiak Najib.

 Tun M, mantan PM, berusia 92 tahun dengan restu Allah dan sokongan rakyat berbilang kaum, berjaya menghancurkan segala kerakusan, kezaliman dan kemunafikan Najib dan kabilahnya. 

 Sekali air bah sekali pasir berubah. Budaya korupsi UMNO tidak boleh dilanjutkan lagi. 

 Kerajaan PH mesti berjuang atas hasrat dan kepentingan semua kaum yang cintakasihnya pada tanahair ini. 

 Apa yg termaktub dalam perlembagaan dipertahankan. 

 Malaysia mesti berani hadapi cabaran dunia dengan kekuatan, perpaduan, kerjasama, ilmu dan kepakaran semua kaum. 

 Rakyat semua kaum berdoa agar Allah lanjutkan usia Tun M memimpin kerajaan PH. 

 Bukan mudah hendak memulihkan ekonomi negara dengan hutang mencicah RM1.2 trillion peninggalan 'ligasi' penyamun plus prompak yang bakal tinggal di Sg Buloh berpuluh-puluh tahun kelak. 

 Kalau Anwar berbangga hendak menemui kawan-kawannya di luar negara atas jemputan mereka silakan. 

 Tun M dan kabinetnya boleh mengatasi berbagai isu yang datang. 

 Tun M is a real fighter for the rakyat. Dia bukan politikus yang pandai berlakon.

~ Yahaya Ismail
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...



YA itu selfLESS, manakala GELAP itu dendam kesumat TAMAK kbudak2an..
Apb yg GELAP bertemu n berhadapan CAHAYA yg terang benderang..

CAHA
CAHAYA yg selfLESS itu tak gentar dicerca dipitnah hatta dipenjarakan skalipon demi menegakkan nilai2 murni sejagat yg UNIVERSAL Adil-INTEGRITY-Transparency-Telus-Tembus AMANAH terpuji!

Tetapi yg GELAP itu hujjah2 nya hanya isu2 jijik rekaan KECIL-peribadi semata2 dendam kesumat TAMAK karat demi menegak benang basah, yg menyimpang sgt jauh dari naluri keinginan rkyat yg bersih n suci!

Bail-out demi bail-out MAS, Proton, Bakun, skandal PKFZ dll yg berbillion2 adalah sisi2 gelap=kleptokrat yg sgt2 GELAP yg wajib dilihat serta dinilai smula oleh rkyat..inilah punca/benih klepto dinegara ini yg sbnr2nya.

Siapakah org pertama sekali membuka isu2 yg diatas yg GELAP=KLEPTO itu? Dan akibatnya org yg mmbawa CAHAYA yg terang demi menyuloh keGELAPan sbg punca bibit2 awal klepto=penCURI itu tlh dihumban kdlm penjara dgn isu2 peribadi rekaan jijik yg tidak masuk akal sama skali! Tetapi apa kan daya krn semua badan2 institusi sprt polis sprm dan juga kehakiman juga tlh turut GELAP pd wktu tu, dan kesan padahnya sehinggalah sampai ke skrg ini-GELAP!


Siapakah org yg pertama, yg sekali lg yg berani dan mampu menyulohkan CAHAYA yg sgt terang keatas klepto=GELAP 1MDB yg sama sprt skandal2 klepto PKFZ MAS Bakun Proton yg diatas itu?? Dan akhirnya org yg sama yg mmbawa CAHAYA yg terang demi rkyat itu sekali lg dikenakan tuduhan "serupa"-rekaan2 jijik isu peribadi dan dipaksa meringkuk kdlm jel sekali lg..disini rkyat patut dpt bnar2 jls melihat hakikat sbnr2 CAHAYA apb melawan keGELAPan itu!


Sipembawa CAHAYA yg terang itu tiada isu klepet/klepto, krn dia dan 'team' yg sehati sejiwa dgnnya itu hanya mmbawa isu rkyat dgn CAHAYA yg terang agar rkyat tidak lg ditipu diCURI dimangsakan oleh siBarbaric yg licik bermain sandiwara konspirasi ddlm GELAP utk smata2 mengelirukan rkyat!

Smoga sdr admin dpt mmbawa mesej CAHAYA yg terang ini kdlm minda n jiwa seluruh rkyat Msia yg rata2 maseh ramai lg yg 'mamai' ddlm GELAP gulita gara2 sandiwara yg dibawa oleh pemimpin2 Barbaric ini yg mnjd "juadah" santapan ddlm TV1 TV3 serta Utusan Msia sekian lama..

Sipenyamun perompak penCURI2 yg Barbaric ini adalah punca kpd keGELAPan negara kita ini skrg, TETAPI dibelakangnya ada penulis2 otai yg taat setia mnjd pengatur "strateji" utk menawan minda umum agar rkyat tertipu terkeliru utk menghidu sbnr2 bejatnya keGELAPan itu!

Smoga makrifat sdr admin lebih jauh dan lebih tepat utk melihat 'prtempuran' diantara CAHAYA dan kegelapan itu dari jarak yg lebih dekat, dan rkyat sudah pasti ingin melihat kemenangan pasti kearah CAHAYA yg lebih gemilang..

CAHAYA yg maha aktif itu dtgnya dari ufuk tggi GALAKSI cakrawala yg maha2 Agung, manakala yg GELAP-pasif itu hanya bersarang ddlm kotak yg "usang", lantas gelombang CAHAYA itu kali ini tidak akan dpt dibendung serta ditahan lg..percayalah!

When the LIGHT tht miracluously active from d HEARTs of d rakyat oredy shining, the DARK's passive energ'll dissolve n lost! PERCAYALAH!!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...