JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Tuesday, June 12, 2018

Laporan: Pecat, 3 jabatan akan dibubar dalam pasukan polis


Rasuah dan kesetiaan kepada kerajaan lepas antara faktor pertimbangan dalam pembersihan pasukan itu. 

 Mohamad Fuzi Harun menjadi ketua polis negara sejak September tahun lepas. (Gambar Bernama) 

  Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun adalah antara pegawai kanan pasukan polis yang dijangka dipecat bulan depan, berikutan Putrajaya mengubah fokus “pembersihannya” kepada pasukan itu, menurut laporan akhbar Straits Times Singapura (ST) yang memetik beberapa sumber. 

 “Sebahagian mereka terlampau kaya…Tidak masuk akal bagaimana sebilangannya memiliki begitu banyak kereta mewah, selain tinggal di banglo,” akhbar itu memetik satu sumber, dan menambah faktor kesetiaan politik turut dipertimbangkan. 

 Ia menamakan paling kurang 2 nama sebagai pengganti Fuzi, iaitu timbalan beliau Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani. 

 Fuzi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai ketua polis negara pada September tahun lepas. Berikutan pertukaran kerajaan pada 9 Mei, Fuzi dilarang keluar negara sementara menunggu siasatan, antara lain berkaitan skandal 1MDB. 

 ST juga melaporkan 3 jabatan “penuh rasuah” akan ditutup, iaitu Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (Stagg), Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING). 

 Akhbar itu memetik sumber berkata 3 unit tersebut disasarkan berikutan penglibatan mereka dalam “rasuah dan perbuatan melindungi penjenayah yang sepatutnya ditangkap”. 

 “Terlalu ramai anggota yang diamanahkan untuk memerangi penjenayah kemudiannya menjadi pelindung mereka,” katanya. 

 Sebelum ini Pakatan Harapan dan pertubuhan masyarakat mendesak dilakukan reformasi ke atas pasukan polis yang didakwa terlibat dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pendakwaan politik. 

 Kerajaan lepas gagal menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) berikutan meningkatnya kes penderaan dan kematian tahanan. 

Polis membantah cadangan penubuhan suruhanjaya itu sejak ia pertama kali dikemukakan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja 2005 yang dipengerusikan bekas ketua hakim negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah.~ freemalaysiatoday
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...